Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didakwa sokong LTTE

MELAKA, 29 OKT: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pada November tahun lepas.

Tertuduh, G Saminathan, 34; P Gunasekaran, 60, dan S Chandru, 38 didakwa melakukan kesalahan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di sini pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 November 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Saminathan turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S9+ warna biru gelap di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri di sini pada 10.25 pagi, 10 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk tanda faham sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah menetapkan 16 Disember untuk sebutan semula kes dan kesemua tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohd Izhanudin Alias, manakala tiga tertuduh itu diwakili lima peguam yang diketuai oleh Ramkarpal Singh.

Terdahulu, petugas media dihalang masuk ke dalam mahkamah berikutan hanya ahli keluarga dan orang kenamaan sahaja dibenarkan masuk untuk mendengar prosiding itu.

Muhamad Iskandar ketika ditemui pemberita berkata jaminan tidak dibenarkan di bawah seksyen berkenaan berikutan kesemua tertuduh didakwa di bawah bab 6a Kanun Keseksaan kerana Mahkamah Sesyen tiada bidang kuasa untuk membuat keputusan melibatkan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Kenderaan membawa tiga tertuduh itu keluar dari Kompleks Mahkamah Melaka pada 10.45 pagi ini.

– BERNAMA

Categories
全国新闻

国家稻米公司私有化 安华:肥了赛莫达 苦了稻农

蔡添强(左起)、安华、末沙布和万阿兹莎在民联晚宴上言谈甚欢。
蔡添强(左起)、安华、末沙布和万阿兹莎在民联晚宴上言谈甚欢。

(梳邦讯)本地商业距子赛莫达通过旗下公司收购国家稻米公司(Bernas),预计未来3年将从这项收购行动中获利高达35亿令吉。

有关盈利是依据国家稻米公司目前稳固的财务状况,加上白米为大马人的主食因素下,做出的相关预测。

安华周二晚在梳邦帝国酒店举办的“民联晚宴”上说,这项收购决定证明国阵更注重朋党,甚至于在贫穷线上挣扎求存的稻农群。

“当穷人面对生活费也不够的情况下,为何一名商人却能借助私有化和收购国家稻米公司,在短短3年内却能赚取35亿令吉,这必然成为大家心目中的疑问。”

安华。
安华。

他声称当年担任财政部长时,国家稻米公司私有化行动只能在符合一定条件下进行,即10%股权分配给全国农民组织(NAFAS)和全国渔业组织(NEKMAT),5%分配给吉兰丹农业发展组织(KADA)、吉打青年农业发展组织(MADA)和国家稻米公司员工。

安华在致词中强调,赛莫达截至2009年杪通过旗下两家公司,已收购53.7%的国家稻米公司股权,收购行动延续至今年2月份,交易数额达4亿7700万令吉。

卡立与出席民联晚宴的嘉宾握手问好。
卡立与出席民联晚宴的嘉宾握手问好。

另一方面,雪兰莪州务大臣丹斯里卡立民联三党,包括人民公正党、民主行动党与伊斯兰党加强合作关系,共同面对第14届全国大选。

约有100名民联领袖出席这项晚宴,包括人民公正党主席拿督斯里万阿兹莎、行动党全国顾问林吉祥和伊斯兰党副主席末沙布等。

Categories
NASIONAL

PKR kecam tindakan 2 ADUN Sabah lompat parti

Tian Chua parlimen 01SHAH ALAM 8 NOV : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak beretika dua pemimpin PKR dari Sabah yang bertindak meninggalkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu, baru-baru ini.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata tindakan dua pemimpin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu disifatkan sebagai satu pengkhianatan besar kepada rakyat Malaysia, khusunya Sabah.

Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu juga jelas mengkhianati amanah yang diberikan rakyat Sabah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Kenyataan bahawa mereka berdua sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti hanya satu helah dan alasan biasa bagi membenarkan langkah pengkhianatan mereka ini.

