Categories
AGENDA NASIONAL

Sasar pasang 10,000 pengecas kereta elektrik menjelang 2025

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Selangor menyasarkan pemasangan 10,000 pengecas kenderaan elektronik (EV) menjelang 2025 dengan 1,000 pengecas pertama akan diwujudkan pada 2022.

Usaha berkenaan melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM10 juta dan akan menjadikan Selangor sebagai negeri peneraju dalam penggunaan EV.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri bercadang menyediakan insentif kepada perniagaan dan industri yang melabur dalam infrastruktur EV termasuk pengurangan fi lesen dan cukai taksiran.

Katanya, pengguna EV juga akan diberi keistimewaan letak kereta percuma di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2022.

“Kerajaan juga sedang meneliti kebolehlaksanaan penggantian kenderaan milik agensi Kerajaan Negeri serta anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada kenderaan diesel atau petrol kepada EV secara berperingkat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Categories
SELANGOR

MPSJ sedia dua tapak cas kenderaan elektrik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG, 9 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melancarkan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik MPSJ 2015 selaras dengan penjenamaannya sebagai Bandar Hijau menjelang 2030.

Yang Dipertuan MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata projek itu hasil kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan dibiayai Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

“Kini, terdapat dua lokasi tapak pengecas kenderaan elektrik di kawasaan seliaan MPSJ yang sudah di pasang antaranya di parkir grandstand Kompleks Sukan MPSJ sebanyak dua unit dan satu unit di parkir Kompleks 3C MPSJ.

IMG_2304“Ia sebagai salah satu pembangunan Pelan Strategik MPSJ 2012-2030 meningkatkan produktiviti kecekapan dan kualiti perkhidmatan ke arah organisasi hijau serta rendah karbon,” katanya ketika Majlis Pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik MPSJ 2015, di sini, hari ini.

Sementara itu, Penganalisis MGTC, Kaljeet Singh, berkata kini 300 stesen Pengecas Kenderaan Elektrik sudah di pasang seluruh negara,

“Untuk permulaan, kita menggalakkan penggunaan pemanduan di dalam bandar kerana kos untuk setiap kali mengecas RM6 sahaja dan mampu bergerak sejauh 100 kilometer.

“Kita juga dalam usaha merancang membuat kereta elektrik dengan nilai lebih murah bagi menggalakkan lebih ramai pengguna pada masa depan selari dengan sasaran rendah karbon MPSJ menjelang 2030,” katanya.

-NFN-