Categories
NASIONAL

Semua Ahli Parlimen Pakatan Akan Hadir Angkat Sumpah 24 Jun

azmin sidang DUN 02

SHAH ALAM 13 JUN : Parti Keadilan Rakyat tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat, 24 Jun ini kata timbalan presidennya Mohd Azmin Ali.

Mohd Azmin, yang juga MP Gombak, berkata PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot acara itu.

Menurut Mohd Azmin, PKR dan komponen Pakatan Rakyat, Pas dan DAP hanya memutuskan untuk memboikot sesi penerangan kepada ahli-ahli parlimen pada 11 Jun lalu.

?Boikot sebagai protest berprinsip terhadap penipuan BN dalam pilihanraya umum ke-13,” kata Mohd Azmin, di dalam satu kenyataan medianya.

Mohd Azmin menegaskan semua ahli parlimen dari PKR akan menghadiri acara angkat sumpah dan melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Dilaporkan bahawa hanya seorang daripada 89 MP Pakatan Rakyat, iaitu MP Barki Er Teck Hwa, menghadiri sesi penerangan Parlimen pada Selasa lalu.

Sesi tersebut diadakan bagi menerangkan prosedur angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun nanti.

Sebelum ini, beberapa NGO seperti Asalkan Bukan Umno menyeru agar ahli parlimen Pakatan memboikot acara angkat sumpah parlimen sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihanraya umum ke-13 yang didakwa sarat dengan penipuan.

Categories
NASIONAL

Kongres Nasional PKR Bincangkan Pilihan Raya, Penangguhan Pemilihan

kongres ke 9 web size

PETALING JAYA, 22 MEI: Kongres Nasional PKR ke-9 yang diadakan pada hujung minggu ini akan membincangkan usul yang berkisar tentang penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku di dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR akan menentukan samada untuk mengangguhkan pemilihan jawatan di dalam parti selepas kongres tersebut berakhir.

Selain itu, hala tuju PKR turut akan dibahaskan di kongres dua hari itu yang bakal berlangsung di Petaling Jaya.

Saifuddin berkata kongres yang bakal dihadiri kira-kira 2,500 perwakilan dari 221 cabang, pemerhati dan jemputan khas itu merupakan Kongres 2012 yang sepatutnya diadakan pada November tahun lalu.

“Pada bulan November tahun lepas PKR lebih beri tumpuan kepada persiapan pilihan raya, maka kita menangguhkan kongres tersebut,? kata Saifuddin.

Ketika menjawab satu soalan, Saifuddin menjelaskan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti akan dibuat selepas kongress.

Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR akan berlangusng pada 24 Mei dan dirasmikan serentak oleh Timbalan Presiden, Mohd Azmin Ali.

Manakala Kongres Nasional akan diadakan pada hari Sabtu berikutnya.