Categories
NASIONAL SELANGOR

MBSA : Diskaun 25% untuk pemilik pangsapuri kos rendah – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 04102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pemilik pangsapuri kos rendah di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) layak menerima diskaun cukai taksiran 25 peratus.

2. Majlis Peguam Malaysia kecewa dengan Kerajaan Pusat yang meluluskan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaah dan Pemerluasan) 2013 atau Prevention of Crime Act (PCA).

3. Dewan Rakyat semalam dimaklumkan bahawa kerajaan membelanjakan RM330,000 bagi bayaran untuk penghasilan tema Endless Possibilities lapor portal Harakahdaily.net.

Categories
NASIONAL

Peranan Paul Low Tidak Berkesan Jika Tidak Didayakan Dalam Kabinet

bn putrajaya

SHAH ALAM, 21 MEI : Perlantikan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia (TIM), Datuk Paul Low sebagai Menteri disifatkan tidak mendatangkan hasil sekiranya beliau tidak diberikan kuasa sepenuhnya untuk memperkenalkan pembahruan untuk membasmi rasuah.

Perlantikan Paul akan hanya bermakna sekiranya pembahruan-pembahruan yang dibawa beliau diterima kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebelum ini, Malaysia telah menubuhkan institusi, agensi dan undang-undang anti-rasuah tetapi persepsi rasuah masih buruk kerana tiada iiltizam politik untuk membersihkan pentadbiran.

Dr Dzulkefly berkata Paul dibawa masuk ke dalam Kabinet dengan harapan supaya komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membanteras rasuah dapat dilihat rakyat sebagai sesuatu yang positif.

“Saya mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun Low adalah daripada TIM, beliau tidak akan dapat berbuat apa-apa sekiranya peranannya (Low) tidak didayakan di dalam Kabinet.

“Ini bermakna, sekiranya Low mengesan kecurangan dalam tadbir urus dan tata kelola khususnya pemberian kontrak, perolehan dan sebagainya, beliau mesti menyatakan tentangan dengan tegas, telus, lantang dan berani,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Paul, seorang yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti politik Umno-BN dilantik sebagai Menteri di Dalam Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tegas Dr Dzulkefly, pelantikan Paul tidak akan mengubah tanggapan buruk rakyat terhadap pentadbiran Najib ekoran pelbagai salah guna kuasa yang dilaporkan berlaku sebelum ini.

“Undang-undang itu ada, institut pun ada, badan penguatkuasaan pun ada tetapi kesemuanya akan gagal andainya pihak eksekutif tidak mempunyai komitmen yang tegas untuk memerangi rasuah.

“Peraturan boleh dibolosi kerana tiada iltizam politik untuk membersihkan pentadbiran,” katanya lagi.

Sementara itu, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan melahirkan kebimbangan beliau terhadap pemilihan Paul dalam Kabinet yang dikatakan mungkin tidak akan mendatangkan sebarang impak.

“Pelantikan Low ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana beliau bukan daripada kalangan ahli politik.

Tetapi apa yang membimbangkan ialah sama ada beliau akan diberikan tanggungjawab yang membolehkannya melakukan tugasan atau hanya bertindak sebagai penasihat sahaja.

“Kita perlu tunggu sekurang-kurangnya dalam tempoh lima hingga enam bulan untuk melihat perubahan,” jelasnya.

Ragunath : Tidak Perlu Ada Majlis Peguam Alternatif

SHAH ALAM, 16 MEI : Seorang bekas presiden Majlis Peguam Malaysia menolak keputusan kerajaan untuk membentuk sebuah lagi badan peguam sebagai alternatif kepada Majlis Peguam sekarang.

Ragunath Kesavan berkata percanggahan pendapat mahupun pendirian berlainan sesama peguam dalam sesebuah organisasi adalah perkara biasa yang dihadapi negara demokrasi.

Malah katanya, golongan peguam seharusnya menerima pendirian berlainan sesama mereka kerana ia satu kelebihan kepada prinsip demokratik yang diamalkan negara.

“Tak perlu tubuhkan organisasi baru yang akur kepada kerajaan kalau setakat tidak puas hati dengan Majlis Peguam sekarang.

?Dalam sistem demokrasi negara, ia adalah perkara biasa. Ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan,” katanya, yang sekarang Naib Presiden Amanah Merdeka (Amanah).

Ragunath berkata bagi menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung perancangan untuk membentuk ?akademi undang-undang? bagi mewakili peguam.

Keputusan itu kerana kerajaan pusat tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada kerana mereka didakwa menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Menurut Nazri lagi, akademi undang-undang itu akan mewakili semua lulusan undang-undang di negara ini.