PETALING JAYA, 20 APR : Calon Pakatan Rakyat (PR) bagi Parlimen Subang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 hari ini melahirkan keyakinan mereka manifesto PR bakal diterima baik oleh masyarakat di sini.
Menurut calon Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ?Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat? itu mampu menawarkan kehidupan lebih baik untuk rakyat Malaysia berbanding sebelum ini.
“Dalam kempen kali ini kami, manifesto PR adalah kekuatan utama kami sebab ada pelbagai tawaran menarik kepada rakyat,” kata beliau.
Sementara itu calon PAS DUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menjangkakan selain manifesto PR, konsep Negeri Berkebajikkan yang menjadi amalan Kerajaan PR Selangor turut menjadi salah satu tarikan pengundi Paya Jaras.
“Kita usahakan untuk membangunkan kampung-kampung, isu-isu tanah dan kebajikan rakyat,” kata beliau.
Semetara itu ketika mengulas peluang PR di Paya Jaras, Mohd Khairuddin menyatakan keyakinan berdasarkan mood rakyat yang jelas semakin menolak BN dan mahukan perubahan.
“Dalam PRU-12 lalu saya cuma tewas dengan majoriti 642 undi sahaja, untuk kali ini saya yakin peluang sangat cerah,” kata Mohd Khairuddin yang bertanding buat kali ke dua.
Selain calon BN Prakash Rao, Sivarasa akan bersaing dengan calon Mohamad Ismail dari parti Berjasa, dan dua calon bebas Nazaruddin Mohamed Ferdaus dan Datuk Edros Abdullah.
Manakala Mohd Khairuddin akan bertemu dengan penyandang Dun Paya Jaras Muhammad Bushro Mat Johor.
Hari ini penamaan calon-calon yang bertanding dalam PRU-13 dilangsungkan dan pada 5 Mei nanti para pengundi akan membuang undi bagi menentukan masa depan negara.