#PialaFA 2016 : Gol kedua Abdul Hadi Yahya | AIR ASIA FC (0) – SELANGOR (2)

Gol minit ke 76 #RedGiants oleh Abdul Hadi Yahya. Perlawanan berlangsung di Stadium Paroi Seremban, Negeri Sembilan.

#PialaFA 2016: Gol pertama Patrick Ronaldinho Wleh | AIR ASIA FC (0) – SELANGOR (1)

Gol minit ke 69 oleh Patrick Ronaldinho Wleh. Perlawanan berlangsung di Stadium Paroi Seremban, Negeri Sembilan

Categories
SELANGOR

Piala FA: Selangor diundi bertemu AirAsia Allstars FC

SHAH ALAM 11 JAN: Juara lima kali, Selangor diundi bertemu pasukan dari Liga FAM, AirAsia Allstars FC untuk perlawanan pusingan kedua Piala FA 2016 pada majlis undian yang berlangsung di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, pada 9 Januari lalu.

Selangor bersama 28 pasukan lain mendapat bye pusingan pertama yang hanya melibatkan tiga perlawanan iaitu membabitkan enam pasukan dari Liga FAM – Megah Murni lwn MISC-MIFA, UKM FC lwn Hanelang FC dan Felcra FC lwn Penjara FC.

Piala FAJika berjaya menewaskan AirAsia Allstars FC kendalian jurulatih Nizam Jamil di pusingan kedua itu, Selangor akan mara ke pusingan ketiga yang mana undian semula akan dibuat bagi menentukan pasukan lawan, lapor laman sesawang FA Selangor.

Sejak diperkenalkan pada 1990, Selangor muncul pasukan terbanyak menjuarai Piala FA iaitu pada 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009.

Musim lalu, Selangor yang turut mendapat bye pusingan pertama berjaya menyingkirkan Felda United kendalian Irfan Bakti Abu Salim di pusingan kedua menerusi kemenangan 4-2 pada penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Selayang.

Namun Selangor gagal ke suku akhir apabila kandas di pusingan ketiga selepas tewas 3-1 kepada Terengganu bimbingan Abdul Rahman Ibrahim di Stadium Shah Alam pada aksi yang berlarutan ke masa tambahan selepas kedudukan masa penuh 90 minit terikat 1-1.

Selepas dua musim dibimbing jurulatih Mehmet Durakovic sehingga kemuncaknya berjaya menjuarai Piala Malaysia 2015 pada Disember lalu, Selangor untuk saingan Liga Malaysia 2016 akan dikendalikan jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan, bekas pengendali Pahang musim lalu.

EZY