Categories
AGENDA GLOBAL

Tiga kanak-kanak cedera insiden letupan di Songkhla

SONGKHLA, 25 FEB: Sepuluh termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam satu letupan bom di Saba Yoi, Songkhla semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang (waktu tempatan), sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan, berdekatan sebuah kuil dan sekolah.

Ketua Polis Saba Yoi Kol Kongtup Sanatip berkata ketua penolong pegawai daerah pejabat daerah Saba Yoi bersama tiga lagi anggota sukarelawan yang menaiki sebuah pikap trak kalis peluru yang melalui tempat kejadian mengalami kecederaan.

“Pikap trak tersebut tercampak ke dalam gaung.

Selain itu, enam orang awam termasuk tiga kanak-kanak berusia antara tiga dan lima tahun yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.

Kongtup berkata polis tidak menolak kemungkinan kematian lima anggota militan dalam satu pertempuran dengan pihak keselamatan di Cho-Airong, Narathiwat semalam merupakan motif serangan hari ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Lima anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di Songkhla

SONGKHLA, 13 DIS: Lima anggota polis cedera dalam satu letupan bom di Daerah Thepha, Songkhla semalam.

Ketua Polis Siasatan Jenayah Thepha Left. Pol Bancha Phadthaisong berkata ketika kejadian pada jam 3.45 petang (waktu tempatan), lima anggota polis sedang menaiki sebuah kenderaan pikap meronda di Jalan Thepha-Lamplai.

Beliau berkata sebutir bom buatan sendiri seberat 25 kilogram itu dipercayai dipasang dalam sebuah tong gas dan diletupkan.

“Kesemu mangsa dalam kenderaan pikap itu cedera dan digegaskan ke Hospital Thepha.

“Motif serangan ini dipercayai tindakan balas dendam kematian dua anggota militan pada bulan lepas,” katanya kepada pemberita di sini.

Bancha berkata kelima-lima anggota polis yang cedera kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand sedang berusaha menjejaki suspek yang terlibat dalam letupan ini.

-BERNAMA