Categories
SELANGOR

Peruntukan secukupnya untuk Red Giants hadapi Liga Super

Oleh: HAFIZAN TAIB

SABAK BERNAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan secukupnya bagi pasukan bola sepak Selangor mempersiapkan diri dan memberi saingan sengit dalam Liga Super Malaysia musim depan.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pihaknya memahami akan keperluan Selangor dalam memberi cabaran bermakna apatah lagi pasukan lain juga membuat persediaan rapi untuk beraksi dalam kejohanan utama bola sepak negara.

selangor FAS“Kerajaan Negeri menyedari bahawa peruntukan dan perbelanjaan untuk pasukan bola sepak negeri akan meningkat setiap tahun, apatah lagi tren perbelanjaan pasukan seperti Johor Darul Takzim (JDT), Felda, Polis dan yang lain menunjukkan peningkatan.

“Saya pasti, Kerajaan Negeri akan bertindak secara rasional untuk memastikan perbelanjaan pasukan Selangor selaras dengan peruntukan dan keadaan semasa. Kita sedang menunggu maklumat dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) secara rasmi,” katanya kepada Selangor Kini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri bersama rakyat menaruh harapan tinggi untuk melihat Selangor kembali sebagai juara terutama Piala Malaysia yang dijuarai kali terakhir pada 2005.

Amirudin1“Kita nak memburu misi ke-33 yang masih lagi tertangguh sampai sekarang.Saya kira Kerajaan Negeri perlu membuat keputusan yang baik bagi memastikan pembangunan bola sepak iaitu ibu bagi segala sukan di Selangor dan Malaysia dapat dipelihara dan diurus sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja antara pasukan Selangor menentang Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Stadium Sungai Besar, di sini, semalam.

Perlawanan berakhir dengan Selangor menang 2-1.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Liga Super: Selangor kekal prestasi cemerlang, atasi Perak 1-0

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 APR: Selangor mengekalkan prestasi cemerlang dalam kempen Liga Super apabila berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan Perak 1-0 di Stadium Ipoh, semalam.

Gol tunggal ‘The Red Giants’ diperoleh hasil sepakan penalti yang disempurnakan penyerang dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-21 selepas pertahanan Perak menjatuhkan S Veenod.

selKeputusan itu nyata melegakan jurulatih Red Giants, Mehmet Durakovic kerana pulang dengan tiga mata penuh.

Keputusan berkenaan juga menyaksikan Selangor berkongsi 20 mata dengan Terengganu di tangga kedua sementara Pahang kembali menjadi pendahulu Liga Super selepas menundukkan T-Team 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.

-NFN-