Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0370/0430 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini berikutan kes Covid-19 di peringkat tempatan yang melonjak kepada paras tertinggi harian sejak bermulanya pandemik tersebut.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0370/0430 berbanding dolar AS daripada 4.0350/0410 semasa ditutup pada Khamis.

Mengulas mengenai prestasi dolar AS, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata peningkatan jumlah kes yang dilaporkan telah mewujudkan kebimbangan mengenai kemungkinan dilaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0450/0506 daripada 3.0508/0563 pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.9482/9567 daripada 4.9501/9583.

Unit tempatan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8866/8935 daripada 3.8955/9021 semalam dan rendah berbanding pound kepada 5.4730/4831 daripada 5.4848/4941.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0130/0190 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pasaran mempertimbangkan situasi politik dan Covid-19 di Malaysia serta perkembangan terkini di Amerika Syarikat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.0130/0190 daripada dolar AS berbanding 4.0080/0130 sewaktu ditutup pada Rabu.

Mengulas mengenai prestasi dolar AS, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata pasaran sedang mempertimbangkan cadangan terbaik untuk kemenangan Gelombang Biru (parti Demokrat) yang mana konsensusnya ialah agar ringgit lemah, khususnya berbanding mata wang beta komoditi yang lebih tinggi seperti ringgit.

“Tetapi, saya menjangkakan keadaan yang lebih buruk melanda landskap politik tempatan dan kebimbangan mengenai Covid-19 di mana-mana di dalam negara mungkin melemahkan semangat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0455/0512 daripada 3.0440/0480 pada Rabu dan jatuh berbanding euro kepada 4.9492/9578 daripada 4.9443/9516.

Bagaimanapun unit tempatan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8942/9012 daripada 3.8954/9022 semalam dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4673/4759 daripada 5.4685/4757 sebelum ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit meningkat, dibuka kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Ringgit mengekalkan aliran meningkat pagi ini, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS berikutan optimisme mengenai vaksin Covid-19 menguasai sentimen terhadap perkembangan pandemik yang negatif, kata Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes.

Pada 9.00 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.0260/0310 berbanding dolar AS daripada 4.0350/0390 semasa ditutup pada Rabu.

Innes berkata pelaksanaan vaksin yang cepat di United Kingdom (UK) memberi harapan bahawa isu mengenai pengedaran vaksin dari segi logistik di seluruh dunia akan dapat diatasi dengan mudah, membawa kepada ledakan ekonomi yang lebih cepat daripada jangkaan.

“Ringgit merupakan penerima manfaat yang besar berikutan situasi semasa mengenai minyak, eksport dan perjalanan sejajar dengan optimisme terhadap vaksin yang akan membawa kepada permulaan yang kukuh pada 2021 untuk ringgit.

“Dijangka aktiviti pada akhir tahun akan mendominasi aktiviti hari ini dan perdagangan mata wang akan mencatatkan lebih banyak transaksi berbanding spekulatif,” katanya kepada Bernama.

Prestasi ringgit yang lebih kukuh itu turut disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi. Pada masa ini, penanda aras minyak mentah Brent naik 0.5 peratus kepada AS$51.34 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0447/0492 daripada 3.0441/0481 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 4.9540/9618 daripada 4.9497/9559 semalam.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.9034/9087 daripada 3.9084/9126, bagaimanapun susut berbanding pound kepada 5.4931/5011 daripada 5.4775/4846 sebelum ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.0550/0650 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas berakhirnya cuti hujung minggu panjang sempena cuti Krismas, disokong oleh sentimen positif membabitkan pengumuman kerajaan mengenai pelan 10 tahun bagi merancakkan sektor pelancongan.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0550/0650 berbanding dolar AS berbanding 4.0590/0620 sewaktu ditutup pada Khamis lepas.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata meskipun usaha itu merupakan pelan jangka panjang bagi menggerakkan sektor pelancongan tempatan, tetapi langkah jangka pendek kerajaan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri pada 6 Disember lepas telah menyaksikan kebanyakan kawasan tumpuan pelancongan mencatat aliran pelancong domestik yang ketara.

