Categories
AGENDA SUKANKINI

Sukan Para Asean ke-10 di Filipina ditangguh lagi

HANOI, 11 FEB: Sukan Para Asean ke-10 di Filipina ditangguhkan lagi buat kali kedua berikutan penularan wabak koronavirus 2019, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Penangguhan itu juga selaras dengan cadangan Suruhanjaya Sukan Filipina yang berpendapat langkah itu diambil atas faktor “keselamatan”.

Filipina satu-satunya negara di luar China dan Hong Kong yang mencatatkan kematian akibat virus itu.

Kejohanan itu sepatutnya diadakan antara 18 dan 24 Januari, ditangguhkan pada 20 hingga 28 Mac berikutan masalah kewangan dan logistik.

Presiden Paralimpik Filipina Michael Barredo mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Sukan Para ASEAN mengenai penangguhan itu, di Thailand minggu lalu.

Beliau berkata Filipina berharap dapat mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan acara dapat diadakan pada Mei atau Jun.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Insentif RM162,000 kepada 40 atlit Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9 KL

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 JAN: Seramai 40 atlit para Selangor yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9 menerima insentif wang tunai berjumlah RM162,700 daripada Kerajaan Negeri.

Antara penerima terbabit, atlit acara berbasikal, Mohd Najib Turano yang menerima insentif berjumlah RM20,000.

Bercakap kepada media, Mohd Najib menyifatkan insentif yang diberikan ini membakar semangat beliau untuk berusaha gigih mengharumkan nama negara dalam kejohanan akan datang.

“Insentif ini membuatkan saya lebih bersemangat berlatih untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Asia pada Febuari ini sebelum kejohanan lebih besar kejohanan dunia di Rio, Brazil juga pada tahun ini.

“Wang yang saya dapat ini akan saya simpan untuk kegunaan selepas bersara nanti kerana kita sedia maklum bahawa sebagai atlit, kami tiada tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hari tua dan tambah lagi karier sebagai atlit cepat berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlit Selangor Ke Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9, Kuala Lumpur 2017, di Hotel De Palma Seksyen 19, di sini, hari ini.

Jelasnya, beliau juga menyimpan hasrat untuk beraksi dalam sukan olimpik para pada 2020.

Sementara itu, seorang lagi atlit berbasikal, Noraidillina J Sham pula menyifatkan insentif RM14,000 yang diterimanya itu sebagai satu bonus kepada beliau.

“Kepuasan sebenar apabila berjaya mengharumkan nama negara dalam acara kegemaran saya tetapi insentif ini adalah satu bonus buat saya dan ini sudah tentu menyuntik semangat untuk saya berlatih lebih bersungguh-sungguh,” katanya.

Jelasnya, sama seperti Mohd Najib, pada masa ini beliau juga sibuk menjalani latihan pesat bagi menghadapi kejuaraan berbasikal Asia tidak berapa lama lagi.

Terdahulu, seramai 40 atlit para Selangor menerima insentif daripada Kerajaan Negeri.

Insentif itu disampaikan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

=EZY=

Categories
SUKANKINI

Para ASEAN: Senarai atlet Malaysia beraksi hari ini

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Berikut senarai atlet Malaysia yang berentap, pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017), hari ini.

OLAHRAGA

Lompat jauh wanita:

Siti Noor Radiah Ismail

Nani Shahiera Zawawi

Nur Alia Ardiela Natasya Ibrahim

Lontar Peluru Lelaki (7.26kg) – Mohamad Firdaus Ngatiman

100m T37 lelaki:

Eddy Bernard

Jacklon Ganding

Muhammad Syukri Abdul Razak

100mT38 lelaki:

Amir Firdaus Jamaluddin

Krishna Kumar Hari Das

Rejam lembing lelaki (600g) F36 – Faridul Masri

100m T12 wanita – Nur Suraiya Muhamad Zamri

100m T12 lelaki:

Mohamad Saifuddin Ishak

Muhamad Afiq Muhamad Hanafiah

Jonathan Wong Kar Gee

100m T13 wanita:

Felicia Mikat

Wasimah Muhamad Tarmizi

Lempar cakera wanita (1kg) – Feelzah Abdullah

Lompat jauh T46/T47 lelaki:

Eryanto Bahtiar

Serivellan M. Vasutheven

Lempar cakera wanita (1kg) F12:

