Categories
NASIONAL

Pembangkang tekad bersatu lawan BN

Oleh : AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 27 NOV : Kebijaksanaan pimpinan DAP, PAS, KEADILAN dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam mendepani konflik diyakini akan terus menyatukan mereka sebagai pasukan tunggal menentang Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata meskipun wujud perbezaan pendapat, namun mereka masih saling menghormati dan bekerja atas polisi sama.

Katanya, ia terbukti apabila pembangkang berjaya dalam dua pilihan raya umum (PRU) lalu dengan kejayaan memberangsangkan.

MB Azmin“Mungkin sekarang ada isu, tetapi saya optimis atas kebijaksanaan DAP, PAS, AMANAH dan KEADILAN yang kita akan terus bekerja sebagai pasukan untuk mementang UMNO.

“Sekarang krisis dan perbezaan perlu diketepikan untuk bekerjasama menentang BN,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita ke-11 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Pada masa sama, Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, isu berbangkit di Pulau Pinang juga akan diselesaikan secara keluarga memandangkan DAP adalah sahabat lama dalam politik.

“Kita akan selesai secara keluarga, banyak isu berjaya selesai secara dalaman dan kalau berbangkit boleh selesai,” katanya.

-nR-