Selangor cepat hantar bantuan kepada Sarawak- ADN Batu Lintang


Selangor prihatin dan cepat hantar bantuan melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) -Adun Batu Lintang

Tebakang Bidayuh : Air naik sampai 12 kaki


‘Terima kasih Selangor dan PANTAS, sudi bantu dan lawat kami’ – Ketua Kampung Tebakang Bidayuh, Ranang anak Tangal.

390 mangsa banjir terima bantuan Kerajaan Selangor


390 keluarga mangsa banjir di beberapa daerah di Kuching menerima sumbangan keperluan harian daripada Kerajaan Selangor melalui deligasi PANTAS yang berada di Sarawak selama 4 hari.

Sarawak perlu ada plan tindakan banjir segera, elak berulang


Banjir di Sarawak : Penduduk tinggal berhampiran kawasan sungai dan berisiko banjir. Kerajaan Negeri Sarawak perlu ada perancangan dan plan tindakan segera bagi mengatasi masalah ini agar tidak berulang.

Banjir Sarawak : Selangor sumbang RM40,000 bantu mangsa


Selangor umum salur bantuan RM40,000 kepada mangsa banjir Sarawak. Sumbangan disalurkan kepada Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) melalui Exco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi dan diagihkan di kawasan yang mengalami banjir dan kemusnahan teruk.

Categories
SELANGOR

390 mangsa banjir terima bantuan Kerajaan Selangor

KUCHING, 28 FEB: Seramai 390 keluarga mangsa banjir di beberapa daerah di Kuching menerima sumbangan keperluan harian daripada Kerajaan Selangor.

Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS), Hamsah Djabir, berkata bantuan itu diagihkan melalui peruntukan Exco Kebajikan, Dr Daroyah Alwi di beberapa kawasan mengalami banjir teruk.

en hamzah pengerusi pantas“Pasukan Pantas menyampaikan sumbangan kepada 60 keluarga di Kampung Tebakang Bidayuh, 40 keluarga di Serian Hulu dan Hilir daerah Serian serta 100 keluarga di Kampung Gita Lama Daerah Tupong.

“Bantuan turut diberikan kepada 20 keluarga di Kampung Keranji, 70 keluarga di Kampung Blimbin, 30 keluarga di Kampung Bijuray daerah Serumbu dan 70 keluarga di Bratan Usan daerah Mabong,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, misi bantuan yang masuk hari keempat itu diberikan kepada semua mangsa tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik.

Beliau turut berharap Kerajaan Sarawak mempunyai perancangaan dan pelan tindakan banjir bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Tinjauan PANTAS mendapati 80 peratus penduduk yang menetap berhampiran kawasan sungai berisiko tinggi dilanda banjir.

“Sistem perparitan perlu dinaik taraf, pembesaran longkang serta penyusunan semula penempatan harus dilakukan bagi mengelakkan banjir,” katanya.

-AA-