Noor Kalsum Fadil

Dlanny Anak Bagu

Hemala Devi Eny Kutty

800m T20 lelaki:

Junier Meccater Julius

Muhamad Nurdin Ibrahim

Nasharudin Ibrahim

800m T20 wanita:

Maswinah Suasanang

Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin

BADMINTON

(Kumpulan)

Perseorangan lelaki WH1:

Muhammad Ikhwan Ramli

Chew Jit Thye

Perseorangan lelaki WH2:

Madzlan Saibon

Noor Azlan Noorlan

Perseorangan lelaki SL3:

Muhamad Huzairi Abdul Malek

Wan Ahmad Kamil Wan Zainal Adzwan

Perseorangan lelaki SL4:

Bakri Omar

Muhammad Norhilmie Mohd Zainudin

SU5 Lelaki:

Cheah Like Hou

Ahmad Effendi Razaman

Perseorangan lelaki SS6:

Didin Taresoh

Muhammad Naim Ahmad Halmi

Ridzuan Yusof

SU5 wanita:

Noorrizah Rahim

Norfariha Kamaruddin

Beregu lelaki WH1/2:

Madzlan Saibon-Muhammad Ikhwan Ramli

Chew Jit Thye-Rahim Mohd Yusof

Beregu lelaki SL3/4:

Bakri Omar-Mohd Sibil Guri

Muhammad Huzairi Abdul Malek-Yoon Heng Foong

Beregu lelaki SU5:

Cheah Like Hou-Hairol Fozi Saaba

Ahmad Effendi Razaman-Amyrul Yazid Ahmad Sibi

Beregu wanita SL3 /4/SU5 – Nabilah Ahmat Sharif-Nursyazwani Shahrom

Beregu campuran SL3 /4/SU5:

Yoon Heng Foong-Nabilah Ahmat Sharif

Ahmad Effendi Razaman-Nursyazwani Shahrom

BOCCIA

(Pusingan awal)

Pasukan campuran BC1/BC2 – Chew Wei Lun, Lee Chee Heong, Mohd Syafiq, Lean Chin Keat, Shahrul Rafiq

Beregu campuran BC3 – Fua Chee Keong

Beregu campuran BC4 – Aminoor Farid

CATUR

(Pusingan 1 & 2)

Standard lelaki Individu B1:

Mat Idris Saman

Amir Samsudin

Ata Nyuga

Standard wanita Individu B1:

Norhayati Samoh

Moira Mukri

Liyana Abd Hamid

Standard lelaki Individu B2/B3:

Hanson Ang Ping Ting

Mahadzir Derani @ Abdul Ghani

Saharuddin Mappa

Standard wanita Individu B2/B3:

Nur Feiqha Maulud

Norain Fatihah Mohamed Yusoff

Seri Izdihar Mohd Shoberi

Standard lelaki Individu PI:

Ahmad Nazmi Md Nizam

Chuah Heng Meng

Norazlin Juarih

Standard wanita Individu PI:

Aqilah Syahira Ahmad

Nazirah Shamsudin

Siti Safura Jaafar

Standard Lelaki Berpasukan B1 – Amir Samsudin/Ata Nyuga/Mat idris Saman

Standard Lelaki Berpasukan B2/B3 – Hanson Ang Ping Ting/Mahadzir Derani @ Abdul Ghani/Saharuddin Mappa

Standard Wanita Berpasukan B2/B3 – Nur Feiqha Maulud/ Norain Fatihah Mohamed Yusoff/ Seri Izdihar Mohd Shoberi

Standard Lelaki Berpasukan PI – Ahmad Nazmi Md Nizam/ Chuah Heng Meng/ Norazlin Juarih

Standard Wanita Berpasukan PI – Aqilah Syahira Ahmad/ Nazirah Shamsudin/ Siti Safura Jaafar

 

LUMBA BASIKAL

3km Individu Kejar-mengejar wanita (B):

Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais

Nur Syahida Tajudin

4km Kejar-mengejar Individu Lelaki (B) – Muhammad Afiq Afify Rizan

4km Kejar-mengejar Individu Lelaki (C5) – Ambrose Edau Anak Enjat

3km Kejar-mengejar Individu Campuran (C1, C2, C3):

Shukor Farhan Sulaiman

Mohamad Yusof Hafizi Sharuddin

Muhammad Adi Raimie Amizazahan

Nur Faizah Aziz

4km Kejar-mengejar Individu Lelaki (C4):

