Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Selangor rancang jelajah Ramadan, erat silaturahim

SUNGAI BULOH, 26 MAC: Kerajaan Negeri merancang mengadakan Jelajah Ramadan bagi mengeratkan silaturahim khususnya bersama umat Islam.

EXCO hal ehwal agama Islam memaklumkan beliau bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin Shari akan ke daerah tertentu untuk menyambut bulan puasa bersama komuniti Islam.

“Bantuan makanan akan diteruskan menjelang Ramadan ini terutama kepada golongan fakir miskin,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika ditemui selepas jelajah dakwah rentas rimba di Kampung Orang Asli Sungai Buloh semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata Lembaga Zakat Selangor (LZS) sudah menyediakan senarai nama penerima bantuan Ramadan.

Katanya, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga akan menunaikan solat tarawih di tiga masjid.

“Saya difahamkan Tuanku akan solat tarawih di masjid negeri dan di Jelutong, jadi kita akan ambil kesempatan ini untuk menjalin silaturahim dan beramah mesra bersama umat Islam di masjid,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA

Untung jadi rakyat Selangor

Oleh: NAEEM RAFFI

Sukar untuk mempercayai, bungkusan kotak berisi barang keperluan asas diribanya kiriman ikhlas dan khas daripada Dato’ Menteri Besar Selangor.

Masakan tidak, warga emas lebih setengah abad itu bukannya rakyat Selangor tetapi mengapa bungkusan itu menerjah jauh ke kampungnya di Kuantan, Pahang.

Dibelek-belek kotak itu, akhirnya Nordayati Mohamad Tahir, 60, akur selepas membaca label pelekat di bungkusan yang tertera Ramadan Kareem sumbang-an Mohamed Azmin Ali.

Anak jati Gambang itu termenung seketika sebelum berupaya menerbitkan kata.

nur hayati 60 (1)“Jauhya (kotak ini) datang. Tapi makcik tak pernah memohon apa-apa sebelum ini dari Selangor,” katanya yang sedikit bingung.

Cuba merungkai, penulis menjelaskan bantuan itu adalah sebahagian daripada dasar peduli rakyat yang diterapkan Selangor dalam memanfaat kekayaan negeri.

Rezeki yang melimpah ruah itu hasil urus tadbir telus dan kemimpinan yang amanah hingga membolehkan Selangor tidak terlepas membantu rakyat negeri lain.

Matanya membulat besar, seakan terpesona apabila diberitahu warga emas di Selangor mene-rima RM100 untuk membeli belah (Jom Shopping), RM2,500 untuk skim khairat kematian (SMUE), bahkan program peduli rakyat itu bermula saat bayi dilahirkan.

Malah, pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan ju-ga diberi insentif RM500 iaitu sebahagian daripada program Me-rakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilancarkan sejak 2008.

“Dapat sekotak barang ini pun sudah gembira tak terkata, inikan pula jika terima macam-macam bantuan.

IMG_6107“Untunglah rakyat (Selangor) di sana. Mak cik doakan rakyat Selangor terus sejahtera dan maju di bawah kerajaan yang adil serta amanah ini,” katanya.

Nordayati yang mesra dengan panggilan Mak Dayah mengakui dirinya tidak pernah menerima sebarang bantuan seumpama itu sebelum ini.

Sejak berpisah dengan suami-nya 27 tahun lalu, dia melakukan pelbagai pekerjaan termasuk be-kerja kilang bagi menyara kehidupannya sebelum diserang angin ahmar dua tahun lalu.

Selepas berubat kampung, penyakitnya beransur hilang. Berbekalkan kudrat tua yang tersisa, Mak Dayah gagahkan juga mencari rezeki menyapu pengilat kayu di kilang papan berdekatan rumahnya.

“Nasib baik ada pemilik kilang yang masih sudi menggajikan makcik,” ujarnya yang sukar ditangkap setiap butir kata kerana loghat tempatan yang pekat ditam-
bah lidahnya yang ‘telo’ kesan strok.