“Tindakan ADUN lompat parti ini adalah modus operandi biasa Barisan Nasional (BN) di Sabah untuk cuba melemahkan semangat perjuangan rakyat yang menginginkan perubahan,” katanya.

Justeru katanya, PKR menggesa rakyat Sabah supaya bersatu padu dan tidak membiarkan taktik kotor BN untuk memecah-belahkan semangat perjuangan dan reformasi PR.

Desas-desus berkenaan hasrat ADUN Matunggong, Jailani Hamdan dan ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad @ Malazah untuk keluar parti menjadi perhatian selepas mereka didapati tidak hadir dalam mesyuarat bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu.

Jeremy dalam satu kenyataan menegaskan tindakannya keluar PKR dan menyokong BN adalah bagi membolehkan kawasan diwakilinya menikmati pembangunan.

Beliau yang mengumumkan keputusan menjadi wakil rakyat bebas turut meletak jawatan Ketua Penerangan PKR negeri, berkuatkuasa serta-merta, baru-baru ini.

-NFN

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri komited bantu tingkat prasarana Kampung Orang Asli

naik taraf orang asli 01KUALA KUBU BHARU 6 NOV: Kerajaan Selangor komited membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk Kampung Buloh Telor dengan menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan penduduk kampung Orang Asli itu.

Antara kemudahan yang sudah disalurkan termasuklah keperluan asas seperti bekalan air paip dan elektrik untuk dinikmati 37 keluarga kampung terbabit.

ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Heong hari ini berkata, langkah itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu golongan itu berbanding Kerajaan Persekutuan.

naik taraf orang asli 02“Selepas lebih 50 tahun tanpa bekalan elektrik, Kerajaan Negeri yang pertama pasang jangka elektrik di rumah-rumah penduduk kampung dan selepas itu barulah Kerajaan Persekutuan ambil maklum dan memasukkan bekalan elektrik.

“Sekiranya ketika itu, Kerajaan Persekutuan enggan masukkan elektrik, Kerajaan Negeri akan masukkan,” kata Kee Heong ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan penahan tebing dan jalan di Kampung Buloh Telor di sini.

Selangor Kini difahamkan dengan usaha Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, kos pemasangan jangka elektrik di semua rumah-rumah juga ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Sementara itu penduduk kampung itu juga mula menikmati bekalan air paip sejak lebih setahun lalu juga dari hasil usaha Kerajaan Negeri.

naik taraf orang asli 04Selain itu, taraf prasarana juga ditingkatkan dengan pemasangan lampu-lampu jalan, menyediakan gelanggang badminton, perhentian bas dan pembesar suara di surau kampung itu.

“Banyak perkara sudah diusahakan oleh ADUN angkat, Lau Weng Sang (ADUN Kampung Tunku) sebelum ini dan dalam program Jom Shoping sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

” Kita juga bawa bersama kira-kira tujuh keluarga Islam dan mereka gembira sebab kali pertama membeli belah di Econsave,” kata beliau lagi.

– EZY

Kerajaan Selangor sedia jadi ‘orang tengah’ antara nelayan dan Kerajaan Pusat

Sinopsis

FOKUS Untuk 06112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor akan terus membantu nasib golongan nelayan yang terjejas ekoran penguatkuasaan baru Kerajaan Pusat dengan berusaha mengadakan pertemuan antara kedua belah pihak.

2. Isu mogok nelayan di seluruh negara wajar diselesaikan dengan kadar segera Kerajaan Pusat demi kebaikan rakyat dan golongan nelayan, tegas Adun Sekinchan, Ng Suee Lim.

3. Sebanyak 1,000 wisel diedarkan kepada orang awam oleh wanita DAP Selangor bagi membendung jenayah ragut dan rompak di sekitar pasar borong Seri Kembangan, di sini, baru-baru ini.Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan terutama longkang besar dan kolam tadahan banjir untuk berhadapan bencana alam terutama banjir.

4. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui Selangor menjadi pilihan sebagai ‘destinasi’ utama kegiatan jenayah seperti kes tembakan dan gejala sosial lain yang dipercayai berpunca daripada kepadatan penduduk.