“Ini sudah pasti memberi sentimen positif bagi syarikat-syarikat berkaitan pelancongan seperti AirAsia Group, Malaysia Airports dan Genting Malaysia selain turut menarik aliran masuk bagi pasaran ekuiti.

“Perkara berikutnya yang menjadi tumpuan adalah pembukaan semula sempada antara negara-negara. Oleh itu, adalah diharapkan usaha vaksinasi akan berjalan lancar dan kehadiran varian baharu Covid-19 tidak menjejaskan usaha perjalanan global,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Pada masa sama, indeks dolar AS terus lemah ketika para pelabur masih menunggu tindakan Presiden Donald Trump menandatangani langkah rangsangan serta Rang Undang-Undang pembiayaan bagi mengelak kemungkinan kerajaan negara maju itu terpaksa ditutup sebahagiannya akibat kekurangan dana.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lainnya.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0514/0596 daripada 3.0537/0571 Khamis lepas dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4876/5028 daripada 5.5186/5243 sebelum ini.

Unit tempatan itu juga naik berbanding euro kepada 4.9435/9573 daripada 4.9479/9528 minggu lepas namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.9156/9256 daripada 3.9153/9193 sebelum ini.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat lepas bersempena cuti Krismas.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.0560/0620 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan harga minyak mentah yang lebih baik.

Pada 9.04 pagi, ringgit berada pada 4.0560/0620 berbanding dolar AS daripada 4.0610/0650 pada Rabu.

Penanda aras minyak mentah Brent sebanyak AS$51.10 setong pada pembukaan.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata pasaran menjejaki jualan di Asia, disokong oleh penyambungan semula rangkaian pengangkutan antara United Kingdom dan Perancis, manakala pakar perubatan mengingatkan mengenai reaksi yang berlebihan terhadap varian baharu Covid-19 di London.

“Bagaimanapun, kita masih berhadapan dengan risiko pasaran utama yang sama – pakej rangsangan Amerika Syarikat, Brexit, Covid-19 dan Presiden Trump,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0473/0523 daripada 3.0463/0497 semasa ditutup pada Rabu, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.9499/9589 daripada 4.9516/9573.

Ia turut naik berbanding yen Jepun kepada 3.9158/9220 daripada 3.9256/9298 semalam, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.4857/4959 daripada 5.4490/4556 sebelum ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0590/0630 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan penurunan harga minyak mentah.

Pada pukul 9.08 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0600/0660 berbanding dolar AS daripada 4.0590/0630 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, ringgit yang telah mula menunjukkan pergerakan agresif kembali jatuh, dan unit tempatan ini lebih banyak dipengaruhi oleh ketidaktentuan pasaran minyak dunia.

“Tetapi, jumlah penurunan pasaran ekuiti secara keseluruhan akan merugikan aset berisiko menerusi tindak balas ‘risk-on risk-off’,” katanya.

Pada paras pembukaan, penanda aras minyak mentah Brent menyusut 0.86 peratus kepada AS$49.65 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0385/0441 daripada 3.0370/0412 ketika ditutup pada Selasa tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.9394/9483 daripada 4.9540/9605.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9189/9258 daripada pada Selasa dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4323/4415 daripada 5.4427/4497.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dengan matawang dolar terus mengukuh, dirangsang oleh berita menggalakkan mengenai perjanjian pakej rangsangan AS untuk Covid-19.

Pada 9.07 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0430/0470 berbanding dolar AS daripada 4.0375/0415 Jumaat lepas.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Strategist Stephen Innes berkata meskipun para penggubal undang-undang AS telah bersedia untuk meraikan pemeteraian perjanjian pakej rangsangan berkenaan, pelabur Asia masih merasakan pasaran mata wang akan bergerak tidak menentu.

Ini ialah kerana terdapatnya kegiatan penjualan ke atas mata wang pound Britain dan euro pada awal dagangan berikutan kebimbangan kian meningkat terhadap penularan Covid-19 menjelang musim percutian di Eropah, katanya.

“Namun, dengan tiadanya lagi persepakatan ke atas perjanjian rangsangan AS dicapai, diikuti dengan lebih banyak sekatan pergerakan, pasaran dijangka bergerak tidak menentu,” kata beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0387/0422 daripada 3.0389/0428 ketika ditutup pada Jumaat dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9414/9475 daripada 4.9451/9512.

