KIDEX tak penuhi syarat, kenapa Umno masih nak pertahankan

ADUN Bukit Gasing,Rajiv Rishyakaran mempersoal Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak yang masih mempertahankan pembinaan Lebuhraya KIDEX.

Categories
SELANGOR

MB: Lebuhraya KIDEX dibina atas dasar profesional demi kepentingan rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 MEI: Persetujuan secara dasar berkenaan cadangan pembinaan Lebuhraya Damansara-Kinrara (KIDEX) oleh Kerajaan Negeri dibuat secara professional demi kepentingan umum khususnya rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata cadangan pembinaan KIDEX juga menepati pelan pembangunan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam dan mengatasi kesesakan lalu lintas.

Katanya, Kerajaan Negeri sedia mempertimbang dan menerima sebarang cadangan bagi menambah baik sistem sedia ada walaupun ia datang daripada Kerajaan Pusat jika memberi manfaat kepada rakyat.

3c“Kita mengalu-alukan cadangan bagi mengatasi masalah ini (kesesakan), terutama Kerajaan Negeri tidak mempunyai kapasiti kewangan yang cukup bagi mengambil alih pembinaan jalan raya.

“Adalah tidak profesional untuk kita tidak menyokong kepada pelaksanaan KIDEX hanya kerana ia dibangunkan Kerajaan Pusat.

“Kita setuju kerana Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab kepada rakyat Selangor, sama seperti mereka bertanggungjawab terhadap rakyat negeri lain.

“Jika kita asyik mahu membantah sahaja, ia akan jadi tidak adil kepada rakyat Selangor,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Lebuhraya KIDEX yang dijangka siap sebelum 2020 dengan kos RM2.2 billion akan menghubungkan persimpangan Damansara-NKVE di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan.

kidexSebelum ini, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penduduk di kawasan Petaling Jaya menyatakan bantahan terhadap projek pembangunan lebuh raya bertingkat sepanjang 14 kilometer itu.

Mengulas bantahan dikemukakan, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan setiap pandangan yang dikemukan dan mengarahkan pemaju untuk mengambil kira pandangan dan bantahan penduduk terhadap cadangan pembinaan itu.

“Kita sudah lakukan penerangan kepada bukan sahaja kepada penduduk Petaling Jaya tetapi Subang Jaya dan Puchong dan mereka tiada masalah,” katanya.

-NFN-

Isu Lebuhraya Kidex, Kerajaan Negeri jumpa semula penduduk

http://tv.selangorku.com