Mohd Najib Turano

Muhammad Hafiz Jamali

BOLA SEPAK 5-A-SEBELAH

(Round Robin)

MALAYSIA lwn Thailand

BOLA SEPAK CP

(Pusingan awal)

MALAYSIA lwn Singapura

GOALBALL

Lelaki (pusingan kumpulan)

MALAYSIA lwn Thailand

Wanita (Pusingan 1 kumpulan)

MALAYSIA lwn Myanmar

ANGKAT BERAT

54kg lelaki – David Ak Sinda

41kg wanita – Nurul Rabiatul Adawiyah Bakri

RENANG

100m Gaya Bebas Wanita S6 – Koh Lee Peng

100m Gaya Bebas Lelaki S6 – Mohd Sharizal Abdul Aziz

100m Gaya Bebas Wanita S8 – Lim Carmen

100m Gaya Bebas Eanita S9 – Nurul Aminahayu Aziz

100m Gaya Bebas lelaki S9:

Mohammad Helmi Jasin

Ahmad Zarin Abdullah

100m Gaya Bebas Wanita S14:

Anas Zul Amirul Sidi

Ting Jin Ping

Zadrian Chan

50m Kuak Dada Lelaki SB3:

Anderson ak Jamba

Louis Simon

Julius ak Jaranding

50m Kuak Dada Wanita SB14:

Hou Soh Yuin

Puteri Nur Diyana Jawahir Megat Muhammad Fadzli

50m Kuak Dada Lelaki SB14:

Mohd Adib Iqbal Abdullah

Muhamad Azreen Syah Mohd Fedelliey Syah

4x100m Gaya Bebas Lelaki 34 mata

PING PONG

(Round robin)

Pasukan lelaki M1-3 – Aziman Anjang/Muhamad Lizan Mat Sittim/Nur Izhar Idham

Pasukan lelaki M5 – Asrul Hashim/Mohd Razak Awang

Pasukan lelaki M6-7 – Chia Yow Kong/Mohd Nazizul Hamzah

Pasukan lelaki M8 – Tan Hwa Wern/ Yap Moo Onn/ Zulkarnain Husain

Pasukan lelaki M9 – Chee Chao Ming/ Ting Ing Hock/ Hong Chin Sing

Pasukan lelaki M10 – Mohamad Azwar Bakar/Ahmad Syahir Mohd Kamal Saupi

Pasukan wanita F1-5 – Azila Alias/Chow Mei Hsia/ Tan Kee Chok/ Chung Sow Fun

Pasukan wanita F9-10 – Siti Nor Athirah Mohd Anuar/Jamiha Mat Ali/Farahidatul Akmal Ilias

BOLA TAMPAR

Lelaki (round robin)

MALAYSIA lwn Kemboja

MALAYSIA lwn Myanmar

BOLA KERANJANG BERKERUSI RODA

(Round robin)

MALAYSIA lwn Laos

TENIS BERKERUSI RODA

(Pusingan awal)

Perseorangan lelaki:

Abu Samah Borhan

Ariffahmi Zaquan Ariffin

Mohamad Yusshazwan Yusoff

Perseorangan quad lelaki – Azman Hassan

*Sumber: BERNAMA

Categories
SUKANKINI

Sukan Para ASEAN: Malaysia sasar 40 pingat emas

KUALA LUMPUR 5 SEPT: Skuad olahraga paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara yang dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN ke-9 yang membuka tirainya bermula 17 hingga 23 September ini.

Pengurus pasukan, Mohd. Zarrawi Ravi Abdullah berkata, kem olahraga yang terdiri daripada 72 atlet sudah bersedia untuk membantu menyahut sasaran 103 pingat emas yang ditetapkan bagi kontinjen negara.

Katanya, beliau mahu mengatasi pencapaian di Singapura yang mengumpul 27 pingat emas keseluruhannya, dua tahun lepas.

PARA ASEAN1“Kali ini kita tampilkan 24 atlet muda yang pertama kali wakili negara. Mereka berada pada tahap terbaik dan persiapan untuk atlet muda kita sudah buat sejak dua tahun lalu.

“Saya harap dengan adanya atlet yang sudah berpengalaman dan atlet baru ia dapat menyumbang kepada pungutan pingat yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar Kita Juara Para ASEAN, di sini hari ini.

SUMBER: BERNAMA