SHAH ALAM, 4 JAN: Pelbagai usaha dilaksanakan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya sepanjang tahun lalu bagi memberi manfaat kepada penduduk.
Michelle Ng Mei Sze menerusi Twitter berkongsi inisiatif terbabit dalam Laporan 2021 ADUN Subang Jaya semalam.
- 7,182 individu menjalani saringan Covid-19 secara percuma
- 6,916 dos vaksin Covid-19 diberi kepada penduduk
- 4,357 bakul makanan diedar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketat
- 3,500 unit kit kendiri diedar
- 100 oximeter diberi kepada komuniti atau penduduk
- 158 wanita jalani ujian saringan pangkal rahim percuma anjuran ROSE Foundation
- 108 pelajar terima komputer untuk pembelajaran atas talian
- 10 unit tangki oksigen diderma kepada SJ Ambulance
- 491 warga emas dihantar ke PPV untuk suntikan vaksin Covid-19
- 12 kerja penambahbaikan sekolah, taman permainan, tenpat perkhidmatan bawah peruntukan Projek Kecil
- Mendirikan projek bantuan guaman Kerajaan Selangor
- Bantuan subsidi kos pakar bagi mereka yang memerlukan nasihat profesional kesihatan mental
- Jalin kerjasama dengan pihak Kumpool melaksanakan sistem permintaan bas panggilan
- 106,156 kilogram bahan kitar semula dikumpul setakat 31 Disember
- 150 sukarelawan dimobilisasi untuk pembersihan pascabanjir
- 600 tilam disumbang kepada mangsa banjir