Categories
SELANGOR

INPENS tubuh Pasumi 1.0 bantu mangsa banjir di Kelantan

SHAH ALAM, 13 JAN: Inpens International College (INPENS) menubuhkan Pasukan Sukarelawan Misi Banjir Inpens (Pasumi) 1.0 bagi membantu mangsa banjir di Kelantan, baru-baru ini.

Pengurus Komunikasi Korporat INPENS merangkap Ketua Pasumi 1.0, Jefri Mejan berkata, pasukan itu menggerakkan misi bantuan membabitkan 15 sukarelawan ke daerah Kuala Krai, Kelantan yang terjejas teruk pada 8 hingga 10 Januari lalu.

pasumi01Katanya, misi itu turut membabitkan kerjasama dua agensi iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor (PAIDKS).

“Selain mengedarkan sumbangan makanan dan keperluan lain seperti kanvas dan tikar, Pasumi 1.0 turut membantu beberapa mangsa banjir membersihkan kediaman mereka.

“Bagi penduduk yang kehilangan kediaman akibat ranap atau hanyut, kita mengambil inisiatif membantu mereka mendirikan tempat tinggal sementara menggunakan kanvas dan tali,” katanya.

pasumi03Jefri berkata, misi dijalankan atas rasa prihatin dan tanggungjawab sesama insan selain menyemai rasa keinsafan di kalangan sukarelawan terbabit.

Beliau berkata, kemusnahan terjadi di Kuala Krai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan sukarelawan masih diperlukan di sana.

“Pasumi 2.0 juga akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi membantu mangsa banjir di kawasan lain yang terjejas seperti di Pahang dan Perak,” katanya.

Pentadbiran telus rahsia belanjawan berimbang

1-Pentadbiran telus rahsia belanjawan berimbang

2-Kenaikan gaji selari dengan polisi nilai untuk wang

3-Graduan Kolej INSPENS perlu sumbang idea untuk kejayaan institusi

4-Kadar cukai pintu Selangor kekal sejak 20 tahun

5- Pakatan sambut baik usaha ADUN potong 20% gaji bulanan

6-Kelayakan diploma syarat baru guru KAFA Selangor

7-Kenaikan tarif elektrik sudah dijangka

8-TUNAS hadiah istimewa untuk rakyat Selango

9-Datuk Fauzi Shaari meninggal dunia