Categories
SELANGOR

Stadium Shah Alam jadi venue perlawanan akhir Piala FA

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 APR: Stadium Shah Alam menjadi pilihan utama venue Perlawanan Akhir Superbest Power Piala FA 2016 yang dijadualkan pada 14 Mei nanti.

Football Malaysia LLP (FMLLP) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya yakin pengurusan Stadium Shah Alam mampu menyediakan padang dan kemudahan baik meskipun ia bakal digunakan untuk Piala Sultan Selangor seminggu sebelum perlawanan akhir berlangsung.

Stadium Shah Alam“Kami juga difahamkan bahawa Piala Sultan Selangor 2016 bakal dilangsungkan seminggu sebelum Perlawanan Akhir Piala FA di stadium tersebut.

“Oleh itu, FMLLP berasa amat yakin pengurusan Stadium Shah Alam dapat menyediakan padang dan fasiliti terbaik untuk perlawanan ini,” katanya.

Bagaimanapun, FMLLP berkata pihaknya sentiasa bersedia dengan pilihan alternatif jika Stadium Shah Alam tidak dapat digunakan antaranya Stadium Hang Jebat, Melaka dan Stadium Darul Makmur.

Saingan Superbest Power Piala FA 2016 sudah masuk ke peringkat separuh akhir melibatkan pertembungan Johor Daruk Takzim (JDT) menentang Kedah sementara Selangor PKNS FC bertemu Perak.

Perlawanan separuh akhir pertama berlangsung pada 15 dan 16 April sementara perlawanan timbal balik pada 30 April 2016.

EZY

#PialaFA : Rangkuman Perlawanan PDRM Vs Selangor | 4 Mac 2016

Selangor terkandas untuk mara ke suku akhir #PialaFA apabila tewas 1-2 kepada PDRM. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Hang Jebat Melaka.

#PialaFA : PDRM berjaya mengambil peluang kelemahan Selangor – Amirudin Shari

Selangor terpaksa melepaskan peluang untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala FA apabila tewas kepada PDRM. Selangor masih menghadapi masalah yang sama iaitu lambat panas di awal perlawanan dan pihak lawan berjaya manfaatkan kelemahan ini. Apapun Amirudin menggesa pemain bangkit dari kekalahan ini untuk menghadapi Piala AFC dan seterusnya Liga Super.

#PialaFA : Gagal manfaat peluang, Selangor tewas menentang PDRM – Zainal

Coach Zainal Abidin Hassan mendakwa Selangor mengawal hampir keseluruhan perlawanan, namun gagal menyempurnakan peluang yang terhidang. Zainal mahu pemain bangkit dari kekalahan ini untuk menghadapi Tampines Rovers dalam Piala AFC, 8 Mac nanti.

#PialaFA : Gol pertama Selangor oleh Patrick Ronaldinho | PDRM (2) vs SEL (1)

Gol pertama Selangor dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho pada minit ke 87 | 4 Mac 2016 | Std Hang Jebat Melaka | #PDRMvsSEL #RedGiants

#PialaFA : Gol kedua Safuwan Baharudin | PDRM (2) vs SEL (0)

Gol kedua PDRM dijaringkan oleh Safuwan Baharudin pada minit ke 58 | 4 Mac 2016 | Std Hang Jebat Melaka | #PDRMvsSEL | #RedGiants

#PialaFA : Gol pertama Ahmad Nizam Rodzi | PDRM (1) vs SEL (0)

Gol pertama PDRM dijaringkan oleh Ahmad Nizam Rodzi pada minit ke 38 | 4 Mac 2016 | Std Hang Jebat Melaka | #PDRMvsSEL #RedGiants

Categories
SELANGOR

Piala FA: PDRM nanti kunjungan Gergasi Merah

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 FEB: Selangor bakal menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pusingan ketiga saingan Super Best Power Piala FA 2016.

Kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Hang Jebat, Melaka selepas mudah mengenepikan cabaran lawan di pusingan kedua.

RED GIANTSSelangor layak selepas menewaskan Air Asia FC 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi Jumaat lalu hasil jaringan Patrick Ronaldinho dan Abdul Hadi Yahya.

Sementara PDRM berjaya menewaskan DRB-Hicom FC hasil jaringan pada masa tambahan dengan keputusan 2-1.

Perlawanan pusingan ketiga dijadual berlangsung pada 4 dan 5 Mac depan.
Jadual perlawanan lain:

Kedah vs Kelantan

JDT vs Negeri Sembilan

Perak vs Pahang Kuantan FA

Perlis vs Kuala Lumpur

PKNS vs Felda United FC

Sabah vs ATM

Pahang vs Sime Darby FC

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor atasi Air Asia AllStars FC 2 – 0

OLEH : HAFIZAN TAIB

PAROI, 20 FEB: Selangor membuktikan kejaguhan apabila berjaya mengatasi Air Asia AllStars FC 2 – 0 dalam saingan Piala FA di Stadium Paroi, di sini, malam tadi.

Penyandang juara Piala Malaysia itu jelas bukan tandingan kelab dari Liga FAM yang berusaha memberikan tentangan sengit dengan mengikat kedudukan tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

CP2A7486Ronaldinho yang kecewa pada babak pertama dengan ‘gol’ offsaid, menceriakan kem The Red Giants apabila menanduk hantaran Andik Vermanshah pada minit ke 69 untuk gol pembukaan.

Gol terbabit menyemarakkan semangat skuad kendalian Zainal Abidin Hassan yang menggandakan asakan ke kubu lawan.

Segala usaha terhasil dengan Selangor memperoleh gol kedua menerusi gol Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-77 dengan rembatan jarak dekat menewaskan penjaga gol Air Asia AllStars FC, Mohd Syamsuri.

Skuad tuan rumah dikendalikan Mohd Nidzam Jamil cuba mengatur gerak dengan beberapa serangan balas namun tidak berhasil bagi mendapatkan gol.

Red GiantsSkuad Merah Kuning terpaksa mengeluarkan Ronaldinho yang cedera pada minit ke-75 dengan digantikan Adam Nor Azlin.

Dengan kemenangan itu Selangor layak dalam kelompok 16 pasukan ke pusingan ketiga saingan Piala FA.

EZY

VIDEO PERLAWANAN

#PialaFA 2016 : Kebangkitan Selangor pada separuh masa kedua berjaya tundukkan Air Asia FC

Selangor berjaya menundukkan Air Asia FC dalam pusingan pertama #PialaFA 2016. Ternyata teguran Zainal kepada para pemain ketika rehat separuh masa pertama, berjaya menjadikan Selangor kembali fokus untuk mencatatkan kemenangan, AIRASIA FC (0) – Selangor (2) | 19/2/2016. Gol dijaringkan oleh Patrick Ronaldinho Wleh (’69) dan Abdul Hadi Yahya (’77)

#PialaFA 2016 : Selangor perlu lebih bersedia untuk perlawanan akan datang – Shahrom Kalam

Kapten pasukan Selangor, Shahrom Kalam menyeru rakan sepasukan memperkemaskan corak permainan untuk mengharungi pusingan seterusnya dalam kempen Piala FA 2016.

Selangor mara setelah menewaskan AirAsia FC dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Perlawanan berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan.

#PialaFA 2016 : Rangkuman perlawanan SELANGOR VS AIR ASIA FC (1st Half)

Berikut adalah video rangkuman pada separuh masa yang pertama Selangor menentang Air Asia FC. Berlangsung di Stadium Paroi Seremban, Negeri Sembilan.