Categories
AGENSI SELANGOR

Lebuhraya Selayang-Kepong ditutup sehingga 31 Ogos

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Penutupan lorong secara berkala di sepanjang Lebuhraya Selayang-Kepong (MRR2) arah Selayang dan Sungai Buloh akan dilanjutkan bermula esok hingga 31 Ogos depan.

MMC-GAMUDA, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan jalan raya sepanjang 150 meter dari kedua-dua arah itu akan bermula 11 malam hingga 5 pagi berikutan kerja pemasangan panel besi dan sebarang kerja berkaitan.

“Selama 89 hari ini, semua penutupan jalan akan dilakukan secara serentak.

“Penutupan sepanjang 150 meter di Lebuhraya Selayang-Kepong (MRR2) arah Selayang melibatkan lorong kiri berhampiran susur masuk ke Persiaran Dagang, Sri Damansara dan dua lorong akan disediakan kepada pengguna jalan raya ke Batu Caves.

“Di lebuh raya yang sama arah Sungai Buloh pula melibatkan penutupan di lorong kiri bermula dari Pusat Perniagaan Desa Jaya/Jalan 53 dan dua lorong akan disediakan kepada pengguna jalan untuk ke Sungai Buloh,” menurut kenyataan itu.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Penutupan Lebuhraya MRR2 arah Selayang, Sungai Buloh dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Penutupan lorong secara berkala di sepanjang Lebuhraya Selayang-Kepong (MRR2) arah Selayang dan Sungai Buloh akan dilanjutkan dari 19 Februari hingga 31 Mac depan.

MMC-GAMUDA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan jalan raya sepanjang 150 meter dari kedua-dua arah itu akan bermula 11 malam hingga 5 pagi berikutan kerja-kerja pemasangan panel besi dan sebarang kerja berkaitan.

“Semua penutupan jalan akan dilakukan secara serentak.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Penutupan penuh lorong secara berkala untuk projek MRT

KUALA LUMPUR, 16 APR: Tempoh penutupan penuh lorong secara berkala di akses keluar Bandar Sri Damansara ke Jalan Kuala Selangor bagi pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) akan dilanjutkan dari 18 April hingga 17 Oktober.

Menurut MMC-Gamuda dalam kenyataan hari ini, penutupan lorong sejauh 30 meter yang bermula dari 10 malam sehingga 6 pagi dilakukan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan dan kerja berkaitan MRT.

“Pemandu dari Bandar Sri Damansara menghala Jalan Kuala Selangor (arah Sungai Buloh) akan dilencongkan ke kanan bagi meneruskan perjalanan di Jalan Kuala Selangor (arah Kepong).

“Pemandu akan membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)/ Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa 2 (DUKE 2) sebelum kembali untuk ke Jalan Kuala Selangor (arah Sungai Buloh,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, penutupan jalan penuh secara berkala di Jalan Ipoh dari Jalan Batu Kentonmen ke Jalan Khalsa (arah Kuala Lumpur) dan dari Kuil Sri Muniswarar ke Jalan Cenderuh (arah Kepong) akan dilanjutkan dari 18 April sehingga 13 Julai.

“Penutupan jalan secara berkala ini adalah untuk kerja-kerja pemasangan segmen berbentuk T dan pemandu dari arah Jalan Ipoh (arah Kuala Lumpur) akan dilencongkan ke Jalan Ipoh (arah Kepong) untuk menggunakan aliran kontra.

“Semasa penutupan jalan arah Kuala Lumpur dilaksanakan, pemandu dari Jalan Ipoh (arah Kuala Lumpur) akan dilencongkan ke Jalan Ipoh (arah Kepong) untuk menggunakan aliran kontra,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, penutupan jalan secara berperingkat di Lebuh Pintasan Dengkil FT29 akan dilanjutkan dari 18 April hingga 30 April untuk kerja-kerja pelancaran kekotak segmen untuk jajaran MRT.

Peringkat 1: Semasa penutupan jalan sepenuhnya di Persimpangan Putrajaya Sentral, aliran trafik menghala ke Stesen Putrajaya Sentral akan dilencongkan ke lorong tengah. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Putrajaya Sentral boleh membuat pusingan U di persimpangan Skypark, Persiaran APEC, Cyberjaya.

