Categories
SELANGOR

MB puas hati dengan mesyuarat Majlis Penasihat Diraja Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 11 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat  Majlis Penasihat DiRaja Selangor.

Abdul Khalid berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang, di sini,  hari ini.

Beliau berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang di sini hari ini.

_MG_0382“Saya sangat berpuas hati dengan mesyuarat ini,” katanya ketika ditanya pemberita yang mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi tadi.

Beliau yang kelihatan ceria bagaimanapun enggan menjelaskan perincian mesyuarat terbabit.

Menurut Seketariat Akhbar Menteri Besar, Abdul Khalid akan mengadakan sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jam 2.00 petang ini.

Mesyuarat yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu berlangsung selama kira-kira lebih dua jam.

Mesyuarat itu diadakan bagi menentukan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

-NFN-

Majlis Penasihat DiRaja bermesyuarat esok bincang isu MB

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan pihak peguam supaya tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga satu mesyuarat Majlis Penasihat DiRaja dibuat, pada 11 Ogos ini.