Categories
AGENDA GLOBAL

14 individu cedera insiden letupan luar gereja di Makassar

JAKARTA, 28 MAC: Kejadian letupan bom di luar pintu masuk Gereja Katedral di Makassar, Sulawesi Selatan hari ini yang dipercayai dilakukan oleh pengebom bunuh diri, mencederakan 14 orang setakat tengah hari tadi.

Setakat 12.30 tengah hari waktu Indonesia Barat, polis Indonesia belum mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi waktu Indonesia bahagian tengah itu.

Menurut Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Argo Yuwono, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal cuba memasuki kawasan gereja berkenaan sebelum ditahan pengawal keselamatan gereja.

“Pengawal keselamatan menahan mereka dan sejurus kemudian berlaku letupan. Polis masih menyelidik jumlah bahagian-bahagian tubuh yang hancur akibat letupan itu (jumlah yang terbunuh dalam kejadian berkenaan),” katanya dalam sidang media di Jakarta.

Letupan itu turut melibatkan beberapa pengguna jalan raya yang sedang melalui jalan berkenaan.

Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, bahagian tubuh yang berkecai bertaburan di kawasan berkenaan.

– BERNAMA

Categories
GLOBAL

Tiga letupan gegar selatan Filipina menjelang pilihan raya

MANILA, 13 MEI: Sekurang-kurangnya tiga letupan bom mengegarkan bandar Cotabato dan Maguindanao di selatan Filipina, beberapa jam sebelum berlangsungnya pilihan raya pertengahan penggal, lapor agensi berita Xinhua.

Pegawai Polis Cotabato, Leftenan Teofisto Ferrer berkata, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 10.15 malam Ahad (waktu tempatan) di luar kompleks Dewan Bandaraya Cotabato.

Ferrer berkata suspek yang membaling bom mortar itu masih belum dikenal pasti.

Letupan kedua berlaku kira-kira pukul 1 pagi pada Isnin di sebuah dewan perbandaran di Datu Odin Sinsuat di wilayah Maguindanao.

Kejadian ketiga berlaku beberapa jam kemudian di pekan Datu Odin Sinsuat, Maguindanao kira-kira 7.20 pagi, menurut Ketua Umum Angkatan Tentera Filipina Noel Detoyato.

Tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Lebih 60 juta pengundi di seluruh negara akan mengundi pada Isnin bagi memilih senator baharu, anggota Dewan Rakyat dan pegawai tempatan.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Letupan bom di Turki, 34 terkorban 125 cedera

ANKARA 14 MAC : Sekurang-kurangnya 34 terkorban manakala 125 cedera akibat letupan bom di Ankara, Turki dipercayai akibat letupan bom kereta.

Media antarabangsa, Agensi melaporkan bom itu meledak di Dataran Ataturk Bulvari dekat pusat bandar Ankara dan letupannya boleh didengari dari jarak beberapa kilometer.

Bom TurkiKesan letupan berkenaan, termasuk serpihan bahan terbakar terserak ke radius beberapa ratus meter dan jatuh ke bangunan Kementerian Dalam Negeri, mahkamah serta bangunan pejabat perdana menteri yang lama.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa Turki menutup kawasan pejabat kerajaan berkenaan serta melarang media daripada membuat laporan insiden berkenaan.

EZY