Categories
NASIONAL

Ringgit dijangka rendah berbanding dolar minggu depan

KUALA LUMPUR 4 SEPT: Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan dipengaruhi faktor seperti kelemahan sentimen pengguna, penyusutan harga minyak mentah serta unjuran kemungkinan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedahnya.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kalangan peniaga terus bersikap berhati-hati mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah itu pada tahun ini jika pertumbuhan gaji bukan sektor perladangan adalah di bawah jangkaan pasaran.

“Unjuran pihak Fed akan menaikkan kadar faedah itu mencetuskan sentimen global serta kebimbangan berterusan mengenai ketidaktentuan ekonomi global,” katanya dipetik BERNAMA.

Sementara itu, Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga, berkata harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mencecah paras terendah dalam masa tiga minggu pada AS$44.60.

Ia berikutan kebimbangan berterusan mengenai lambakan bekalan minyak di pasaran global yang terus melenyapkan minat pelabur terhadap komoditi berkenaan.

“Jelas sekali para pelabur sudah maklum dengan realiti lambakan minyak serta tidak lagi optimis dengan keputusan mesyuarat tidak rasmi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) pada September untuk membekukan pengeluaran,” katanya.

Bagi asas perbandingan Jumaat ke Jumaat, unit tempatan itu susut berbanding dolar US kepada 4.0830/0900 daripada 4.0130/0200. Malah, berbanding mata wang lain, ringgit ditutup rendah kecuali yen.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0018/0080 daripada 2.9669/9729 pada Jumaat lepas namun meningkat berbanding yen kepada 3.9411/9498 daripada 3.9942/1024 dan turun berbanding euro kepada 4.5640/5734 daripada 4.5299/5414, sebelum ini.

Ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.4161/3262 daripada 5.2956/3056 pada Jumaat lepas.

EZY

Categories
NASIONAL

Najib letak jawatan penawar pemulihan Ringgit

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 SEP: Tiada cara lain untuk memulihkan kembali nilai ringgit yang semakin menjunam selain daripada Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata kelumpuhan ringgit disebabkan ketidakstabilan politik, maka penawarnya juga adalah jalan politik.

Katanya, jalan terbaik juga adalah menyerahkan jawatan itu kepada pemimpin lebih berkelayakan dan berkaliber.

Najib-RM“Nilai ringgit yang teruk bukan disebabkan unsur ekonomi, tetapi hal politik. Jika Najib letak jawatan ringgit akan pulih.

“Lagi satu adalah memastikan isu 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) diselesaikan secepat mungkin dengan mereka yang bersalah dihukum mengikut undang-undang.

“Dengan langkah-langkah ini, barulah ekonomi negara dapat mengembalikan keyakinan pelabur,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas laporan agensi berita Bloomberg berhubung jangkaan pelabur bahawa Malaysia antara enam negara layak diturunkan kepada status sampah (junk status) sama seperti Brazil.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut mendesak kerajaan Persekutuan bertindak menangani persepsi buruk diterima Malaysia.

Mengulas lanjut, Wong Chen berkata jika Najib masih berdegil keadaan akan bertambah buruk dalam jangka masa tiga bulan akan datang.

“Apa sahaja barang import dibuat untuk stok enam bulan, katakan bulan Mac sudah import, sekarang kena import lagi.

“Tetapi ianya terpaksa dilakukan dengan kadar mata wang yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan inflasi,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Ringgit jatuh: Apakah negara ada Menteri Kewangan?

Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man

Tukaran nilai Ringgit pada 29 September 2015:

USD1: RM4.459
SG1: RM3.121

Ringgit terus jatuh dan kini mendekati paras yang amat memeranjatkan pelajar-pelajar di luar negara serta golongan peniaga iaitu RM4.5 kepada USD1 – ramai tertanya-tanya apakah Malaysia mempunyai Menteri Kewangan?

Ketika peniaga Tukaran Mungkir Kredit (CDS) meletakkan negara di ‘status rendah’ – tiada kedengaran komentar membalas daripada Menteri Kewangan.

Najib-RMKetika Ringgit mencecah RM4.45 semalam, Menteri Kewangan dan kementerian tidak memberikan sebarang reaksi.

Hanya kedengaran suara solo Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang mencadangkan agar negara mengukuhkan kedudukan domestik bagi menghadapi cabaran kemelut nilai ringgit dan harga komoditi hari ini.

Namun, PAS bimbang. PAS bimbang sudah tidak wujud kerjasama antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara ekoran siasatan Bank Negara terhadap 1MDB dan juga kenyataan Zeti pada 21 September yang berbunyi: “Kita tidak perlu lagi apa-apa skandal.

Kita tidak perlu ketidakstabilan politik. Apabila mereka menyelesaikan semua isu berkaitan dengan 1MDB, maka kita akan dapat melihat pemulihan kepada nilai Ringgit.”