Penutupan jalan sepenuhnya menghala ke Puchong/Kajang di Persimpangan Putrajaya Sentral dari Stesen Putrajaya Sentral, aliran trafik akan dilencongkan ke susur keluar ke Cyberjaya/Dengkil.

Peringkat 2: Semasa penutupan jalan sepenuhnya di Persimpangan Putrajaya Sentral, Lebuh Pintasan Dengkil FTY29 menghala ke Puchong/Kajang, aliran trafik akan dilencongkan ke laluan kontra.

Peringkat 3: Penutupan jalan sepenuhnya di Persimpangan Putrajaya Sentral, Lebuh Pintasan Dengkil FT29 menghala ke Cyberjaya/Dengkil, aliran trafik akan dilencongkan ke laluan kontra.

Penutupan jalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan lencongan dan laluan kontra boleh digunaan oleh pengguna jalan raya pada satu-satu masa, menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

MRT: Penutupan lorong Jalan Kuala Selangor dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Penutupan tiga lorong sepanjang Jalan Kuala Selangor arah Sungai Buloh dan arah Kepong dilanjutkan bermula 23 Mac sehingga 22 April ini.

MMC-Gamuda dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan itu bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan tiang, pelancaran kekotak segmen (SBG) dan sebarang kerja berkaitan pembinaan MRT.

“Penutupan lorong itu akan dibuat secara berkala dan melibatkan tiga lorong yang dibahagikan kepada Penutupan A, Penutupan B dan Penutupan C,” katanya.

Penutupan A membabitkan lorong paling kiri Jalan Kuala Selangor (arah Sungai buloh) di KM47 sebelum masuk ke Sierramas; lorong paling kiri Jalan Kuala Selangor (arah Sungai Buloh) selepas susur masuk ke Seirramas sepanjang 100 meter; lorong kiri di susur naik menghala ke Sierramas sepanjang 100 meter; lorong kiri menghala ke Tol Sungai Buloh sepanjang 100 meter dan lorong kiri di susur masuk ke Sierramas dan Sekolah Antarabangsa IGB (arah Kepong) sepanjang 100 meter.

Penutupan Lorong B membabitkan lorong kanan menghala Tol Sungai Buloh sepanjang 100 meter.

“Penutupan A dan B adalah 24 jam, bagaimanapun semasa penutupan B, lorong kiri menghala ke Tol Sungai Buloh tidak akan ditutup,” kata kenyataan itu.

Penutupan C pula bermula jam 10 malam hingga 6 pagi membabitkan sebahagian lorong kiri selepas Tol Sungai Buloh sebelum meneruskan perjalanan di Jalan Kuala Selangor (arah Sungai Buloh) sepanjang 80 meter.

Turut ditutup ialah sebahagian lorong kanan selepas Tol Sungai Buloh sebelum meneruskan perjalanan di Jalan Kuala Selangor sepanjang 80 meter; sebahagian lorong kanan di susur jalan ke Sierramas sepanjang 50 meter dan sebahagian lorong kiri di susur jalan ke Sierramas sepanjang 50 meter.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas,” katanya.

Syarikat itu turut mengumumkan penutupan separa lorong secara berperingkat setiap 30 meter di Jalan Kampung Batu dan Jalan Kepong Lama selama dua bulan enam hari, bermula 25 Mac sehingga 31 Mei, dari 9 malam sehingga 6 pagi.

Menurut kenyataan itu, semasa penutupan di Jalan Kampung Batu, pengguna yang menuju ke Jalan Ipoh dari arah Kuala Lumpur melalui Jalan Kampung Batu masih boleh menggunakan separa lorong sedia ada.

Semasa penutupan lorong di Jalan Kepong Lama, pemandu ke Jalan Kepong dari arah Kuala Lumpur melalui Jalan Kepong Lama masih boleh menggunakan separa lorong yang sedia ada.

“Tujuan penutupan ialah untuk kerja-kerja pemindahan utiliti dan kerja-kerja lain yang berkaitan,” demikian menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA