Categories
SELANGOR

72% puas hati kualiti hidup di Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kajian yang dijalankan badan kajian bebas, Merdeka Centre mendapati 72 peratus masyarakat di Selangor berpuas hati dengan kualiti hidup yang dicapai berbanding 25 peratus tidak berpuas hati dan tiga peratus lagi menjawab tidak tahu atau tiada respon.

Kajian membabitkan 6,436 responden di seluruh Selangor itu diadakan bagi menilai prestasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha menambahbaik prestasi mutu perkhidmatan Kerajaan Selangor kepada rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dalam soalan ‘sejauh manakah anda berpuas hati atau tidak puas hati dengan kualiti hidup dalam masyarakat anda’ mengikut pecahan PBT pula, Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) mencatatkan peratusan ‘puas hati’ tertinggi dengan 78 peratus berbanding 21 peratus tidak berpuas hati dan satu peratus tidak tahu atau tidak memberi respon.

Penduduk Bukit Botak 02Penduduk bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah kedua tertinggi berpuas hati dengan 74 peratus berbanding 23 peratus tidak berpuas hati dan empat peratus lagi tidak tahu atau tiada respon.

Dalam kajian yang dijalankan antara 16 Mei hingga 6 Julai lalu juga mendapati 73 peratus penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) turut berpuas hati dengan kualiti hidup di kawasan masing-masing.

Selain itu, 24 peratus penduduk di dua PBT itu mengatakan tidak berpuas hati dan tiga peratus lagi tidak memberi respon atau menjawab tidak tahu.

Sementara itu, 72 peratus penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) berpuas hati berbanding 25 peratus tidak berpuas hati, manakala tiga peratus lagi menjawab tidak tahu atau tidak memberi respon.

logo PBTMajlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mencatatkan 70 peratus penduduk di kawasan masing-masing berpuas hati dengan kualiti hidup mereka.

Bagi penduduk di MPAJ dan MPS pula 27 peratus dan 28 peratus bagi MBPJ tidak berpuas hati dengan kualiti hidup di kawasan masing-masing apabila diajukan soalan sama.

-NFN-