#LigaSuper 2016 : Rangkuman Perlawanan Selangor Vs Sarawak | 1 Mac 2016

Red Giants kekal tanpa kalah benam Bujang Senang 4-2 | 1 Mac 2016 | Std Perbandaran Selayang

#LigaSuper 2016 : Gol kedua Sarawak oleh Gilmar Jose Da Silva Filho | SEL (4) vs SWK (2)

Gol kedua Sarawak dijaringkan oleh Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke 76 | 1 Mac 2016 | Std Perbandaran Selayang

#LigaSuper 2016 : Gol ketiga Selangor oleh Patrick Ronaldinho | SEL (3) vs SWK (1)

Gol ketiga Selangor dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho pada minit ke 56 | 1 Mac 2016 | Std Perbandaran Selayang

#LigaSuper 2016 : Gol kedua Selangor oleh Patrick Ronaldinho | SEL (2) vs SWK (1)

Gol kedua Selangor dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho pada minit ke 28 | 1 Mac 2016 | Std Perbandaran Selayang

#LigaSuper : Gol penyamaan R Gopinathan | SEL (1) vs SWK (1)

Gol penyamaan R Gopinathan Selangor dijaringkan oleh R Gopinathan pada minit ke 25

#LigaSuper : Gol pertama Junior Aparecido | SEL (0) vs SWK (1)

Gol pertama dijaringkan oleh Junior Aparecido pada minit ke 7 | 1 Mac 2016 | Std Perbandaran Selayang

#LigaSuper 2016 : Selangor kekalkan rekod tanpa kalah – Reaksi Amirudin dan Zainal Abidin

Selangor berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah. Berikut reaksi Pengurus Amirudin Shari dan Zainal Abidin Hassan berkenaan kemenangan yang dicapai | 27 Feb 2016 | | PAH(1) vs SEL(3)

#LigaSuper 2016 : Gol ketiga Selangor oleh Gopinathan | PAH(1) vs SEL(3)

Gol ketiga Selangor oleh Gopinathan dijaringkan pada minit ke 66 | 27 Feb 2016 | Std Darul Makmur

#LigaSuper 2016 : Gol kedua Selangor oleh Patrick Ronaldinho | PAH(1) vs SEL(2)


Gol kedua Selangor oleh Patrick Ronaldinho dijaringkan pada minit akhir perlawanan (45) | 27 Feb 2016 | Std Darul Makmur

#LigaSuper 2016 : Sesi Pemanas Badan #PAHvsSEL


Liputan Liga Super 2016, perlawanan antara Pahang vs Selangor #PAHvsSEL yang berlangsung di Stadium Darul Makmur | 27 Feb 2016.

Liga Super: Zainal Abidin tiada masalah kembali ke Pahang


Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan bersikap profesional untuk perlawanan bertemu Pahang, Sabtu ini.

Categories
SELANGOR

Liga Super: Red Giants kekal ditangga ketiga

SHAH ALAM 16 OGOS: Selangor kekal di tangga ketiga Liga Super biarpun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan LionsXII pada perlawanan ke-20 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.

Ia dibantu keputusan perlawanan membabitkan pencabar terdekat, Terengganu yang tewas 1-0 kepada Felda United FC di Stadium Selayang manakala PDRM sekadar seri 1-1 dengan Sime Darby FC di Stadium Shah Alam.

Namun Selangor sepatutnya mampu membawa pulang tiga mata penuh selepas gol pendahuluan Afiq Azmi pada minit ke-59 tetapi dinafikan jaringan penyamaan LionsXII menerusi penyerang gantian, Khairul Nizam Kamal, minit ke-88.

11866291_1004522672912930_7669859097490240981_nTerdahulu jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti ketika skuad Red Giants menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan di Stadium Shah Alam, Rabu lalu, lapor laman sesawang FAS Selangor.

Seawal minit kedua, percubaan penyerang import Selangor, Guilherme De Paula mudah dibaca penjaga gol LionsXII, Izwan Mahbud.

Selang dua minit kemudian, Shahdan Sulaiman melepaskan rembatan jarak jauh tetapi sedikit melewati palang gol Selangor yang dikawal Norazlan Razali.

LionsXII terus mengasak dan percubaan Nazrul Nazari pada minit ke-11 berjaya ditepis baik Norazlan.

Selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, gol pertama Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-59 selepas Afiq menanduk masuk bola hantaran Bunyamin Umar untuk menewaskan Izwan.

Bagi memburu gol penyamaan, jurulatih LionsXII, Fandi Ahmad melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-61 dengan membawa masuk Gabriel Quak dan Zulfahmi Arifin bagi menggantikan Faris Ramli dan Shahdan.

Pada minit ke-76, Norazlan sekali lagi bertindak cemerlang apabila menafikan percubaan berbahaya LionsXII daripada Safuwan Baharudin.

Namun gawang Selangor bocor juga pada minit ke-88 apabila hantaran lintang Faritz Hameed berjaya disudahkan Khairul Nizam menerusi sepakan gunting cantik yang gagal diselamatkan Norazlan untuk mengikat kedudukan 1-1.

Berbaki dua lagi perlawanan, Pahag dan JDT kini berkongsi dua tangga teratas dengan 43 mata diikuti Selangor 33 mata serta Felda United, Terengganu dan PDRM yang berkongsi 32 mata manakala LionsXII di tangga ketujuh dengan 30 mata.

Selangor akan bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam, Rabu ini sebelum bertandang ke tempat lawan bertemu Perak di Ipoh pada perlawanan terakhir, 22 Ogos ini (Sabtu).

EZY