Categories
AGENDA NASIONAL

Wan Azizah: Segera benar sidang Parlimen, bahas isu rakyat

SHAH ALAM, 4 JUN: Kerajaan harus segera membenarkan persidangan Parlimen supaya masalah tercetus akibat pandemik Covid-19 dan jenayah aparteid terhadap Palestin dapat dibahaskan secara tuntas, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata Dewan Rakyat yang bersidang kali terakhir pada 15 Disember tahun lalu sepatutnya menjadi wadah membahaskan isu rakyat yang semakin meruncing untuk mencari jalan penyelesaian.

Tegasnya, pentadbiran kerajaan memberikan alasan darurat untuk tidak membenarkan persidangan Parlimen walaupun Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah mengizinkannya.

“Lantaran itu isu rakyat seperti saya sebutkan tadi seperti kesenjangan ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumah tangga, anak serta isteri maut di tangan pengasuh dan suami tidak dapat dibahaskan

“Isu pendidikan juga terus jadi tumpuan tanpa ada penyelesaian. Sekolah ditutup, bagaimana kita hendak menyambung…Adakah kita akan ada generasi kurang berpendidikan? Ini yang kita takut untuk ditangani bersama,” katanya ketika merasmikan Kongres Wanita KEADILAN ke-15 secara maya hari ini.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata penutupan Parlimen juga tidak membolehkan negara menyatakan pendirian secara tegas isu manusia sejagat seperti pemusnahan etnik dan dasar aparteid berlaku secara kejam oleh rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

“Kita mesti keluarkan satu pernyataan tegas sebagai sebuah negara bebas dan merdeka, kita tentang sistem aparteid (berlaku) di mana-mana,” katanya.

Kongres PKR: Ucapan Penggulungan Timb. Presiden

Ucapan Penggulungan Timb. Presiden , Mohamed Azmin Ali pada Kongres Nasional Keadilan 2015

Kongres PKR : Ucapan Dasar Presiden


Perasmian dan ucapan dasar Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Kongres Nasional Tahunan ke-11, 2015

Perwakilan sayu, Kongres PKR tanpa Anwar


Perwakilan kongsi rasa sayu, Kongres Nasional Keadilan ke-11 pertama kali tanpa kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum.

Kongres PKR: Ucapan Dasar Ketua Wanita KEADILAN


Ucapan dasar dan perasmian Angkatan Muda dan Wanita KEADILAN 2015 di Dewan Sivik MBPJ oleh Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Kongres PKR: Ucapan Dasar Ketua AMK


Ucapan dasar dan perasmian Angkatan Muda dan Wanita KEADILAN 2015 di Dewan Sivik MBPJ oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Categories
NASIONAL

Kongres PKR: AMK sedia meneraju perubahan & kukuhkan parti

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 OGOS : Pimpinan baru Angkatan Muda Keadilan (AMK) berusaha menyatukan tenaga di segenap peringkat meneruskan perjuangan menjadi peneraju perubahan.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, satu perbincangan diadakan bersama Dr. Afif Bahardin dan kesemua pimpinan AMK pusat yang melakukan ‘walkout’ kelmarin pada 22 Ogos lalu.

kongresBeliau berkata, pimpinan AMK Pusat bersetuju semua isu berkaitan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan dibincang mengikut saluran parti.

“Saya yakin semua anggota memahami bahawa menang dan kalah adalah adat persaingan.

“Pemilihan AMK yang lepas cukup menarik kerana ia menunjukkan PKR tidak ketandusan pemimpin muda.

“Saya ingin mengajak semua memandang ke hadapan dan bersama memperkukuhkan parti agar lebih diterima sebagai wadah alternatif politik baru,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, keputusan ini wajar mengingatkan semua pimpinan bahawa selain sokongan, prestasi jug akan dinilai sepanjang penggal baru ini.

Keputusan ini bukan sahaja mengiktiraf AMK sebagai pimpinan rasmi malahan petunjuk bahawa tanggungjawab besar yang akan dipikul kelak.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: Muafakat dalam Pakatan perlu dimantapkan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat setiakawan yang dipamerkan oleh PAS dan DAP dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, jasa teman dalam pakatan akan terus dikenang dan perpaduan dalam PR perlu dimantapkan.

10606068_10152229135996510_2527423905913870479_n“Saya dan keluarga secara peribadi tidak pernah melupakan jasa kawan-kawan dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kesetiaan kawan-kawan dalam PAS,” katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Umum  dalam Kongres PKR ke-10.

Jelas Anwar, meskipun terdapat kritikan beberapa pihak terhadap pimpinan PKR dan yang lain namun beliau mengingatkan semua supaya tenang dan menjaga akhlak dalam mendepani sesuatu kritikan.

“Muafakat dalam pakatan perlu dimantapkan. Setuju atau tidak perlu ikut proses yang sihat.

“Kita tidak boleh diheret ambil tindakan atau keluarkan kenyataan untuk mengeruhkan ketiga-tiga parti,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Anwar menambah, beliau akan menggunakan pendekatan baru bertemu rakyat dengan turut sama meluangkan masa bertemu ketua cabang dan wanita bagi mendengar sendiri masalah secara tertutup.

Beliau turut memberikan tempoh selama tiga bulan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya mengemukakan laporan langkah untuk melonjakkan sokongan anak muda terhadap PKR.

EZY

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Jangan terperangkap persempadanan semula pilihan raya

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membangkitkan persoalan persempadanan semula pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menyifatkan ia bakal merugikan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau mendakwa terdapat tujuh kerusi Parlimen bakal diwujudkan di Selangor terutama di kawasan majoriti Melayu.

kongresMenurutnya lagi, PR hanya memenangi satu daripada 24 kerusi Parlimen yang diwujudkan hasil persempadanan semula iaitu kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenangi mendiang Karpal Singh.

