Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MetMalaysia: Amaran kategori kuning di Sabah & Sarawak

CUACA 16 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula esok sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan media menyatakan lokasi dijangka mengalami hujan lebat yang berisiko tinggi menyebabkan banjir adalah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Sabah), Labuan dan Limbang, Sarawak.

Met Malaysia berkata amaran cuaca buruk kategori kuning dikeluarkan di kawasan berkenaan.

 

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 12:32PM 16 Oktober 2017

Nama: Ribut Tropika Ganas (Khanun)
Masa pencerapan: 11:00 pagi, 16 Oktober 2017.

Kedudukan: Latitud 20.2 Utara dan Longitud 109.5 Timur, kira-kira 385 km ke Tenggara, Hanoi, Vietnam.

Pergerakan: Ke arah Barat-barat Daya dengan kelajuan 15 km/j.

Jarak dari bandar terdekat: Kira-kira 1,675 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Kesan terhadap Malaysia: Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan.

Ribut Tropika Ganas (Khanun) dikesan pada Latitud 20.5 U; Longitud 109.5 T, pada jam 08:00 pagi, 16 Oktober 2017, kira-kira 1,705 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dengan pergerakan ke arah Barat dengan kelajuan 20 km/j. Sehubungan itu:

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, P.Barat & Kudat) dan WP Labuan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)- Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi Isnin, 16 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef South sehingga Selasa, 17 Oktober 2017.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga lewat pagi Isnin, 16 Oktober 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.