Pangsapuri Saga Suria terbengkalai zaman BN, diselesaikan Kerajaan Selangor

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Pangsapuri Saga Suria terbengkalai zaman BN diselesaikan Kerajaan Selangor

Oleh : AFIX REDZUAN

AMPANG, 22 MAC: Penantian hampir lapan tahun pembeli Pangsapuri Saga Suria, Taman Saga, di sini, berakhir apabila projek berkenaan berjaya disiapkan di bawah kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Lebih menggembirakan, projek pangsapuri yang sebelum ini terbengkalai sudah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) pada Dismber lalu dan mula diduduki beberapa keluarga, sejak awal tahun ini.

Pangsapuri yang mengandungi 468 unit Rumah Kos Rendah dengan keluasan 700 kaki persegi dan tiga bilik itu sepatutnya siap dibina pada 2006, namun terbengkalai.

IMG_7131Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata 44 projek rumah terbengkalai daripada jumlah keseluruhan 140 projek berjaya diselesaikan.

Katanya, 140 projek terbengkalai berkenaan membabitkan 37,381 unit rumah yang direkodkan sebagai projek terbengkalai.

“Sebenarnya bidang kuasa Kerajaan Negeri terhad dalam memulihkan projek terbengkalai ini kerana kuasa terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

“Walaubagaimanapun, 44 projek berjaya diselesaikan membabitkan 20,573 unit rumah, dari Mac 2008 hingga 1 Januari lalu,” katanya.

Penyelesaian projek terbengkalai itu jelas menunjukkan Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim komited menyelesaikan projek pembangunan terbengkalai yang ditinggalkan BN.

Sebelum ini, projek perumahan Bukit Botak, Pangsapuri Berembang Indah dan Alam Perdana antara projek yang berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri.

IMG_7089Sehubungan itu, Iskandar berkata, Kerajaan Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) memantau perkembangan projek berkenaan daripada semasa ke semasa.

Sebelum ini, Iskandar mengadakan dua lawatan kerja ke pangspuri itu bagi melihat sendiri perkembangan projek, selain mengadakan mesyuarat pemantauan.

Iskandar berkata, pembeli yang teraniaya boleh memohon surat pengesahan daripada LPHS untuk membuat permohonan rayuan pengecualian, pengurangan kadar faedah atau penjadualan semula pembayaran daripada pihak bank tetapi tertakluk kepada kelulusan bank pembiaya.

Sehubungan itu, pembeli yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan projek rumah terbengkalai boleh menghubungi Unit Pemantauan LPHS di talian 03-5544 7950.

-NFN-