Categories
SELANGOR

Laluan kontra di ELITE, pengguna dinasihat rancang perjalanan

 

PETALING JAYA, 5 FEB: Satu laluan kontra akan dibuka di KM36.5 hingga KM35.5 di antara Persimpangan Bertingkat KLIA – Nilai Utara, di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), esok bermula jam 10:30 malam hingga 5:00 pagi.

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, ia bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan struktur papan tanda dilaksanakan di satu persimpangan bertingkat baharu di lebuh raya terbabit.

“PLUS menasihatkan semua pemandu menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan.

“PLUS mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan lebuh raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Categories
NASIONAL

Aliran trafik dijangka perlahan tengah hari ini

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Aliran trafik dijangka bergerak perlahan menjelang tengah hari susulan pertambahan bilangan kenderaan menghala ke ibu kota.

Bagaimanapun, sebelum ini jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, pada awalnya aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi tadi.

“Aliran trafik dari arah utara serta selatan masih lagi lancar dan terkawal,” katanya dipetik bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (he) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1dan 2 juga masih lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Categories
NASIONAL

Tumpahan minyak Genting Sempah – Bukit Tinggi, kesesakan meningkat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 JUN: Tumpahan minyak di kilometer (KM) 46.8 dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menyebabkan kesesakan sejauh 6 KM.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik melaporkan pada jam 12.24 tengah hari kejadian itu turut menyebabkan lorong kecemasan dan kiri ditutup.

Pada masa ini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan

Manakala info trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada jam 12.37 tengah hari melaporkan trafik perlahan dari Slim River ke Sungkai, Changkat Jering ke Bukit Berapit, Bukit Merah ke Taiping dan Bukit Tambun ke Bandar Cassia.

Trafik turut dilaporkan perlahan dari Alor Setar ke Pendang, Gurun ke Pendang, Sg.Petani ke Gurun, Bertam ke Sungai Dua dan Permatang Pauh ke Perai.

Sementara itu, beberapa kesesakan turut berlaku di Lebuhraya PLUS Selatan.

Antara yang dilaporkan sesak, dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.

Sehingga kini beberapa kemalangan dilaporkan berlaku termasuk membabitkan kemalangan maut di atas Jambatan KM 6.8 WB (Perai ke Pulau) di mana hanya lorong tengah sahaja boleh dilalui. Trafik perlahan dilokasi.

Para pengguna jalan raya dinasihat supaya memandu dengan lebih berhati-hati.