Categories
AGENDA SUKANKINI

MB ucap takziah, bekas jurulatih Selangor meninggal dunia

SHAH ALAM, 21 SEPT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak Selangor Ken Worden yang meninggal dunia semalam.

Dalam hantaran di Twitter rasminya malam tadi, beliau berkata Worden, 78, yang juga bekas jurulatih pasukan kebangsaan amat sinonim dengan kejayaan Piala Malaysia.

“Takziah diucapkan kepada keluarga jurulatih Ken Worden yang meninggal dunia. Mendiang adalah jurulatih lagenda Merah Kuning dan pernah menjawat jawatan jurulatih pasukan kebangsaan. Nama yang seringkali sinonim dengan kejayaan Piala Malaysia,” tulisnya.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyifatkan Worden sebagai bekas ketua jurulatih paling berjaya buat Selangor dengan memenangi Piala Malaysia sebanyak tiga kali dan satu Piala FA.

“Pihak FAS berharap semua keluarga dan rakan Ken bertabah dalam waktu sukar ini,” kata pasukan itu menambah Worden meninggal dunia di Townsville General Hospital Queensland, Australia.

Worden atau nama penuhnya Kenneth Joseph Worden, dilahirkan pada 2 Februari 1943 di Preston, England tetapi lebih menyerlah sebagai pemain dan jurulatih di Australia.

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 1991 untuk menjadi jurulatih Selangor sehingga pasukan itu menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia.

Beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan selama dua tahun mulai Januari 1992 hingga penghujung 1993 dan menjuarai Kejohanan Jemputan Vietnam dan Piala Jakartaraya 1992 serta Pestabola Merdeka 1993.

Worden kemudian kembali ke Selangor dan menjulang Piala Malaysia pada 2002.

 

Kontroversi Red Giants : Banyak lagi perlawanan, jangan salahkan pemain

Rentetan kontroversi yang melanda pasukan Selangor, penyokong tidak mahu melatah, beri sokongan kepada pemain dan jurulatih

Categories
SELANGOR

The Red Giants perlu terus bangkit mencabar

Oleh: HAFIZAN TAIB

MELAKA, 5 MAC: Selangor diharap menjadikan kekalahan di tangan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Piala FA malam tadi sebagai pengajaran untuk bangkit mencipta kejayaan selepas ini.

Dengan saingan seterusnya berhadapan kelab Singapura, Tampines dalam Piala AFC 8 Mac ini, Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan berharap pemain akan melupakan kekecewaan dan memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan berkenaan.

IMG_20160304_234349“Kita menguasai permainan cuma peluang tidak digunakan dengan baik.

“Saya harap pemain bangkit daripada kekalahan malam ini (tadi). Memang kecewa (dengan kekalahan dialami),” katanya kepada media di sini, malam tadi.

PDRM mengalahkan Selangor 2-1 dalam pusingan ketiga Piala Fa di Stadium Hang Jebat di sini untuk melangkah ke suku akhir.

Gol The Cops dijaringkan Ahmad Nizam Rodzi (m38) dan Safuwan Baharudin (m58) manakala gol tunggal The Red Giants dihasilkan Patrick Ronaldinho Wleh (m86).

Zainal berkata, Selangor terpaksa menerima kekalahan kerana biarpun menguasai permainan, tetapi gol dicari gagal dicipta untuk memenangi perlawanan.

IMG_20160304_234651“Kita melepaskan banyak peluang, walaupun menguasai permainan lebih kurang 70 peratus, tetapi dalam bola sepak ini yang kita akan alami apabila tidak menjaringkan gol.

“Kelalaian kita memberikan dua gol kepada pasukan lawan kerana mereka tidak banyak membuat serangan tetapi mengambil peluang dengan baik,” katanya yang berharap pemain The Red Giants mendapat pengajaran daripada kekalahan itu.

Dalam saingan Liga Super sebelum ini, Selangor sering ketinggalan dengan pihak lawan menjaringkan gol awal tetapi bangkit untuk memenangi perlawanan seperti mana dilakukan ketika menentang Pahang (3-1) dan Sarawak (4-2).

Bagaimanapun dalam Piala FA menentang PDRM kali ini, Selangor gagal mengulanginya.

IMG_20160304_234329Pengurus pasukan, Amirudin Shari berkata, skuad Merah Kuning melepaskan peluang memenangi perlawanan kerana berdasarkan undian mereka berupaya melakukannya.

Antara punca kekalahan itu, katanya, pemain gagal menyesuaikan diri pada awal permainan dan gagal membuat ‘comeback’ apabila ketinggalan kepada pihak lawan.

