Categories
SELANGOR

Pindaan LRT 3: Prasarana perlu adakan perbincangan segera

Oleh: AFIX REDZUAN

DAMANSARA UTAMA, 23 APR: Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin meminta Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berbincang berkenaan pindaan jajaran Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) kerana salah satu stesen yang bakal dibina melibatkan kawasan beliau.

Katanya, dalam jajaran trafik menunjukkan Stesen Damansara Utama akan dibina atas rizab Sungai Kayu Ara dan akan mengibatkan kesesakan di dua kawasan berkenaan.

“Prasarana perlu memikirkan langkah penyelesaian trafik dan kemasukan bas awam. Stesen itu bertentangan Damansara Utama dan dipisahkan melalui sebatang sungai.

lrt asia jaya“Persoalannya, bagaimana pengguna ingin menuju ke sana ekoran pemisahan sungai itu. Keadaan di Jalan 5, Sungai Ara yang menjadi tapak binaan LRT itu sangat kecil kerana kawasan kampung dan tidak mesra trafik.

“Kebimbangan juga timbul kerana membabitkan dua jalan sebagai akses kepada tapak pembinaan jajaran iaitu Jalan 21/42 dan Jalan 21/13.

“Mereka bukan sahaja menggunakan jalan itu, bahka masalah lain dijangka bakal menyusahkan kepada penduduk,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Bee Yin berkata, pembinaan di rizab sungai boleh mencetuskan kebimbangan kepada penduduk terutama masalah banjir dan kawasan takungan air pada masa hadapan.

yeo bee  yinPertukaran pembinaan stesen Damansara Utama diketahui melalui laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar yang dimuat turun secara atas talian, pada Februari lalu.

Beliau berkata, cadangan asal pembinaan stesen bermula di Stesen One Utama menuju Centre Point, namun stesen Centre Point diganti dengan Damansara Utama.

” Saya tidak tahu sama ada pelan jajaran berkenaan sudah dimuktamadkan atau tidak. Saya tidak boleh menjawab sama ada jajaran itu keputusan akhir Prasarana.

“Prasarana perlu mengadakan perbincangan bersama kami dan pihak berkepentingan lain,” katanya.n Klang.

LRT 3 yang menempatkan 25 hentian dijangka akan menerima 70,000 pengguna pada tahun 2020 disebabkan pembangunan Lembah Klang.

-NFN-