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.9123/9166 daripada 3.8983/8029 Jumaat lepas dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4200/4262 daripada 5.4474/4540 sebelumnya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit diniaga tinggi 4.0530/0560 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Ringgit meneruskan pengukuhan semalam untuk diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh harga minyak mentah yang lebih baik, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0530/0560 daripada 4.0600/0620 ketika ditutup petang Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata ringgit mendapat manfaat berikutan peningkatan harga minyak mentah kerana Malaysia adalah antara pengeluar minyak terbesar di Asia, lebih-lebih lagi apabila minyak mentah Brent melonjak melepasi paras AS$50 setong.

“Lonjakan minyak ini boleh menyaksikan ringgit diniagakan pada 4.5 berbanding dolar AS,” kata beliau kepada Bernama.

Dilaporkan minyak mentah Brent mencecah AS$50 setong pada Khamis untuk pertama kalinya sejak harga minyak merudum awal Mac, dengan harapan pelancaran vaksin yang lebih cepat mendorong jangkaan terhadap pengukuhan terhadap permintaan minyak awal tahun depan.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent diniagakan 0.68 peratus lebih tinggi pada AS$50.59 setong.

“Dengan pelancaran vaksin kelak, ringgit berpeluang mengukuh dengan eksport lebih menuju ke barat. Pada masa sama, industri pengembaraan Malaysia akan turut berkembang pesat sebaik sahaja laluan penerbangan udara dibuka semula,” kata Innes.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0366/0400 daripada 3.0348/0368 ketika ditutup pada Khamis dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.8967/9008 daripada 3.8863/8889.

Mata wang tempatan bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding pound Britain pada 5.3917/3961 daripada 5.4063/4106 semalam tetapi susut berbanding euro pada 4.9224/9276 daripada 4.9142/9183 pada Khamis.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0740/0790 menjelang pengumuman OPEC

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Ringgit memulakan bulan terakhir 2020 dengan dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran tukaran asing tempatan menunggu pengumuman Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengenai lanjutan kuota pengeluaran minyak yang tertangguh.

Pada 9.01 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.0740/0790 berbanding dolar AS daripada paras 4.0730/0750 sewaktu ditutup pada Isnin.

Agensi berita Reuters memetik sumber melaporkan, OPEC+ yang turut disertai Rusia dan negara pengeluar minyak lain, telah menangguhkan rundingan mengenai dasar pengeluaran minyak mentah bagi 2021 sehingga 3 Disember 2020.

Ini berikutan kalangan penggiat utamanya masih tidak bersetuju mengenai kuota pengeluaran di tengah-tengah kelemahan permintaan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata sebagaimana mata wang lain yang turut mendapat impak akibat perkembangan berkaitan minyak, sebarang keputusan OPEC+ dijangka memberi kesan lebih ketara daripada jangkaan awal.

“Berita utamanya adalah Arab Saudi dikatakan sedang menimbang untuk melepaskan peranannya sebagai pengerusi bersama Jawatankuasa Bersama Pemantauan Peringkat Menteri (JMMC) OPEC+ sepertimana dilaporkan media dan ini memberi tekanan terhadap harga minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Innes, Arab Saudi memegang jawatan itu bersama Rusia dan tujuan sebenar negara Arab itu berbuat demikian juga masih tidak diketahui setakat ini.

“Agak sukar untuk membayangkan bagaimana OPEC+ tanpa penglibatan Arab Saudi di kedudukan utamanya,” katanya.

Selain itu, Innes berkata ringgit akan turut dipengaruhi oleh sentimen terhadap dolar AS.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent susut 1.22 peratus kepada AS$47.59 setong.

Di peringkat tempatan, ringgit kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain, kecuali berbanding pound Britain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0412/0461 daripada 3.0455/0486 sewaktu ditutup pada Isnin, naik berbanding yen kepada 3.9057/9116 daripada 3.9148/9171 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8652/8724 daripada 4.8807/8843 semalam.

