Categories
NASIONAL

Laluan kontra di ELITE, lancar kerja pemasangan rasuk jambatan

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 9 JUN: Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) memaklumkan satu laluan kontra akan dibuka di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), pada 13 hingga 15 Jun ini.

PLUS dalam kenyataannya menjelaskan laluan itu adalah di Kilometer (KM) 35.5 hingga KM 34.5 di antara Persimpangan Bertingkat Nilai Utara – KLIA di lebuhraya berkenaan dan dibuka bermula jam 11 malam sehingga 5 pagi.

Laluan kontra itu bagi membolehkan kerja pemasangan rasuk jambatan di Persimpangan Bertingkat Ampar Tenang yang baru.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu menggunakan laluan itu supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan diberikan.

“PLIS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan lebih raya,” katanya.