5. Peniaga di Medan Selera Prima Dua, di sini, dinasihatkan supaya mementingkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan minuman selain mematuhi peraturan yang ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

6. Pasangan suami isteri, Mohd Dawam Dollah dan Noraisah Hassan dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dalam Majlis Ambang Hijrah dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1435H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Categories
SELANGOR

Peluang rasai jadi ‘Adun Muda’ di Selangor

niknazmiSHAH ALAM 6 NOV : Mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS IPTA diberi peluang untuk merasai menjadi ‘ADUN Muda’ di Dewan Negeri Selangor.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program ADUN Muda Selangor akan berlangsung pada 16-18 Disember ini.

Kata beliau, tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 November dengan hanya 30 peserta akan dipilih menyertai program ini.

“Perbahasan mereka akan dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh dan saya sendiri,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Pendaftaran program ini boleh dibuat secara online di http://www.adunmudaselangor.com. Syarat-syarat penyertaan serta maklumat lanjut boleh diperoleh di laman portal itu.

“Insya Allah, ini merupakan siri pertama Program ADUN Muda dan akan diteruskan pada masa hadapan,” kata beliau.

Peserta akan diberi peluang menyuarakan pendapat dan bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan polisi, khususnya yang memberi impak kepada golongan muda.

Selain itu turut diberi kesempatan mencadangkan usul bagi memperkenalkan undang-undang baru di Selangor.

Categories
SELANGOR

Pasangan 16 anak, Tokoh Keluarga Mithali 1435H/2013M

TOKOH KELUARHA MITHALI - TUAN HAJI MOHD DAWAM BIN DOLLAH DAN PUAN NORAISAH BINTI HASSANSHAH ALAM 5 NOV : Pasangan suami isteri, Mohd Dawam Dollah dan Noraisah Hassan dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dalam Majlis Ambang Hijrah dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1435H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, malam tadi.

Mohd Dawam, 64, pesara guru agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menetap di Sungai Nibong, Sekinchan masih berkhidmat sebagai ketua kampung Sungai Nibong Batu 23, Sekinchan dan dilantik sebagai Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Daerah Sabak Bernam.

Katanya, dia dan Noraisah, 60, mempunyai 16 orang anaknya dan 10 daripadanya sudah bekerja, manakala enam lagi masih menuntut dalam pelbagai bidang di universiti dan sekolah menengah.

“Biarpun sibuk membesarkan dan mendidik anak, tenaga dan keringat tetap saya dan isteri sumbangkan dalam mengurus dan mentadbir masjid, koperasi guru serta aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Pada majlis sama, Tokoh Saudara Kita 1435H/2013M dianugerahkan kepada Lim Jooi Soon, 44, yang memeluk Islam ketika berusia 28 tahun, pada 9 Januari 1997.

Katanya, dia pernah menuntut di Islamic Education Trust di Nigeria selama 12 tahun dan di Australia selama empat tahun dalam Bible student dengan niat untuk mendalami ilmu agama.

Jooi Soon bertugas sebagai pendakwah bebas, selain banyak menyumbangkan tenaga, idea dan pengalaman dengan menyampaikan ceramah di dalam serta luar negara, malah kini masih aktif sebagai pelatih kader dakwah kepada muallaf juga bukan Islam selain menguruskan kes murtad.

Selain itu, beliau turut terbabit dalam menganjurkan kursus ‘Training The Trainer’ anjuran Nuruddin Lemu dan Aisyah Rodrigo daripada Islamic Trust Nigeria, selain berperanan sebagai penganjur kbagi Kursus Interaktive Dakwah Training, di samping menjadi panel dalam forum perbandingan agama.

Bagi Anugerah Badan Dakwah Sukarela Terbaik 1435H dianugerahkan kepada Pertubuhan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (SAHABAT) yang banyak menjalankan aktiviti dakwah kepada pesakit dan keluarga mereka ketika dirawat di hospital.

