Categories
NASIONAL

Kaya tapi Selangor tak lupa rakyat negeri lain

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA TERENGGANU, 9 JUL: Kepeduliaan tinggi yang dipamerkan Selangor dalam memberi pembelaan kepada rakyat di negeri lain mendapat pujian.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad, berkata keikhlasan Selangor membantu meringankan beban rakyat boleh dilihat melalui program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat.

WAN BUKHARI“Dengan kekayaan hasil, Selangor tidak lupa rakyat negeri lain apabila menerjah serata semenanjung bagi menyampaikan pek bantuan persiapan Aidilfitri kepada golongan memerlukan.

“Terengganu tidak terlepas menerima manfaat ini. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi kesungguhan dan keikhlasan Selangor membantu besar nilainya di hati rakyat Terengganu.

“Kami doakan rezeki rakyat dan hasil Selangor terus melimpah supaya kesenangan itu dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas majlis penyerahan pek bantuan Ramadan di Pejabat PKR Cabang Kuala Terengganu di Gong Kapas yang disempurnakan Adun Guchil, Roslan Puteh mewakili Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

IMG_6107Pada majlis sama, 200 pek bantuan disumbangkan untuk diagihkan kepada asnaf di lapan kawasan di negeri itu.

Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar yang bermula sejak 2 Julai itu berjaya menghulurkan 5,000 pek bantuan kepada golongan memerlukan di 31 lokasi membabitkan wilayah utara, selatan dan pantai timur.

-NFN-