“Tiada pasukan yang gembira dengan kekalahan, kita sudah terlepas satu piala dan walapaun kita tidak sasarkan tetapi berdasarkan undian dibuat kita dilihat berpeluang.

“Bagaimanapun ada hikmah yang harus diterima dengan pemain mendapat sedikit rehat untuk meneruskan cabaran dalam Liga Super, Piala AFC dan seterusnya Piala Malaysia,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

Zainal puji aksi cemerlang bekas tonggak Pahang

Oleh: AFIX REDZUAN

KUANTAN, 28 FEB: Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan memuji empat bekas tonggak Pahang yang beraksi cemerlang membantu pasukannya bangkit mencatat kemenangan selesa meskipun ketinggalan di awal permainan.

Katanya, kesemua mereka diturunkan seperti biasa sebagai strategi penggantian pemain memandangkan ada antara mereka yang sudah pulih daripada kecederaan.

Empat pemain berkenaan adalah Mohd Khairul Azhan selaku penjaga gol, Mohd Razman Roslan bertindak sebagai Ketua Pasukan, Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan.

ZAINAL ABIDIN“Pada saya mereka memang dijadualkan beraksi hari ini, Gopi sudah kembali pulih daripada kecederaan, Norazlan sudah bermain tiga kali dan bergilir-gilir dengan Yan (Khairul Azhan).

“Hafiz dan Razman juga bermain dengan baik. Tahniah saya ucapkan kepada mereka,” katanya kepada SelangorKini.

Lebih membanggakan, Gopinathan turut mencatat nama sebagai penjaring gol ketiga, namun beliau tidak meraikan jaringan berkenaan sebagai tanda hormat kepada bekas pasukannya.

Mengulas berkenaan corak permainan Selangor yang gugup pada awal babak pertama, Zainal mengakui perkara itu namun tetap berbangga dengan kebangkitan positif pemainnya.

“Memang kita lihat Pahang begitu cergas di awal permainan.

“Mereka tahu untuk mendera kita kerana Selangor bermula dengan lambat tetapi Alhamdulillah kita berfikiran positif serta mempunyai agensi serangan baik untuk menyamakan kedudukan serta bermain cukup cemerlang,” katanya.

sel 1Pada masa sama, beliau turut memuji persembahan mantap dan konsisten ditunjukkan penyerang, Patrick Ronaldinho Wleh selepas menjaringkan gol sekali lagi dalam perlawanan semalam.

Zainal berkata, beliau kini sedang memantau keadaan pemain supaya mendapat rehat secukupnya memandangkan Selangor berhadapan jadual perlawanan padat di peringkat domestik dan antarabangsa.

Dalam perlawanan seterusnya, Selangor dijadualkan bertemu Sarawak pada 1 Mac di Stadium Selayang.

-AA-

Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: Selangor mara separuh akhir bertemu Pahang

SHAH ALAM, 29 NOV : Selangor layak ke separuh akhir TM Piala Malaysia 2015 berdepan juara bertahan Pahang selepas berjaya mengikat Sarawak 1-1 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ia sekaligus mengatasi pencapaian musim lalu apabila skuad kendalian Mehmet Durakovic itu disingkirkan Felda United di peringkat suku akhir.

RED GIANTSKali terakhir Selangor, juara 32 kali Piala Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir pada 2012 sebelum disingkirkan Kelantan juara edisi tahun itu.

Perlawanan separuh akhir pertama bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 2 Disember ini manakala separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam pada 6 Disember.

Sementara satu lagi separuh akhir menyaksikan juara Liga Premier 2015, Kedah yang mengatasi PKNS akan bertemu Felda United yang berjaya menyingkirkan juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT)

-nR-

Categories
SELANGOR

Liga Super: Selangor kekal prestasi cemerlang, atasi Perak 1-0

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 APR: Selangor mengekalkan prestasi cemerlang dalam kempen Liga Super apabila berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan Perak 1-0 di Stadium Ipoh, semalam.

Gol tunggal ‘The Red Giants’ diperoleh hasil sepakan penalti yang disempurnakan penyerang dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-21 selepas pertahanan Perak menjatuhkan S Veenod.

selKeputusan itu nyata melegakan jurulatih Red Giants, Mehmet Durakovic kerana pulang dengan tiga mata penuh.

Keputusan berkenaan juga menyaksikan Selangor berkongsi 20 mata dengan Terengganu di tangga kedua sementara Pahang kembali menjadi pendahulu Liga Super selepas menundukkan T-Team 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.

-NFN-