Semua anugerah disampaikan Tengku Panglima DiRaja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang turut dihadiri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; pembesar negeri, EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan lebih 1,000 hadirin.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB Selangor : Tahniah, Mohd Azam jadi ADUN baru Sg Limau

PRK-DUN-Sungai-Limau azamSHAH ALAM 5 NOV : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Mohd Azam Abd Samat yang dipilih pengundi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau yang baru, semalam.

“Akhirnya warga DUN Sungai Limau memilih beliua (Mohd Azam) sebagai ADUN yang baru. Tahniah kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR) atas kemenangan yang diperolehi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau, moga tanggungjawab ini mampu kita galas dengan amanah dan ikhlas, Insya-Allah,” katanya menerusi laman Facebook, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Mohd Azam menyifatkan kemenangannya pada PRK DUN Sungai Limau adalah kejayaan semua dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan PAS, PR, pengundi DUN Sungai Limau serta seluruh jentera yang membantu untuk memenangi kerusi N20 itu.

“Alhamdulillah, Allah SWT anugerahkan kemenangan di tahun baru Hijrah ini. Kemenangan ini adalah kemenangan kepada seluruh pejuang Islam, keadilan dan kebenaran serta pembela hak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, menganggap kemenangan Mohd Azam adalah hadiah Tahun Baru 1435H buat seluruh rakyat Sungai Limau.

“Beribu tahniah buat Mohd Azam di atas kemenangan dalam PRK ini bagi menggalas amanah jamaah dan rakyat di Dun Sungai Limau,” katanya menerusi akaun Facebook.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berharap ADUN Sungai Limau yang baru itu dapat melaksanakan amanah dengan baik dan cemerlang, selain mengucapkan tahniah kepada seluruh pimpinan parti yang banyak berkorban masa, tenaga serta harta untuk PRK itu.

Mohd Azam, 37, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi yang membolehkan PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. -NFN-

Categories
SELANGOR

MPAJ dan JPS perlu bincang masalah banjir di Ampang Jaya

iskandar1

iskandar2AMPANG JAYA 1 NOV : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad meminta Jabatan Pengaliran Saliran Selangor (JPS) mengadakan perbincangan bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi mencari penyelesaian mengatasi masalah banjir di Ampang Jaya.

Katanya, penduduk di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana, Taman Dagang dan Taman Putra Sulaiman berhadapan masalah banjir sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu disebabkan penurunan taburan hujan melebihi biasa hingga mengakibatkan longkang sedia ada tidak dapat menampung jumlah yang banyak hingga melimpah ke jalan dan kawasan perumahan.

iskandar3“Perkara yang perlu kita tambah baik longkang kerana saiznya terlalu kecil dan tidak dapat menampung air hujan yang dipercayai menjadi punca banjir apabila melebihi paras biasa.

“Saya mintak JPS berbincang dengan MPAJ untuk membuat cadangan bagi menyelesaikan masalah ini termasuk membesarkan longkang dan parit sedia ada selain menukar pembetung lebih besar,” katanya kepada TV Selangor selepas sesi lawatan yang dihadiri wakil penduduk dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, di Taman Putra Sulaiman, di sini, hari ini.

iskandar4Tinjauan TV Selangor ke lokasi kejadian mendapati perjalanan air di beberapa longkang tidak lancar kerana banyak sisa pepejal dan sisa domestik dibuang hingga menyekat aliran air.
Beliau yang juga Exco Perumahan Selangor turut memaklumkan perkara itu akan dibawa kepada pemerhatian Exco Pembangunan dan Infrastruktur Selangor, Dr Yunus Hairi dengan anggaran peruntukan projek baik pulih berjumlah RM3 juta.

“Kerja pembersihan longkang sedia ada perlu dilakukan kerana terdapat pasir dan sisa projek pembangunan seperti batu konkrit yang dibuang di lokasi sama. Tapak pembinaan sedia ada perlu dikawal supaya tidak membuang pasir dan sisa pembinaan ke dalam longkang.

