Categories
SELANGOR

Peluang lesap jika terlalu memilih

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 SEP: Bakal pembeli rumah mampu milik di Selangor dinasihat untuk tidak terlalu memilih lokasi berdekatan dengan tempat kerja masing-masing.

Pengarah Ekesekutif Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim berkata, sikap terlalu memilih boleh menyebabkan bakal pembeli berputih mata gara-gara melepaskan peluang terbaik yang ada.

norzaton“Tidak semestinya pemaju bina rumah mampu milik dalam lingkungan kawasan tempat kerja kita seperti kawasan bandar Shah Alam sendiri projek rumah mampu milik semakin kurang sebab tanah dah kurang.

“Sekirannya kita menolak peluang yang ada, belum tentu lagi projek rumah mampu milik yang dilancarkan kemudiannya lebih dekat, silap-silap lebih jauh dengan lokasi pilihan pembeli,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Bagaimanapun jelas beliau, LPHS sedaya upaya membantu bakal pembeli bagi memiliki rumah di kawasan yang menjadi pilihan mereka.

Norzaton turut menyeru generasi muda untuk tidak ketinggalan merebut peluang memiliki rumah mampu milik yang sedang rancak dijalankan Kerajaan Negeri.

“Kita kena rebut peluang ini sebab ia mampu memberi pulangan dalam bentuk aset bahkan kita tak perlu lagi menyewa dengan harga yang semakin naik berbanding membayar harga rumah yang dah tentu aset sendiri,” katanya.

-NR-