Categories
NASIONAL

Kongres Wanita PKR tafakur peringati tragedi MH17

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 OGOS : Lebih 200 ahli Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri Kongres Nasional Tahunan pagi ini di Stadium Malawati bertafakur selama seminit sempena Hari Berkabung Negara ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai lalu di Ukraine.

Upacara bertafakur tepat jam 9.25 pagi tadi adalah sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi MH17 pada upacara penerimaan jenazah rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini yang diadakan serentak di seluruh negara.

Kongres PKRHadirin yang beragama Islam diminta berdiri untuk membaca surah al-Fatihah manakala yang bukan beragama Islam perlu bertafakur dengan cara masing-masing.

Antara yang hadir, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Terdahulu, Kerajaan mengisytiharkan tarikh 22 Ogos sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Setiap jenazah yang telah dikenal pasti akan disambut dengan penuh penghormatan serta istiadat, dikendalikan oleh bahagian istiadat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Bunga Raya di KLIA.

Pada upacara itu, setiap jenazah akan diusung pegawai istiadat dari Angkatan Tentera Malaysia dan dibawa menaiki 16 kereta jenazah dan diberi penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.

Sembilan daripada 15 jenazah warga Malaysia itu bukan beragama Islam dan identiti jenazah hanya akan diumumkan pada upacara berkenaan.

Setakat ini, seramai 24 jenazah warga negara Malaysia mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.

Kibaran bendera separuh tiang turut dilakukan pada hari berkenaan dan perlu diteruskan sehingga semua 44 jenazah dibawa pulang ke negara ini.

EZY

Categories
NASIONAL

MB benarkan PKR adakan Kongres Tahunan di Shah Alam

SHAH ALAM 13 OGOS: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membenarkan Kongres Tahunan PKR diadakan di Stadium Malawati Shah Alam walaupun PKR bertindak memecatnya dari parti itu.

Ia sekali gus menafikan dakwaan di blog pro-Umno yang mendakwa beliau menghalang usaha PKR menempah stadium tersebut untuk mesyuarat pada 22 hingga 24 Ogos ini.

logo-pkr“Kita benarkan untuk adakan konvensyen di stadium (Malawati),” kata Abdul Khalid dipetik Malaysiakini.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang staf pengurusan stadium yang enggan dinamakan.

Menurutnya, pihak stadium tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk membatalkan tempahan stadium bagi kongres itu.