Categories
NASIONAL

Tiada cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya

SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah bercadang untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi tujuan menambah kerusi parti DAP di Parlimen, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

“Ini semua cerita dongeng yang kita tidak pernah dengar dan tidak pernah dibincangkan… yang pernah kita timbul dalam kabinet ialah masalah pindaan persempadanan semula yang dibuat ketika pentadbiran kerajaan terdahulu,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan parti Amanah Shah Alam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam mengulas mengenai dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam, bahawa terdapat usaha untuk meminda perlembagaan bagi tujuan membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Ahmad Zahid berkata kemungkinan berlaku juga pertambahan kerusi di kawasan bandar yang mana akan memberi tambahan bilangan kerusi tersebut kepada DAP.

“Tiada sebab kita nak ubah atau pinda (persempadanan) sekalipun kerana kita telah menang pada Pilihan Raya Umum yang lalu,” kata Khalid. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Persempadanan semula p’raya, Pakatan lawan habis-habisan

saifuddin nasution

Pakatan Rakyat akan menentang sebarang cadangan mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dilucutkan jawatan.

?Persempadanan semula yang dijangka berlaku tahun ini akan ditentang jika (pimpinan) SPR sekarang tidak dipecat,? kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

?Rakyat menuntut SPR sekarang dibuang. Tidak ada wibawa untuk menguruskan soal persempadanan yang dikhuatiri memberi kelebihan kepada Umno BN,? katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, SPR gagal mengendali Pilihan Raya Umum ke-13, terutama sikap berdolak-dalik dan helah bahawa kononnya dakwat kekal yang diguna akan kekal.

?SPR gagal kendali isu dakwat kekal dengan alasan yang berubah-ubah sehinggalah jari dicelup dalam PRK Kuala Besut,? katanya.

Kata Saifuddin, puluhan petisyen pilihan raya yang difailkan ke mahkamah bukti parti politik, termasuk Barisan Nasional tidak diyakini lagi.

?Banyak petisyen difailkan bukti kegagalan SPR,? katanya.