Kemeriahan Karnival Usahawan HIJRAH 2015 (KAWAN ’15)

Karnival Usahawan HIJRAH Selangor 2015 (Kawan ’15) di Taman Tasik Cempaka, Bangi pada 4 Hingga 6 Disember 2015

Categories
SELANGOR

HIJRAH meterai MoU dengan UNISEL, Segi Fresh

Oleh : AFEEQA AFEERA

BANGI, 5 DIS : Yayasan Hijrah hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Selangor (UNISEL) dan Pasar Raya Segi Fresh.

MoU itu ditandatangani sempena Karnival Usahawan Hijrah Selangor 2015 (Kawan’15) di Taman Tasik Cempaka dengan disaksikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

pc hijrah 1-webPengerusi Eksekutif Hijrah Selangor, Datuk Mansor Othman, berkata MoU itu adalah sebagai jaminan bahawa peserta Hijrah akan menerima latihan tambahan memajukan perniagaan mereka.

“UNISEL akan memberi latihan tambahan kepada mahasiswa yang berminat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sementara Segi Fresh akan membuka jaringan besar kepada usahawan dalam bidang peruncitan,” katanya.

Bagi menyokong usaha itu, Kerajaan Negeri memberi peruntukan tambahan berjumlah RM31 juta bagi meluaskan program Hijrah menjelang 2016.

HIJRAH MOUPeruntukan itu digunakan sepenuhnya untuk menubuhkan Koperasi dan Bazaar Hijrah.

Program mikrokredit itu juga diperluaskan dengan menyasarkan golongan ibu tunggal, asnaf, pekerja ladang, belia dan orang kelainan upaya (OKU).

-nR-