Categories
NASIONAL

MB: “Doa buat penumpang, anak kapal dan keluarga MAS MH17”

SHAH ALAM 18 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkejut dan sedih dengan tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17.

“Doa buat penumpang, anak kapal dan keluarga mereka,” kata Abdul Khalid dipetik laman facebooknya.

Sementara itu, PKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal ‪MAS MH17‬ yang terhempas di Ukraine.

MH17 a“Semoga tabah dalam menghadapi dugaan besar ini. Alfatihah,” kata PKR di twitternya.

Ketua Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik dari akaun Twitter berkata masih menanti pengesahan mengenai tragedi tersebut dan mendoakan keselamatan penerbangan MH17.

“MH17, Ya Allah. Another tragedy. Awaiting details, pray for safety,” kata Anwar.

Pesawat MH 17 itu dipercayai terhempas di Ukraine jatuh di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia.

Laporan awal agensi luar negara mendakwa pesawat dengan nombor penerbangan MH17 membawa 295 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh dengan peluru berpandu.

Interfax melaporkan pesawat itu jatuh hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

“Tiada pengesahan bahawa ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya,” katanya di Twitter.

EZY