Categories
SELANGOR

SUKSES: Kuala Langat laung semangat raih kejayaan

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LANGAT, 14 JUL: Kuala Langat meletakkan harapan tinggi meraih kejayaan Sukan Selangor (SUKSES) bagi edisi ke-12 2017.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, atlet daerah Kuala Langat diingatkan supaya tidak mudah lemah semangat untuk bersaing dengan pasukan lain.

Selain itu, beliau turut meminta Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) membantu MDKL menyediakan kemudahan sukan supaya lebih banyak atlet berbakat dapat dilahirkan.

Hadir sama, lagenda badminton negara Dato’ Seri Jalani Datuk Sidek.

MDKL-660x471Dalam majlis sama MDKL turut mengagihkan peruntukkan hampir RM90,000 kepada semua pasukan sukan yang menyertai SUKSES selain bendera kontinjen.

MDKL menghantar atlet menyertai acara Hoki, Bola sepak, Pencak Silat, Bola Keranjang, Tempin Boling, Berbasikal, Bola Baling dan Petanque.

Mereka turut bersaing dalam acara Sepak Takraw, Badminton, Memanah, Boling Padang, Olahraga, Bola Jaring, Karate-Do, Taekwando dan Ragbi.

MDKL bakal menjadi tuan rumah untuk dua acara, memanah yang berlangsung di Stadium Jugra, Telok Datok dan bola keranjang di SJKC Jenjarom.

Kedua-dua acara bakal berlangsung pada 19 hingga 23 Julai.