Categories
NASIONAL SELANGOR

Gelombang merah jambu berlari demi keamanan

Run For Peace 7

Run For Peace 1

KLANG 8 SEPT: Sekurang-kurangnya 11,000 peserta berkemeja-T merah jambu termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil bahagian dalam acara larian ‘Run For Peace 2013’ bagi memupuk keamanan dan keharmonian masyarakat.

Run For Peace 6

Mereka berhimpun seawal jam 5.30 pagi di Taman Klang Jaya, dari warga emas hingga ke peringkat belia dan kanak-kanak. Larian ini dianjurkan oleh Persatuan Soka Gakkai Malaysia, dan dirasmikan oleh Abdul Khalid.

Turut meraikan acara ini adalah Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Klang, Ehsan Mukri, dan Pengerusi Persatuan Soka Gakkai Selangor, Johnny Ng Teck Sim.

Run For Peace 4

Sebelum berlari membuat pusingan sejauh lapan kilometer, peserta melakukan senaman pemanas badan secara beramai-ramai. Kehadiran Abdul Khalid disambut dan beliau dikerumuni sebaik turun dari kenderaan pacuan empat roda.

“Program ini diharap dapat menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya keamanan bagi mewujudkan masyarakat harmoni,” tegas Abdul Khalid.

Sementara menunggu larian bermula, orang-ramai dihiburkan dengan Flash Mob, permainan gendang cina dan aksi akrobatik ala-kungfu dari Belia Sokka Gakkai Selangor.

Run For Peace 3

Suasana pagi sangat menceriakan apabila orang-ramai membuat gelombang manusia berulang-kali dan berinteraksi semasa sendiri.

Program dwitahunan itu bermula sejak 2005 lagi dengan hanya 1,000 peserta sahaja. Dua tahun lalu, Larian Run For Peace ini mencatatkan 8,000 penyertaan.

Run For Peace 2

Program diadakan serentak di semua ibu negeri seluruh negara kecuali Alor Setar, Kota Bahru dan Kuala Terengganu yang diadakan pada 7 Sept.

“Pagi yang sangat mengkagumkan, dan ini yang kita harap untuk capai – memupuk nilai kekeluargaaan dan gaya hidup sihat, menyemai semangat setiakawan dan saling percaya antara kita. Keamanan tumbuh dari perkara-perkara ini,” kata Johnny.

Program berakhir jam 9 pagi.

Run For Peace 5