“Penduduk setempat juga diingatkan supaya tidak membuang sisa pepejal ke dalam longkang kerana akhirnya mereka yang bakal menerima kesan perbuatan itu jika longkang tersumbat,” katanya.

iskandar5Sementara itu, Penasihat Persatuan Penduduk Taman Nirwana, Mahendran Thomas, 58, meminta pelan saliran air di kawasan Ampang Jaya membabitkan beberapa taman perumahan utama dikaji semula memandangkan kawasan itu berhadapan pelbagai projek pembangunan.

“Saliran di sini perlu dikaji semula kerana disatukan ke longkang Jalan 41 Taman Nirwana. Tindakan ini tidak patut berlaku dan pemaju perlu mengalirkan air ke kawasan lain.

“Projek baru juga perlu kaji membabitkan pelan pengaliran untuk tempoh jangka panjang 20 hingga 25 tahun. Tidak guna memasang konkrit kerana adakala patah dalam menyebabkan longkang tersumbat dan banjir berlaku,” katanya. -NFN-

iskandar7

 

 

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mansuh subsidi hukuman berat kepada rakyat

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 1

GOMBAK 31 OKT : Tindakan kerajaan pusat memansuhkan subsidi barangan keperluan rakyat pada pembentangan Bajet 2014 adalah satu ‘hukuman berat’ kepada rakyat sedangkan pentadbiran kerajaan tidak mengamalkan cara berhemah berbelanja sehingga menyebabkan berbilion wang rakyat.

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 3

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan terus dihimpit dengan kekangan ekonomi hasil daripada tindakan pemansuhan subsidi itu.

“Kita melihat ini sebagai satu bencana kepada rakyat apabila bajet baru-baru ini menarik beberapa subsidi barang keperluan rakyat seperti gula apatah lagi bila menjelang perayaan,” kata beliau kepada TV Selangor.

Hasbullah berkata, kerajaan pusat perlu mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah dan mencari jalan mengatasi defisit negara.

“Kerajaan perlu memikirkan langkah mencari alternatif lain untuk mengurangkan defisit dan kelemahan mereka dalam mentadbir.

“Tapi janganlah rakyat yang sudah sedia mengalami kenaikan harga barang ini dihukum lagi dalam bajet,” kata Hasbullah.

Hasbullah sebelum itu menemani peserta Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia selain mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung lain di pusat membeli-belah Giant Batu Caves.

Seramai 300 orang peserta yang layak menerima baucar membeli belah sebanyak RM100.

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 2

-EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Rumah balu Ketua MIC terbakar, dapat pembelaan PKM DUN Melawati

Rumah balu Ketua MIC terbakar, dapat pembelaan PKM DUN Melawati

SHAH ALAM 30 OKT: Meskipun mendiang suaminya ketika hayat cukup dikenali dengan banyak berjasa terhadap MIC tetapi penderitaan akibat rumah terbakar yang dialami, Devi a/p Raman, 66, kira-kira tiga bulan lalu tidak dihiraukan parti yang mewakili kaum India itu.

Bagaimanapun, Devi agak bernasib baik apabila Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Melawati, S.Manikavasagam dengan disertai Penghulu Mukim Api-api, Husain Idris tampil menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal itu.

Manikavasagam berkata, antara bantuan yang dihulurkan termasuk wang tunai RM500 disumbangkan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor serta barang binaan seperti papan dan atap dari PKM DUN Melawati.

“Mendiang S.Anandan bekas Ketua Cawangan MIC Kampung Telok Piah, dulunya seorang yang berkhidmat cemerlang dalam MIC serta pernah diberikan pingat penghormatan oleh Tan Sri V.Manikavasagam kerana jasa beliau itu.

“Namun sekarang ini apabila isteri mendiang menghadapi kesusahan, rumah terbakar tidak ada seorang pun pemimpin MIC datang menjengah atau menghulurkan bantuan, mana slogan ‘MIC care’,” kata Manikavasagam kepada TV Selangor.

Manikavasagam berkata, akibat daripada kebakaran yang membawa anggaran kerugian kira-kira RM75,000 itu, Devi juga kehilangan sumber pendapatan dari perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan yang diusahakan di rumahnya.

