Categories
SELANGOR

MPSJ catat penurunan kes demam denggi

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan penurunan kes demam denggi sebanyak 5,977 kes setakat minggu epid ke 28 berbanding 6,666 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata ketika ini kes demam denggi menunjukkan peningkatan berbanding epid ke 27 sebanyak 147 kes dan meningkat 176 kes pada epid ke 28.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menjangkakan trend kes akan meningkat pada epid berikutnya dengan perubahan cuaca panas dan lembab,” katanya pada sidang mesyuarat penuh MPSJ yang lalu.

Nor Hisham berkata, Pejabat Daerah Petaling (PKD) juga akan membuat penyusunan jadual kawalan mengikut keutamaan lokaliti hotspot.

“PKD juga akan melantik 5 operator swasta bagi menambah bilangan kawalan di kawasan seliaan MPSJ.

-nR-

MPSJ : Setahun percuma perkhidmatan cas kenderaan elektrik

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sedia dua Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik. 2 unit di di parkir grandstand Kompleks Sukan MPSJ dan satu unit di parkir Kompleks 3C MPSJ.

Categories
SELANGOR

MPSJ sedia dua tapak cas kenderaan elektrik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG, 9 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melancarkan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik MPSJ 2015 selaras dengan penjenamaannya sebagai Bandar Hijau menjelang 2030.

Yang Dipertuan MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata projek itu hasil kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan dibiayai Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

“Kini, terdapat dua lokasi tapak pengecas kenderaan elektrik di kawasaan seliaan MPSJ yang sudah di pasang antaranya di parkir grandstand Kompleks Sukan MPSJ sebanyak dua unit dan satu unit di parkir Kompleks 3C MPSJ.

IMG_2304“Ia sebagai salah satu pembangunan Pelan Strategik MPSJ 2012-2030 meningkatkan produktiviti kecekapan dan kualiti perkhidmatan ke arah organisasi hijau serta rendah karbon,” katanya ketika Majlis Pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik MPSJ 2015, di sini, hari ini.

Sementara itu, Penganalisis MGTC, Kaljeet Singh, berkata kini 300 stesen Pengecas Kenderaan Elektrik sudah di pasang seluruh negara,

“Untuk permulaan, kita menggalakkan penggunaan pemanduan di dalam bandar kerana kos untuk setiap kali mengecas RM6 sahaja dan mampu bergerak sejauh 100 kilometer.

“Kita juga dalam usaha merancang membuat kereta elektrik dengan nilai lebih murah bagi menggalakkan lebih ramai pengguna pada masa depan selari dengan sasaran rendah karbon MPSJ menjelang 2030,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MPSJ kaji insentif keluarga maut denggi

Oleh : NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 28 OKT : Insentif kepada keluarga maut akibat demam denggi sekitar kawasan seliaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bakal dikaji.

Yang DiPertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata perkara itu berbincang diperingkat Jawatankuasa Kewangan dalam tempoh terdekat.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Kita bincang dan kaji cadangan itu kerana mengambil kira keprihatinan MPSJ terhadap keluarga mangsa.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kelulusan perbincangan dengan Jawatankuasa Kewangan dari segi jumlah dan kewajaran insentif terbabit,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, Nor Hisham memaklumkan sebanyak 9,412 kes denggi dilaporkan di kawasan MPSJ bagi tempoh Epid 42 iaitu sehingga 24 Oktober.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding awal tahun lalu.

“Sebelum ini, mingguan kes denggi mencecah lebih 400 kes namun, menurun kepada lebih 100 kes dilaporkan.

“Semua pihak digesa pastikan kawasan premis dan perumahan bebas dari pembiakan aedes dengan laksana kempen 10 minit dan gotong royong,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Hanya di MPSJ, sisa makanan jadi duit

Oleh : AFIX REDZUAN

PUCHONG, 16 OKT: Orang awam boleh menerima RM1 untuk setiap kilogram (kg) sisa makanan menerusi Kempen Pembelian Sisa Makanan anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Bagaimanapun, ia hanya layak kepada sisa makanan yang bebas bendasing seperti bahan plastik, tisu, tulang lembu, tempurung kelapa atau sisa makanan tidak mudah hancur.

Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kempen tersebut adalah sebahagian usaha membentuk Pelan Tindakan Bandar Hijau MPSJ 2030.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (5)“Ia adalah serampang dua mata. Selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengasingkan sisa makanan, ia juga menjadikan pendapatan sampingan.

“Jabatan Pengurusan Alam Sekitar MPSJ sudah mengedarkan 129 unit tong sampah pengasingan sisa makanan untuk memudahkan penduduk.

“Kutipan sisa ini akan dilakukan kontraktor tanpa dikenakan sebarang bayaran,” katanya dalam sidang media di Bukit Puchong di sini, hari ini.

Pada 5 Oktober lalu, MPSJ melancarkan Kempen Pembelian Sisa Makanan membabitkan Taman Perumahan Bandar Bukit Puchong 1,2 dan 3.

Setakat 15 Oktober, sejumlah 1,094.25 kg sisa makanan berjaya dikutip dari kaunter pembelian.

Projek perintis itu terhasil daripada program ‘Friendship City’ bersama bandar Hioki, Jepun dengan peruntukkan sebanyak RM10,000.

Jelas Nor Hisham, sisa makanan terkumpul itu akan diproses bagi penghasilan gas dan seterusnya ditukar kepada tenaga elektrik melalui proses ‘Anaerobic Digestion’ di dalam mesin yang direkabentuk SIRIM Berhad.

“Melalui strategi ‘National Blue Ocean’, SIRIM Berhad telah memberikan kepakaran teknologi dan bekerjasama dengan MPSJ dalam melaksanakan projek ini,” katanya.

-NR-

Categories
SELANGOR

MPSJ sasar jadi Bandar Biomass menjelang 2020

AFIX REDZUAN

PUCHONG, 16 OKT:Pusat Biomass Bersepadu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) aktif beroperasi sebagai kemudahan sokongan utama kepada Program Pengurangan Sisa Pepejal.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata objektif utama pusat ini adalah untuk mencapai sasaran pengurangan sisa pepejal yang dilupuskan sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020.

Katanya, hasrat itu juga ingin menjadikan MPSJ sebagai Bandar Biomass 2020 dan perbandaran ‘Vibrant’.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Konsep sisa kepada hasil di mana sisa organik diproses menjadi kompos. Contoh projek yang menggunakan konsep ini adalah Projek Kompos Sisa Kebun, Projek Kompos Sisa Makanan dan Projek ‘Vermicompost’.

“Manakala konsep sisa kepada tenaga, sisa organik diproses bagi mendapatkan bahan bakar seperti gas metana yang boleh ditukar menjadi tenaga elektrik melalui proses ‘Anaerobic Digestion’,” katanya.

Sejak beroperasi sepenuhnya pada 2013, pusat operasi di Bandar Bukit Puchong itu berjaya menghasilkan produk hijau melalui pengenalan dua konsep sisa kepada hasil (waste-to weatlh) dan sisa kepada tenaga (waste-to-energy).

KeTTHA - MPSJSelangor Kini difahamkan, pusat itu berjaya memproses 50.44 tan sisa organik melalui konsep ‘waste-to weatlh’ merangkumi 34.65 tan sisa kebun, 7.22 tan kaun kering, 8.57 tan sisa makanan sepanjang 2014.

Hasil usaha gigih MPSJ untuk tahun 2015 menyaksikan mereka menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) tunggal yang menerima anugerah Green World Ambassador 2015.

Kejayaan berganda itu hadir selepas mereka memenangni Green Apple Environment Award 2014 melalui inisiatif hijau serta inisiatif Biomass MPSJ.

-NR-