Categories
GLOBAL

Lelaki mengaku salah cubaan ambil alih kawalan pesawat MH128

MELBOURNE 9 DIS: Seorang lelaki warga Sri Lanka yang didakwa cuba menceroboh masuk kokpit dan mengambil alih kawalan sebuah pesawat penerbangan Malaysia Airlines pada 31 Mei lalu mengaku bersalah atas tuduhan itu di Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat.

Menurut laporan The Age, Manodh Marks, 25 tahun, mengaku mengancam kru bertugas untuk meletupkan pesawat jika permintaannya untuk masuk ke dalam kokpit tidak dipenuhi.

Marks juga didakwa menyerang seorang pramugari sebelum mengarahkan pesawat MH128 yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu berpatah balik sejurus berlepas.

Namun, tindakan berani penumpang dan kru pesawat berjaya merebahkan Marks dan keadaan terkawal sehinggalah pesawat yang membawa 337 penumpang dan kru itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tullamarine.

The Age dalam pada itu melaporkan Marks bersetuju dengan tawaran pihak pendakwa untuk mengaku salah terhadap satu pertuduhan mengambil alih kawalan pesawat.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Marks dilapor baru saja keluar dari hospital psikiatri sebelum menaiki pesawat itu pada hari kejadian.

SUMBER: AGENSI

Categories
NASIONAL

Insiden MH128: MAS mulakan siasatan

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menafikan insiden penerbangan MH128 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, semalam sebagai kejadian rampasan pesawat.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu turut memaklumkan seorang penumpang ditahan pihak keselamatan lapangan terbang susulan insiden terbabit.

“Malaysia Airlines ingin menegaskan pesawat itu tidak pernah dirampas,” katanya.

Syarikat itu juga memaklumkan akan menyiasat kejadian terbabit bersama pihak berkuasa Australia dan menegaskan keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kejadian itu tiada kaitan dengan cubaan merampas pesawat.

Sebaliknya, beliau berkata, ia hanya berpunca daripada tindakan seorang penumpang mabuk yang cuba memasuki kokpit pesawat.

DBKzDMKVoAELdQr“Dakwaan penumpang rakyat Sri Lanka itu mempunyai bom juga tidak benar dan ia hanya pengecas bateri atau ‘powerbank’,” katanya.

Pesawat MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne, pada jam 11.11 malam dan dijangka mendarat di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi, 1 Jun.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang kru kabin berkenaan penumpang yang cuba memasuki kokpit.

Pesawat MH128 mendarat dengan selamat di Melbourne, pada jam 11.41 malam.

 

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

Cubaan masuk kokpit, Pesawat MAS MH 128 diarah patah balik

GLOBAL 31 MEI: Pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH 128 yang berlepas dari  Lapangan Terbang Melbourne ke Kuala Lumpur diarah berpatah balik selepas dilaporkan ada cubaan untuk memasuki ruang kokpit pesawat.

Agensi Berita Antarabangsa www.mirror.co.uk melaporkan MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne (Melbourne’s Tullamarine Airport )pada jam 11.11 pm (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 5.28 am 1 Jun.

Arahan patah balik itu dilakukan selepas krew kabin memberikan isyarat kepada kapten pesawat ada cubaan penumpang untuk memasuki ruangan kokpit.

Sementara itu kenyataan MAS menyebut pesawat itu sudah selamat tiba di Melbourne pada jam 11.41 malam waktu tempatan.

“Pesawat itu terpaksa berpatah balik disebabkan gangguan oleh penumpang berkenaan semasa penerbangan.

“Ketika ini, pesawat jenis Airbus A330-300 itu sedang menunggu bantuan keselamatan pihak berkuasa Melbourne,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Penerbangan MH128 bertolak pada jam 11.11 malam waktu tempatan dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini.

Berikut adalah kenyataan dikeluarkan Malaysian Airlines

Information on MH128/ 31 May 2017

Malaysia Airlines flight MH128 of 31 May from Melbourne to Kuala Lumpur was forced to turn back to Melbourne due to a disruptive passenger.

MH128 departed Melbourne Airport at 11.11pm and was to arrive Kuala Lumpur at 5.28am on 1 June made a turn back to Melbourne after the operating Captain was alerted by a cabin crew of a passenger attempting to enter the cockpit.

Safety and security are of Malaysia Airlines’ utmost priority.

MH128 safely landed in Melbourne Airport at 11.41pm. The aircraft is currently on the remote bay and waiting for security assistance to arrive at the aircraft.

Rujukan: https://www.malaysiaairlines.com/au/en/travel_advisory/mh128.html

Selamat

Kenyataan kini

 

MH 128 H

 

Kenyataan

 

MH balik

 

Flight MH128

PESAWAT MAS terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang cuba ceroboh kokpit. – Foto flightradar24

mh128 TWIT

mh128 twit 1

 

Polis

Image reportedly from at Melbourne Airport shows armed police on board

 

powebank

 

MH128 selamat

 

MH128 IS OFFICIALLY GROUNDED AT MELBOURNE AIRPORT Passengers have safely disembarked the plane & will be screened by Australian authorities.

 

TULLAMARINE AIRPORT INCIDENT

Thursday, 01 June 2017 02:33

Emergency services were called to Tullamarine Airport around 11.40pm last night after a request for assistance from an airline.

It is alleged that a man tried to enter the cockpit and threatened the safety of passengers and staff.

The man did not gain entry to the cockpit.

The man was subdued and a safety plan was enacted.

The plane landed safely at the airport and passengers are currently exiting the plane and speaking to investigators.

There appears to be no imminent threat to passengers, staff or public and the investigation is ongoing.

Senior Constable Adam West

Media Officer

59536