“Sekarang ada desas desus menyatakan akan diwujudkan di Selangor tujuh kerusi Parlimen yang baru. Kebanyakkannya majoriti Melayu. Ini akan merugikan kita.

“Saya minta kepada PKR dan juga parti komponen pakatan yang lain, kita jangan terperangkap.

“Kalau kita kekalkan sempadan yang ada, kerusi yang ada, perbaiki sempadan kemungkinan perbezaannya hanyalah lima peratus,” katanya ketika ucapan penggulungan Kongres PKR ke-10 hari ini.

Katanya, PR sedang menanti kemenangan hasil daripada tekanan ekonomi yang bakal dirasai rakyat ekoran perlaksanaan GST disebabkan kegagalan kerajaan BN menangani permasalahan ekonomi rakyat.

“Justeru pulang ke rumah, perwakilan dan pemerhati, pastikan cabang-cabang dijaga.

“Kita perlu 100 pengundi di Parlimen masing-masing, protes dengan SPR supaya persempadanan mereka itu tidak terlaksana,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Kongres PKR: Ambil iktibar kekalahan PRU-13

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: PKR perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan di kerusi Dun Pengkalan Kubor di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu yang berpunca daripada kurang kerjasama daripada rakan Pakatan Rakyat (PR).

Perwakilan dari Kelantan, Prof Madya Saharun Ibrahim berkata, kesilapan tersebut perlu diperbaiki untuk memenangi semula kerusi itu yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Noor Zahidi Omar.

kongres5“Dalam PRU13 lalu, kita yakin dapat menang kerusi itu tapi kita tersilap teknik. Rancangan kita tidak menjadi kerana hubungan dengan parti lain kurang baik.

“Ibarat menunggu durian yang gugur tetapi rupa-rupanya lantai pondok telah dipecahkan rakan sendiri. Jadi, jika mahu menang kali ini kita perlu berusaha dapatkan kerjasama daripada semua parti,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR ke -10.

Beliau yang juga bekas calon di kerusi tersebut pada PRU13 lalu turut menyatakan kesediaan berkhidmat bagi memastikan kemenangan PKR.

“Tidak kira siapa calon PKR, saya sedia kerja keras supaya sekurang-kurangnya kita dapat tambah jumlah undi. Berdasarkan undian yang diterima pada PRU13 lalu, saya yakin kita mampu meningkatkan sokongan penduduk,” katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong setelah Noor Zahidi meninggal dunia akibat kanser di Guangzhou, China,  Rabu lalu.

Pada PRU13, Noor Zahidi menang dengan majoriti 1,763 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Saharun dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail.

EZY

Categories
NASIONAL

Kongres PKR: “Pemilihan sudah habis, kembalilah bersatu”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 OGOS: Budaya sabotaj dan berpuak-puak yang masih wujud dalam parti perlu dikikis dan kembali kepada falsafah kebersamaan.

Pembahas dari Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, pemilihan parti telah selesai dan semua ahli parti perlu kembali bersatu dalam semua gerak kerja.

Kongres PKR“Saya fikir kalau musim pemilihan ada justifikasinya, ada kumpulan-kumpulan mereka sendiri.

“Apabila pemilihan sudah habis, kita perlu kembali bersatu. Tiada lagi isu saya orang A, saya orang B.

“Sewajarnya tidak berlaku,” katanya kepada Selangor Kini.

Jelasnya, kepimpinan tertinggi PKR perlu memainkan peranan dalam perkara ini selain mendengar pandangan akar umbi dibawah.

Apa yang penting katanya, budaya kasih sayang tanpa meminggirkan mereka yang tewas dalam pemilihan perlu diangkat sebagi usaha mengukuhkan parti untuk masa hadapan.

EZY

Categories
NASIONAL

Presiden PKR: Kembali kukuhkan saf terus berbakti kepada rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 OGOS: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan ahli PKR supaya bersatu dan mengukuhkan parti untuk terus berbakti kepada rakyat.

Katanya agenda reformasi parti perlu diperkukuhkan dan langkah-langkah meningkatkan keberkesanan parti dan kemahiran anggota perlu ditingkatkan.

10632699_10152227017811510_5057599214180429895_n“Penekanan kepada aspek disiplin, latihan dan keupayaan teknikal, strategik, penerangan dan jaringan maklumat dari pimpinan ke peringkat akar umbi perlu dimulakan dari sekarang,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden Kongres PKR Ke-10 di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa proses pemilihan terdapat beberapa aspek atau kelemahan yang harus dipertingkatkan bersama terutama sekali oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

“Pertama infrastruktur, kedua kelengkapan dan aset, ketiga aspek ketertiban dan keempat aspek tarbiyah yang agak kurang di kalangan anggota dan pemimpin.

“Saya meminta pihak JPP mengemukakan cadangan ini, dengan mengambil kira juga pandangan daripada akar umbi, khususnya pemimpin di peringkat Cabang dan negeri, diperhalusi dan dibahaskan secara telus dan mendalam, untuk dikemukakan dapatannya kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP)

“Akhir kata, rapatkan persaudaraan sesama kita dan teruskan iltizam kita untuk terus berjuang dan berbakti kepada rakyat. Demi Rakyat kita bersama, jangan sesekali kita khianati amanah mereka,” jelasnya yang turut disambut dengan laungan ‘Reformasi’.

EZY