Selain Mak Dayah, 149 penerima senasib dengannya turut me-nerima pek bantuan Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat dari Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor bagi wilayah Pahang Timur, di Masjid Al-Khairiah Batu 7, Kuantan, baru-baru ini.

IMG_6165Kesempatan berbual dengan Mak Dayah, mengingatkan penulis bahawa kegembiraan hanya akan dikecapi jika nikmat yang dimiliki itu dikongsi bersama.

Program tiga hari bermula 7 hingga 9 Julai lalu turut menerjah Temerloh sebelum ke Kuala Terengganu, Terengganu dan Machang, Kelantan bagi meng-
agihkan 1,200 pek bantuan yang dimuatkan dalam dua lori 10 tan dari Shah Alam.

Gua Musang menjadi lokasi terakhir misi bantuan sejauh 850 kilometer itu, sekali gus melengkapkan sumbangan 5,000 pek bantuan Ramadan dan Aidilfitri di 31 lokasi yang turut melibatkan wilayah utara dan selatan.

Sepanjang berada di sana, penulis banyak menerima reaksi positif penduduk setempat, memuji keprihatinan Selangor membantu rakyat walaupun melangkaui sempadan negeri.

“Fenomena luar biasa, seluruh negara menerima manfaat sebuah negeri yang sangat prihatin.

IMG_5726“Semua ini tidak akan berlaku tanpa cakna dan ikhlas daripada kelebihan juga kekayaan yang dimiliki untuk dikongsi bersama rakyat,” kata artis veteran, Abd Kadir Manap yang lebih popular dengan gelaran Pak Jabit iaitu pelakon filem Komedi, Zombie Kampung Pisang.

Pak Jabit berada di Pekan Lanchang, Temerloh sebagai aktivis masyarakat membantu memunggah pek agihan Ramadan turun dari lori untuk diagihkan kepada 200 asnaf di wilayah Pahang Barat dan Pahang Tengah.

Program itu bertujuan meri
ngankan beban rakyat menyambut Ramadan dan membuat persediaan Aidilfitri.

Apa yang penting, agihan bantuan kepada golongan memerlukan ini dilakukan secara adil tanpa mengira fahaman politik.

Walaupun sumbangannya tidak seberapa, namun nilai kebersamaan dan kepedulian tinggi kepada yang memerlukan pembelaan menjadi objektif utama penganjur.

Categories
NASIONAL

Kaya tapi Selangor tak lupa rakyat negeri lain

Oleh: NAEEM RAFFI

KUALA TERENGGANU, 9 JUL: Kepeduliaan tinggi yang dipamerkan Selangor dalam memberi pembelaan kepada rakyat di negeri lain mendapat pujian.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad, berkata keikhlasan Selangor membantu meringankan beban rakyat boleh dilihat melalui program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat.

WAN BUKHARI“Dengan kekayaan hasil, Selangor tidak lupa rakyat negeri lain apabila menerjah serata semenanjung bagi menyampaikan pek bantuan persiapan Aidilfitri kepada golongan memerlukan.

“Terengganu tidak terlepas menerima manfaat ini. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi kesungguhan dan keikhlasan Selangor membantu besar nilainya di hati rakyat Terengganu.

“Kami doakan rezeki rakyat dan hasil Selangor terus melimpah supaya kesenangan itu dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas majlis penyerahan pek bantuan Ramadan di Pejabat PKR Cabang Kuala Terengganu di Gong Kapas yang disempurnakan Adun Guchil, Roslan Puteh mewakili Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

IMG_6107Pada majlis sama, 200 pek bantuan disumbangkan untuk diagihkan kepada asnaf di lapan kawasan di negeri itu.

Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar yang bermula sejak 2 Julai itu berjaya menghulurkan 5,000 pek bantuan kepada golongan memerlukan di 31 lokasi membabitkan wilayah utara, selatan dan pantai timur.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Jelajah Ramadan Peduli Rakyat ke Pantai Timur

Oleh : NAEEM RAFFI

GOMBAK, 7 JUL: Program Jelajah Ramadan Peduli Rakyat ke Pantai Timur anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar memulakan seri jelajahnya hari ini.

Bermula di Gombak, dua lori 10 tan dengan kekuatan 10 sukarelawan bakal mengagihkan 1,200 pek bantuan ramadan ke tiga negeri pantai timur.

JelajahHari ini rombongan menuju ke lokasi pertama iaitu Temerloh dan kemudian Kuantan, Pahang.

Program ini kemudian dijadualkan menerjah ke Kuala Terengganu, Terengganu pada hari kedua sebelum ke Machang Kelantan.

Jelajah sejauh 850 km ke pantai timur itu bakal menamatkan sirinya ke Gua Musang.

Ketua program, K.Gunasekaran berkata inisiatif penganjuran program ini diambil bagi membantu meringankan beban rakyat yang saban hari terbeban dengan ekonomi semasa.

“Kita sudah menerjah ke utara dan selatan tanah air, membantu meringankan beban selain memberi mesej Kerajaan Selangor sentiasa peduli rakyat biarpun diluar lingkungan negeri.

“Hari ini, kita membawa khabar gembira kepada rakyat miskin di tiga negeri pantai timur dengan harapan bantuan ini memberi kegembiraan dan kelapangan untuk menyambut Aidilfitri nanti,” katanya kepada Selangor Kini.

Program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat ini menerjah 31 lokasi bermula di wilayah utara, selatan dan terakhir ke timur bermula 2 hingga 9 Julai ini.

Sebanyak 5,000 pek agihan ramadan diagihkan sepanjang program lapan hari ini berlangsung.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor prihatin derita rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

LEDANG, 6 JUL: Keprihatinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terhadap kesusahan rakyat terbukti dalam gerak kerja yang diterapkan Kerajaan Selangor.

Ketua Cabang PKR Ledang, Dr Chong Fat Full, berkata saluran sumbangan dalam program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat ke Johor membawa seribu makna kepada golongan memerlukan terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

“Kita juga menjalankan pelbagai program kebajikan, namun bersyukur kerana sumbangan dari Selangor dapat menampung segala kekurangan pihak berkaitan.

Jelajah Ramadan“Sememangnya, negeri dipimpin Pakatan amat prihatin dengan kebajikan rakyat,” katanya.

Sebanyak 175 hamper diserahkan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong kepada Fat Full untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran di Ledang.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Muar, Yatin Sarban, berkata bantuan itu tepat pada masanya terutama ketika masyarakat membuat persiapan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

“Ia memang penting kerana menjadi tanggungjawab pemimpin menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kepedulian rakyat bukti Pakatan sedia ke Putrajaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

BUKIT KATIL, 6 JUL: Konsep kebajikan dipraktikkan Kerajaan Selangor ke seluruh negara membuktikan kesediaan Pakatan Rakyat (Pakatan) menjaga kesejahteraan rakyat seterusnya mengambilalih kepimpinan negara di Putrajaya.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, berkata pentadbiran Kerajaan Selangor mementingkan kebajikan masyarakat sejak 2008 dengan menjalankan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan sekarang ia mahu dikongsi bersama rakyat di luar Selangor.

Jelajah Ramadan“Konsep kebajikan diamalkan di Selangor sekarang kita bawa obor ini ke Melaka dan seluruh Malaysia.

“Inisiatif diambil Dato’ Menteri Besar ini cukup baik untuk membantu golongan memerlukan dan perlu kita alu-alukan,” katanya,

Manivanan berkata, program Jelajah Ramadan Peduli Rakyat anjuran pejabat Dato’ Menteri Besar jelas berbeza ketika negara didakwa menghadapi masalah kepimpinan melalui beberapa isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Dalam waktu kita ada beberapa pemimpin yang memboroskan wang rakyat, kita ada seorang pemimpin mewakili Selangor yang memperdulikan rakyat.