Devi yang menyambut perayaan Deepavali tidak berapa lama lagi juga dimasukkan ke dalam program Jom Shopping sempena Deepavali yang diadakan di pasaraya Giant, Pasir Penampang hari ini.

“Semua bantuan yang dihulurkan ini sebenarnya tidaklah mencukupi tetapi setidak-tidaknya mampu meringankan penderitaan dan bebanan yang terpaksa ditanggung Devi,” kata Manikavasagam lagi.

-EZY

Categories
NASIONAL

Ucapan Perbahasan Bajet 2014

azmin-pc-DNS-01YB MOHAMED AZMIN BIN ALI
30 OKTOBER 2013

Pendahuluan

1. Bajet 2014 bersifat ‘Rich Man’s Budget, Poor To Get Poorer’. Langkah Kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM 551.25 juta dan subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM 505.4 juta akan terus membebankan rakyat. Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.

2. Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, belanjawan negara perlu menekan prinsip ‘fiscal discipline’ dan menggariskan strategi pembangunan yang peduli rakyat.

3. Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan efisien dan mengambil langkah yang pro aktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah.

Pengagihan Kekayaan dan Kesenjangan

4. Jomo K.S dalam karya terbarunya berjudul ‘Malaysia @50 : Economic Development, Distribution and Disparities’ menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan dan ekonomi telah sekian lama mendominasi perbincangan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak selesai malah isu kesenjangan ekonomi, jurang pendapatan antara golongan kaya miskin telah menjadi perdebatan universal.

5. Situasi ini adalah sama seperti yang diungkap oleh Nobel Laureate, Paul Krugman dalam satu rencana bertajuk Rich Man’s Recovery dalam New York Times dalam satu pemerhatian yang dijalankan di Harvard Business School. Krugman melihat kesenjangan ekonomi yang melampau dalam komuniti pelajar telah menggamit perhatian dunia dan amat membimbangkan.

6. Kata Krugman : “This society claims to reward the best and brightest regardless of family background but in reality the children of the wealthy benefit from opportunities and connections unavailable to children of the middle and working classes.”

7. Menurut Krugman lagi, kajian ini membuktikan wujudnya kesenjangan pendapatan yang ketara di antara golongan maha kaya dan mereka yang berpendapatan rendah. Golongan maha kaya ini menikmati kekayaan di atas kesengsaraan majoriti yang lain. “If the rich are so much richer than the rest that they live in a different social and material universe, that fact in itself makes nonsense of any notion of equal opportunity.”

Bajet 2014 Barisan Nasional

8. Bajet 2014 memperuntukkan sejumlah RM 264.2 bilion. Daripada jumlah ini RM 217.7 bilion merupakan anggaran untuk belanja mengurus manakala RM 46.5 bilion adalah bagi belanja pembangunan.

9. Bajet 2014 masih kekal sebagai bajet defisit. Kerajaan telah meneruskan amalan bajet defisit selama 16 tahun berturut – turut semenjak krisis kewangan Asia. Ini merupakan kesinambungan daripada amalan dan perlaksanaan dasar fiskal semenjak daripada merdeka lagi.

10. Dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami ‘fiscal deficit’ selama 49 tahun dan hanya 7 tahun menikmati ‘budget surplus’. Malaysia menikmati ‘budget surplus’ selama 5 tahun berturut – turut mulai 1993 iaitu ketika YB Permatang Pauh menerajui Kementerian Kewangan.

11. Kerajaan pernah menjanjikan bahawa belanjawan negara akan kembali kepada belanjawan berimbang pada tahun 2005 ; sebaliknya hutang negara terus membengkak secara berganda di antara tahun 2007 dan 2012 kepada RM 421 bilion. Manakala pendapatan pada kadar 31% dari RM 140 bilion kepada RM 207 bilion. Hutang negara seperti yang dilaporkan oleh Maybank Berhad bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

12. Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak. Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36% daripada KDNK ; meningkat kepada 53% daripada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka meningkat kepada 54.7% daripada KDNK dalam tahun 2014. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara.

