Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Aishah, Najwa Latif meriahi Senandung Aidilfitri #KitaSelangor malam esok

SHAH ALAM, 13 MEI: Orang ramai dijemput menyaksikan program hiburan secara dalam talian Senandung Aidilfitri #KitaSelangor yang dijayakan artis terkenal esok.

Bersiaran jam 9 malam, program itu menampilkan Aisyah, Najwa Latif, Siti Nordiana, Bunkface, Roy, Azmi Caliph Busker dan Ahmad Yassin yang memiliki suara mirip Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Selebriti Salleh Yaacob, Raja Azura dan Ropie Cecupak bergandingan sebagai pengacara dalam program yang dipancar melalui saluran selangortv.my dan Youtube carian SelangorTV.

Selain itu, Che Puan Juliana Evans turut tampil melakonkan sketsa nasib golongan berpendapatan rendah yang menerima Inisiatif Peduli Rakyat.

Rakaman takbir raya melibatkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor. Foto ihsan Gaya Travel Magazine

Malam tadi, rakaman takbir raya di puncak lokasi bersejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor turut disiar melalui wadah sama mulai azan maghrib pada jam 7.20 pada hari terakhir Ramadan hingga pagi tadi.

Bagi memberi kesan unik, satu unit dron dan tiga kamera digunakan dalam rakaman takbir yang dipimpin Imam Masjid Negeri Abdul Karim Omar dan disertai Dato’ Menteri Besar, barisan EXCO serta pegawai kanan kerajaan.

Rakaman antara 3 hingga 10 April dijalankan di beberapa lokasi di Sepang, Gombak dan Kuala Selangor. Penerbit eksekutif Megaday Sdn Bhd Azhar Sulaiman bertanggungjawab menjayakan keseluruhan rakaman.

Program anjuran Kerajaan Selangor dengan kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (Padat), Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan Gaya Travel diulang siar melalui Facebook Media Selangor jam 3 petang pada 3 Syawal.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Siti Nordiana, Bunkface serikan Senandung Aidilfitri #KitaSelangor 2 Syawal

SHAH ALAM, 12 MEI: Program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor yang dijayakan artis terkenal bakal memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mereka antaranya Siti Nordiana, Najwa Latif, Bunkface, Roy, Azmi Caliph Busker, Aisyah dan Ahmad Yassin yang memiliki suara mirip Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Selebriti Salleh Yaacob, Raja Azura dan Ropie Cecupak bergandingan sebagai pengacara dalam program yang dipancar melalui saluran selangortv.my dan Youtube carian SelangorTV.

Bersiaran jam 9 malam pada 2 Syawal, program turut menampilkan Che Puan Juliana Evans yang melakonkan sketsa nasib golongan berpendapatan rendah yang menerima Inisiatif Peduli Rakyat.

Rakaman takbir raya melibatkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor. Foto ihsan Gaya Travel Magazine

Rakaman takbir raya di puncak lokasi bersejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor turut disiar melalui wadah sama mulai azan maghrib pada jam 7.20 pada hari terakhir Ramadan (12 Mei) hingga pagi 1 Syawal.

Bagi memberi kesan unik, satu unit dron dan tiga kamera digunakan dalam rakaman takbir yang dipimpin Imam Masjid Negeri Abdul Karim Omar dan disertai Dato’ Menteri Besar, barisan EXCO serta pegawai kanan kerajaan.

Rakaman antara 3 hingga 10 April dijalankan di beberapa lokasi di Sepang, Gombak dan Kuala Selangor. Penerbit eksekutif Megaday Sdn Bhd Azhar Sulaiman bertanggungjawab menjayakan keseluruhan rakaman.

Program anjuran Kerajaan Selangor dengan kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (Padat), Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan Gaya Travel diulang siar melalui Facebook Media Selangor jam 3 petang pada 3 Syawal.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Promosi lokasi pelancongan unik, dron rakam takbir di puncak Malawati

SHAH ALAM, 4 MEI: Satu unit dron dan tiga kamera digunakan untuk merakam takbir Aidilfitri barisan pemimpin negeri di puncak lokasi bersejarah Bukit Malawati bagi memberi kesan unik ibadat tersebut.

Takbir itu yang dipimpin Imam Masjid Negeri Abdul Karim Omar sebahagian program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor melibatkan Dato’ Menteri Besar, barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan.

“Rakaman menggunakan dron supaya dapat menghasilkan visual seakan-akan dalam filem. Ia lebih sinematik, juga menghasilkan suasana indah dan lebih syahdu,” kata penerbit eksekutif Megaday Media Sdn Bhd.

Azhar Sulaiman juga berkata ia diadakan di Kuala Selangor kerana lokasi itu menyimpan khazanah sejarah awal kesultanan Selangor, Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Daeng Celak.

“Melihatkan lokasi yang cukup unik ini, kami berharap penduduk Selangor tahu mereka ada tempat yang sangat cantik di samping menghargai sejarah di situ,” katanya kepada SelangorKini.

Pelakon itu menjelaskan takbir yang dilaungkan dalam rakaman berkenaan pertama kali dibuat dalam suasana di luar masjid.

“Meriam di Bukit Malawati menjadi salah satu prop utama dalam penggambaran. Jika orang dulu-dulu bertakbir tetapi senjata di sisi adalah keris, kali ini kita letakkan (paparkan) meriam.

“Kami pasang pentas di puncak Bukit Malawati dan mereka bertakbir sambil menghadap matahari terbenam,” kata artis terkenal itu.

Takbir hari raya antara pengisian Senandung Aidilfitri #KitaSelangor yang berlangsung selama sejam.

Selebriti Raja Azura dan Salih Yaacob mengacara program seni ini yang disertai artis terkenal antaranya Siti Nordiana, Najwa Latif, Bunkface dan Ahmad Yassin yang memiliki versi suara Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Che Puan Juliana Evans dan Ropie Cecupak pula melakonkan sketsa nasib golongan berpendapatan rendah yang menerima Inisiatif Peduli Rakyat.

Selain SelangorTV, program itu akan disiar melalui Facebook Media Selangor pada jam 9 malam 2 Syawal.

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Saksikan takbir raya, Senandung Aidilfitri #KitaSelangor

KUALA SELANGOR, 27 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai rakaman laungan takbir raya untuk program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor.

EXCO kebudayaan berkata imam Masjid Negeri Abdul Karim Omar memimpin takbir dalam acara yang turut melibatkan barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan untuk disiar melalui SelangorTV.

Borhan Aman Shah menjelaskan rakaman program berkenaan diadakan di puncak Bukit Malawati di sini sekali gus mempromosi keindahan bukit itu sebagai destinasi pelancongan.

“Takbir hari raya antara pengisian Program Senandung Aidilfitri #Kita Selangor yang berlangsung selama sejam.

“Program ini bukan khusus hanya untuk rakyat Selangor tetapi seluruh rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara,” katanya.

Selebriti Raja Azura dan Salleh Yaacob bergandingan mengacarai program yang disertai artis terkenal antaranya Siti Nordiana, Najwa Latif, Bunkface dan Ahmad Yassin yang memiliki versi suara Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Rakaman antara 3 hingga 10 April dijalankan di beberapa lokasi di Sepang, Gombak dan Kuala Selangor. Selain SelangorTV, program itu akan disiar melalui Facebook Media Selangor.

Penerbit eksekutif Megaday Sdn Bhd Azhar Sulaiman bertanggungjawab menjayakan keseluruhan rakaman.