Jelajah Ramadan“Saya rasa itu satu tanda kita bersedia menghadapi pilihanraya dan mengambil cabaran di Putrajaya menerajui kepimpinan negara dalam masa terdekat,” katanya.

Manivanan menyempurnakan simbolik penyerahan 150 hamper kepada Timbalan Pengerusi PKR Melaka, Gur Teck dalam majlis berkenaan.

Program menjelajah 31 lokasi ke seluruh Semenanjung dari 2 hingga 10 Julai adalah usaha membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi ketika ini.

Jelajah Ramadan Peduli Rakyat dijalankan pejabat Dato’ Menteri Besar dengan kerjasama beberapa NGO ke arah mengagihkan hasil negeri kepada rakyat.

EZY

Categories
NASIONAL

Sumbangan kecil namun besar buat rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

TAMPIN, 6 JUL: Bantuan dicurah kepada rakyat melalui program Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat jelas memberi impak positif dalam keadaan menempuh kehidupan yang terbeban dengan harga barangan kian meningkat.

Ketua Cabang PKR Tampin, Kapten Zulkifli Kassim, berkata keadaan makin terasa dalam Ramadan dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

Jelajah Ramadan“Sumbangan sebegini diharapkan masyarakat yang mana keprihatinan ditunjukkan Kerajaan Selangor menjadikan hubungan ini akrab antara kerajaan dan rakyat.

“Kita berharap lebih banyak bantuan dapat diberikan pada masa depan dan berdoa dilimpahkan lebih banyak rezeki kepada Kerajaan Selangor,” katanya.

Zulkifli berkata, hamper diterima diagihkan kepada lima cabang PKR iaitu Tampin, Jempol, Jelebu, Teluk Kemang dan Kuala Pilah untuk diserahkan kepada golongan sasaran.

Penyerahan 100 hamper disempurnakan Pegawai Khas Ahli Parlimen Teluk Kemang, Zulkifli Mohammad kepada Zulkifli dalam majlis ringkas berkenaan.

Pemberian hamper menerusi program anjuran pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor adalah usaha membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi ketika ini.

Jelajah Ramadan, Peduli Rakyat bergerak ke selatan selepas misi ke utara pada 2 hingga 4 Julai dengan menjelajah ke semua 31 lokasi di seluruh Semenanjung sehingga 10 Julai.

EZY

Categories
SELANGOR

Selangor jelajah 7 lokasi salur sumbangan Aidilfitri

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 JULAI: Program Jelajah Ramadan Peduli Rakyat yang menerjah tujuh lokasi iaitu Utara, Selatan dan Pantai Timur anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar memulakan sesi jelajah, hari ini.

Bermula dari Shah Alam, 12 sukarelawan, satu kontena, dua lori dan tujuh kenderaan biasa bergerak ke Pasir Salak sebelum ke Ipoh, dan Bukit Gantang, Perak

Mereka kemudian akan bergerak Seberang Jaya, Pulau Pinang sebelum ke Kedah membabitkan dua lokasi iaitu Kulim dan Alor Star yang bakal berakhir di Kangar, Perlis.

shuhaimi shafieSetiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafei berkata program itu menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan.

“Ia sebagai tanda ingatan sempena bulan Ramadan, di samping meringankan beban kumpulan sasaran menjelang Syawal.

“Sumbangan berbentuk barangan makanan kering itu disumbangkan anak syarikat Kerajaan Negeri, syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan perseorangan,” katanya pada majlis pelancaran program itu yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Dataran SUK, di sini.

Sebanyak 5,000 bungkusan hamper akan diagihkan sepanjang 10 hari jelajah itu dilaksanakan.

-NFN-