13. Ia juga menggamit perhatian rakyat Malaysia kepada persoalan debt – to – revenue ratio. Dalam tahun 2012, Fitch Rating Agency melaporkan bahawa kadar debt – to – revenue di Malaysia mencatatkan 246%, semakin hampir kepada negara Itali yang bergelut dengan masalah hutang pada kadar 261%.

14. Malaysia di bawah pengurusan UMNO hari ini sedang mengalami penyakit ‘fiscal fatigue’ atau lelah kewangan. Negara hari ini tidak mempunyai ‘fiscal space’ untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya juga tidak mempunyai ‘political will’ untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa.

GST Membebankan Rakyat

15. GST adalah satu sistem percukaian yang telus, efisien untuk dilaksanakan bagi jangkamasa yang akan datang. Persoalannya, apakah Malaysia sudah bersedia ? Saya mengambil maklum bahawa hanya 10% daripada ‘working population’ di Malaysia yang membayar cukai. Saya juga bersetuju supaya negara perlu mengurangkan kebergantungan di atas pendapatan daripada sumber petroleum dan gas yang hari ini menyumbang di antara 35% – 40% daripada hasil negara.

16. Saya juga menyedari bahawa tax based kita adalah agak ‘narrow’. Maka satu reformasi sistem percukaian perlu digubal segera supaya ianya bersifat ‘broad based’ dan komprehensif bagi menggantikan Sales and Services Tax (SST) yang menyumbang 7% kepada pendapatan negara.

17. Namun saya juga mendesak Kerajaan supaya mengamalkan fiscal discipline yang ketat dan memotong Belanja Mengurus di setiap kementerian.

18. Di negara maju, falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi adalah untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh. GST juga menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja. Pendek kata, GST bertujuan to redistribute or diversify, and not increase the tax burden.

19. Kejayaan perlaksanaan GST di negara – negara maju adalah infrastruktur sistem percukaian yang kukuh di mana kadar cukai pendapatan dan kadar GST bergerak dalam arah bertentangan di mana apabila GST diperkenalkan pada satu kadar, kadar cukai pendapatan diturunkan untuk offfset bebanan GST.

20. Bajet 2014 mencadangkan bebanan GST dikurangkan atau off set dengan pemberian BR1M dan penurunan kadar minima ke atas cukai pendapatan.

21. Malaysia pada hari ini masih belum bersedia untuk perlaksanaan GST. Ini kerana lebih 40% rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,500 sebulan dan 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera. Sudah pasti, GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin.

22. Apabila saya membicarakan soal kemiskinan, saya tidak merujuk kepada golongan miskin tegar sahaja tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk ‘young workers, newly married couples’ dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

23. FOMCA melaporkan sejumlah 47% pekerja muda di negara ini dibebankan dengan jumlah hutang yang begitu serius. Sementara itu, Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30% daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.

24. Selain daripada itu, perlaksanaan GST akan juga meningkatkan kadar inflasi yang akan mencengkam kehidupan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.

25. Hal ini bertambah serius apabila Bajet 2014 memotong RM 7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat. Langkah pengurangan subsidi ini akan menyebabkan kos produktiviti meningkat dan kuasa membeli atau ‘purchasing power’ rakyat semakin lemah. Kitaran ekonomi ini juga akan mengakibatkan kadar inflasi terus meningkat berkadaran dengan langkah perlaksanaan GST pada April 2015.

26. Persoalannya adakah Kerajaan telah meneliti impak sosio ekonomi rakyat dengan perlaksanaan GST dan pemotongan subsidi rakyat ? Penganalisa ekonomi mengunjurkan tahap inflasi akan meningkat sebanyak 2% apabila GST dilaksanakan. Jika perlaksanaan GST ini konsisten dengan langkah pemotongan subsidi yang diumumkan, maka dijangkakan kadar inflasi akan terus meningkat sehingga kadar 5% pada tahun 2015.

PEJABAT YB MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

EMEL : [email protected]
TWITTER : @AzminAliOffice