Namun, berbanding pound Britain, ringgit susut kepada 5.4355/4426 daripada 5.4277/4308 semalam.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.0845/0875 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dalam persekitaran harga minyak mentah kukuh dan prestasi mata wang Amerika Syarikat (AS) itu yang lemah, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0845/0875 berbanding dolar AS daripada 4.0850/0900 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata sebagai ekonomi yang bergantung kepada jumlah eksport minyak yang besar, ringgit mempunyai kelebihan pada minggu ini berikutan harga minyak meningkat menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) pada 30 November, mengenai jangkaan lanjutan pengurangan pengeluaran pada masa ini.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aset berisiko mendapat momentum berikutan persekitaran luaran positif yang menyaksikan Dow Jones AS melepasi 30,000 mata semalam.

“Memandangkan minat untuk mengambil risiko bertambah baik dalam pasaran, permintaan yang rendah terhadap mata wang selamat, menyebabkan dolar AS turut merosot. Indeks dolar (DXY), yang mengukur mata wang AS itu berbanding enam mata wang utama, terus susut kepada 92.226 mata.

“Ringgit dijangka terus meningkat dalam masa terdekat. Bagaimanapun, mungkin terdapat gangguan berikutan kebimbangan mengenai peningkatan mendadak kes Covid-19 baharu kepada lebih 2,000 kes di negara ini semalam,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelabur turut menunggu keputusan undian Belanjawan 2021 di Parlimen esok, justeru, ringgit berbanding dolar AS dijangka diniagakan dalam jajaran kecil hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0440/0467 daripada 3.0435/0484 semalam dan merosot berbanding euro kepada 4.8597/8637 daripada 4.8538/8614 sebelum ini.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.9094/9126 daripada 3.9192/9251 pada Selasa dan naik berbanding pound kepada 5.4565/4609 daripada 5.4588/4659.

– BERNAMA

Categories
AGENDA

Ringgit dibuka rendah 4.0900/0950 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Ringgit merosot daripada peningkatannya semalam apabila dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan mod berhati-hati di sebalik prestasi lemah dolar AS.

Dolar AS susut berikutan peningkatan minat terhadap risiko yang didorong oleh kestabilan harga minyak mentah dan berita positif mengenai vaksin Covid-19, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.0900/0950 berbanding unit negara maju daripada 4.0880/0930 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata situasi ini dilihat membina untuk ringgit, namun pasaran dijangka mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat menjelang undian Belanjawan 2021 oleh ahli-ahli parlimen yang dijadualkan pada Khamis ini.

Selain itu, beliau berkata perkembangan terkini mengenai vaksin dilihat amat memberangsangkan berikutan lebih banyak syarikat melaporkan tahap kejayaan yang baik dalam penyelidikan mereka dan kelulusan yang relevan daripada pihak berkuasa akan diterima dalam masa yang terdekat ini.

“Ini seharusnya membuka jalan kepada pemulihan yang berkekalan tahun depan sekiranya vaksin itu dapat ditemui dan diedarkan di peringkat global.

“Berikutan itu, harga komoditi seperti minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah telah memihak kepada kita. Oleh itu, ringgit seharusnya meneruskan momentum kenaikannya pada minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0443/0491 daripada 3.0476/0524 ketika ditutup Isnin dan naik berbanding yen kepada 3.9105/9157 daripada 3.9105/9157.

Ia naik berbanding euro kepada 4.8434/8509 daripada 4.8434/8509 pada Isnin dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.4526/4599 daripada 5.4624/4711.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi susulan sentimen risiko bertambah baik

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh sentimen risiko bertambah baik susulan pemeteraian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada Ahad lepas.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1040/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1140/1190 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata pasaran global yang lebih meluas – termasuk dagangan minyak mentah – semakin baik dalam keadaan keyakinan terhadap penemuan vaksin Covid-19.

Pada 9.40 pagi, minyak mentah Brent meningkat 0.71 peratus pada AS$44.13 setong.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0518/ 0564 daripada 3.0562/0604 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.9284/9345 daripada 3.9350/9405.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.8678/8765 daripada 4.8722/8798 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4247/4334 daripada 5.4185/4268 ketika ditutup pada Isnin.

– BERNAMA