Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pelajar India UNISEL meningkat 20% sejak perkenal program asasi percuma

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 NOV: Pelajar India di Universiti Selangor (UNISEL) meningkat 20 peratus sejak program tahun asasi percuma melalui Skim Derma Siswa diperkenalkan di universiti milik Kerajaan Negeri itu.

Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata peningkatan itu berlaku apabila peluang untuk melanjutkan pelajaran di UNISEL menjadi semakin luas kepada semua lapisan masyarakat.

“Terdapat golongan ingin melanjutkan pelajaran tetapi peluang untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam tiada dan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta pula memerlukan belanja tinggi.

Prof Redzuan (2)“Kini semakin ramai melihat UNISEL sebagai satu pilihan terbaik melanjutkan pelajaran,” katanya selepas menghadiri Majlis Hari Diwali UNISEL 2016 di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam di sini, semalam.

Jelasnya, UNISEL akan menggadakan usaha memperkenalkan UNISEL di kalangan masyarakat India dan Cina sebagai salah satu pilihan terbaik yang ada bagi melanjutkan pelajaran masing-masing.

Katanya, kepelbagaian kaum di kalangan pelajar di UNISEL merupakan satu aset penting yang mampu meninggalkan tanggapan positif di mata rakyat.

-nR-