Categories
PBT SELANGOR

MBSA pasang dua papan iklan hargai sumbangan petugas hadapan

SHAH ALAM, 3 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang dua papan iklan bagi menghargai komitmen petugas hadapan yang bertungkus lumus memerangi penularan Covid-19.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya berkata papan iklan tersebut dipasang di Bulatan Kayangan, Seksyen 9 dan Lebuhraya Persekutuan dengan mesej “Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan Dalam Usaha Memutuskan Rantaian Covid-19”.

“Peranan dan sumbangan petugas hadapan dalam memerangi Covid-19 tidak boleh dipertikaikan. Mereka menunjukkan komitmen tinggi dan bertungkus lumus menangani penularan wabak,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap usaha itu menaikkan semangat dan memberi dorongan kepada petugas hadapan selain meminta masyarakat peka serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

Papan iklan dengan latar belakang berwarna jingga turut memaparkan wajah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama petugas kesihatan.

Sebanyak 7,877 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini dan tiada kes kematian untuk 11 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu menjadikan angka korban kekal 115 kes.

Categories
SELANGOR

MB: Tiada kesalahan tapi polis akui terima arahan siasat bawah Akta Hasutan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 26 APR: Pihak polis mengakui mereka menerima arahan supaya siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dijalankan terhadap Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata, perkara itu diakui sendiri selepas peguam mengiringi beliau meminta penjelasan sebelum siasatan berhubung isu papan iklan ‘bebas Anwar’ dijalankan.

“Setelah diminta peguam supaya mereka memberi penjelasan sebelum siasatan dijalankan akhirnya mereka akui ada arahan diterima menyiasat saya di atas Akta Hasutan semata-mata kerana ada istilah ‘tahanan politik’ pada papan iklan tersebut.

Ini perkara amat mengecewakan dan seperti disebut peguam tadi ini satu pembaziran wang rakyat dan masa.

“Sepatutnya polis menumpukan seluruh tenaga dan kepakaran mereka menangani masalah jenayah dalam negara dan negeri ini tetapi sebaliknya mereka membenarkan siasatan seperti ini dijalankan tanpa ada satu kesahan yang jelas dilakukan,” kata Mohamed Azmin.

PC (12 of 14)Beliau berkata demikian selepas polis merakam kenyataan beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Bagaimanapun Mohamed Azmin memberitahu, pegawai polis terlibat dalam merakam kenyataan itu enggan menamakan pihak mana mengeluarkan arahan kepada polis.

Mohamed Azmin berkata, beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dikenakan terhadap beliau bagi memastikan perjuangan membela nasib golongan teraniaya, rakyat dan negara ini terbela.

“Saya tidak berganjak, malahan tekanan seperti ini memperkukuhkan semangat kami lakukan perubahan dan melalui deklarasi rakyat sedang kita kumpulkan ini saya percaya perubahan besar berlaku dalam masa terdekat dan Insha Allah negara kita melalui satu sistem terbuka, telus dan adil untuk semua rakyat,” katanya lagi.

Ketika diminta mengulas papan iklan menjadi kontroversi itu, Mohamed Azmin berkata papan tanda itu sudah diturunkan polis sendiri dan bukannya pihak berkuasa tempatan (PBT).

EZY