SHAH ALAM, 3 OGOS: Warga Malaysia kini semakin berubah ke arah masyarakat yang lebih tepati masa selain kesedaran tinggi dalam menjaga alam sekitar, kata Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa.
Mengimbas kembali sebuah acara yang bermula pada pukul 11 pagi, Miyagawa berkata beliau diminta untuk tiba pada pukul 10.45 pagi untuk menyambut menteri yang juga akan hadir.
“Saya tiba pada pukul 10.44 pagi, tetapi menteri sudah pun ada di sana. Banyak lagi ketika di mana mesyuarat kini bermula tepat pada masanya,” katanya dalam acara makan malam anjuran Kelab Rotary di Kuala Lumpur, semalam.
Memetik laporan MalaysiaKini, Miyagawa turut berkongsi satu indisen ketika sambutan perayaan Jepun, Festival Bon Odori di Malaysia baru-baru ini.
“Dato’ Menteri Besar Selangor (Amirudin Shari) yang berada di sana dan beliau terkejut, saya juga terkejut kerana begitu banyak gerai makanan yang cantik tetapi tiada sampah di sekitar,” katanya lagi.