SHAH ALAM, 16 MEI : Seorang bekas presiden Majlis Peguam Malaysia menolak keputusan kerajaan untuk membentuk sebuah lagi badan peguam sebagai alternatif kepada Majlis Peguam sekarang.
Ragunath Kesavan berkata percanggahan pendapat mahupun pendirian berlainan sesama peguam dalam sesebuah organisasi adalah perkara biasa yang dihadapi negara demokrasi.
Malah katanya, golongan peguam seharusnya menerima pendirian berlainan sesama mereka kerana ia satu kelebihan kepada prinsip demokratik yang diamalkan negara.
“Tak perlu tubuhkan organisasi baru yang akur kepada kerajaan kalau setakat tidak puas hati dengan Majlis Peguam sekarang.
?Dalam sistem demokrasi negara, ia adalah perkara biasa. Ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan,” katanya, yang sekarang Naib Presiden Amanah Merdeka (Amanah).
Ragunath berkata bagi menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung perancangan untuk membentuk ?akademi undang-undang? bagi mewakili peguam.
Keputusan itu kerana kerajaan pusat tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada kerana mereka didakwa menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Menurut Nazri lagi, akademi undang-undang itu akan mewakili semua lulusan undang-undang di negara ini.