Categories
GLOBAL

Pound merudum paras terendah 31 tahun

NEW YORK 5 OKT: Pound British merudum ke paras terendah 31 tahun berbanding dolar AS disebabkan kebimbangan berhubung pemisahan Britain dari Kesatuan Eropah (EU), selain faktor pengukuhan dolar AS susulan data ekonomi negara itu yang lebih baik daripada jangkaan.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan Pound mencecah paras terendah sejak pertengahan 1985, disebabkan kebimbangan pemisahan Britain daripada EU akan menjurus kepada pelaksanaan pemisahan secara drastik sekali gus memberi kesan besar kepada ekonomi.

Langkah itu dijangka mengehadkan keupayaan London untuk kekal sebagai hab kewangan global.

Pound jatuh 0.9 peratus kepada AS$1.2722, selepas mencecah AS$1.2715, dan berada pada paras terendah tiga tahun berbanding euro pada 88.02 pence.

“Setiap apa yang didengar dari UK adalah tidak positif bagi mata wang,” kata Paresh Upadhyaya, pengarah strategi kewangan di Pioneer Investments di Boston.

EZY