Categories
SELANGOR

MPSJ dekati pelajar perkenal Pusat Biomass

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 10 JUL: Komited menjayakan misi Bandar Biomass, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Program Penyerahan Tong Pengkomposan Sisa Organik kepada beberapa sekolah disekitar kawasan pentadbiranya.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, inisaitif itu diambil sebagai langkah memperkenalkan Pusat Biomas Bersepadu MPSJ kepada pelajar dan guru.

Katanya, pelajar terlibat juga akan dibawa melawat Pusat Biomass di Bukit Puchong.

BIOMASS MPSJ 2“Program ini juga adalah modul untuk memberi kesedaran kepada pihak sekolah di kawasan pentadbiran MPSJ mengenai cara-cara pengkomposan sisa organik menggunakan tong yang diberi secara percuma itu,” katanya.

Jelasnya lagi, program itu merupakan lanjutan Program Anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ yang dianjurkan pihaknya sepanjang tahun.

Terdahulu, MPSJ mengambil inisiatif membangunkan Bandar Biomass dengan memilih Serdang sebagai pilot projek pada 2012 melalui Pelan Tindakan Bandar Hijau 2030 .

Sejak beroperasi sepenuhnya pada 2013, pusat operasi di Bandar Bukit Puchong itu berjaya menghasilkan produk hijau melalui pengenalan dua konsep sisa kepada hasil (waste-to weatlh) dan sisa kepada tenaga (waste-to-energy).

BIOMASS MPSJSelangor Kini difahamkan, pusat itu berjaya memproses 50.44 tan sisa organik melalui konsep ‘waste-to weatlh’ merangkumi 34.65 tan sisa kebun, 7.22 tan kaun kering, 8.57 tan sisa makanan sepanjang 2014.

Hasil usaha gigih MPSJ untuk tahun 2015 menyaksikan mereka menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) tunggal yang menerima anugerah Green World Ambassador 2015.

Kejayaan berganda itu hadir selepas mereka memenangni Green Apple Environment Award 2014 melalui inisiatif hijau serta inisiatif Biomass MPSJ.BIOMASS MPSJ 1