Rakyat mempunyai keyakinan terhadap Gabernor Bank Negara. Namun, beliau hanya boleh berfungsi sepenuhnya sekiranya beliau mendapat kerjasama penuh seorang Menteri Kewangan yang dapat fokus kepada tugasnya tanpa risau apa-apa skandal yang akan timbul kerana cuba menutup masalah di 1MDB.

PAS terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan.

PM patut tumpu sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah 1MDB. Tempoh 6 bulan yang diberi PM pada ahli-ahli Umno pada 14 Jun 2015, kini hanya tinggal 3 bulan sahaja.

Anggaplah ini pengorbanan untuk meringankan aniaya kepada seluruh warga Malaysia.

* Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS

Categories
NASIONAL

Ringgit merudum, Najib ‘relaks’ tiada tindakan konkrit

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 SEP: Tiada sebarang tanda kejatuhan nilai ringgit berhenti, malah Kerajaan Persekutuan seolah-olah menganggap isu itu sebagai remeh.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata disebalik kegawatan ekonomi semakin parah, Datuk Seri Najib Razak terlalu ‘relaks’ tanpa berusaha memberi keyakinan kepada rakyat.

Najib-RMKatanya keadaan itu memberi kesan buruk kepada rakyat berpendapatan rendah, jika kerajaan masih berdiam diri dan tidak mengambil langkah drastik.

“Perdana Menteri berada di New York sekarang dan saya tidak faham mengapa beliau berada di situ berbanding memberi tumpuan kepada masalah rakyat.

“Bagaimana pemimpin boleh membiarkan rakyatnya berada dalam kesusahan? Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan Perdana Menteri relaks dalam isu ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Charles berkata dasar ekonomi terbuka diamalkan di Malaysia memberi risiko kepada peningkatan harga barangan import termasuk ubat-ubatan.

Katanya rakyat yang ingin menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan juga terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk perkhidmatan.

“Isu ini juga berkait dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpaksa menambah kos untuk membeli bahan mentah atau mesin dan alat ganti daripada luar negara.

“Rakyat terjejas, namun sehingga hari ini kita tidak nampak mana-mana menteri mengeluarkan rancangan mengatasi masalah ini,” katanya.

Ringgit Malaysia terus jatuh ke tahap paling lemah sejak 2005, di tengah-tengah siasatan berhadap dakwaan salah guna dana Perdana Menteri.

Ringgit kini berada pada paras RM4.47 berbanding dolar Amerika.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit dijangka jejaki RM3.60

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Ringgit dijangkakan mengukuh minggu depan, menjejaki semula paras 3.60, namun akan terus menghadapi tekanan.

Ringgit diniagakan melebihi 700 mata asas lebih rendah sejak dua minggu lepas dan sudah sampai masanya untuk pembetulan, kata pakar mata wang.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit susut kepada 3.6290/6320 berbanding dolar US daripada 3.6015/6045 Jumaat lepas. Pada Jumaat sebelumnya ringgit didagangkan pada paras 3.55 dan mengakhir minggu pada 3.5580/5610.

“Ia mungkin menjejaki semula paras 3.60 minggu depan berikutan minat mengambil risiko yang meningkat, untuk pembetulan minimum,” kata dipetik kepada Bernama.

Ia boleh berlaku lebih awal jika Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) tidak membuat keputusan yang mengejutkan untuk menurunkan kedudukan monetarinya, kata pedagang lain.

Keputusan MAS mencetuskan jualan ringgit oleh spekulator, katanya.

Bank pusat Singapura pada Rabu mengejutkan pasaran dengan menurunkan kadar bagi menangani risiko deflasi selain menyokong ekonomi republik itu.

“Langkah MAS itu meningkatkan jangkaan bahawa bank-bank pusat yang lain akan mengikuti keputusan itu dan tindakan terbabit mungkin mengheret turun ringgit dan mata wang negara Asia pesat membangun pada minggu akan datang,” katanya.

Selain faktor MAS, jangkaan semasa pasaran ialah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan meneruskan keputusannya untuk menaikkan kadar seperti yang dibayangkannya dalam kenyataan terbaharunya dan ini menyokong peningkatan dolar berbanding mata wang lain.

Mengikut asas mingguan, ringgit rendah berbanding dolar Singapura pada 2.6872/6916 berbanding 2.6863/6905 Jumaat, paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

Mata wang tempatan itu juga rendah berbanding yen kepada 3.0825/0853 daripada 3.0439/0469 pada Jumaat.

Ia juga lemah berbanding pound British pada 5.4689/4745 daripada 5.3958/6021 dan juga rendah berbanding euro pada 4.1156/1198 daripada 4.0593/0634 Jumaat lepas.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit diniagakan antara RM3.53 dan RM3.60 berbanding dolar AS minggu depan

SHAH ALAM 10 JAN: Ringgit, yang mengakhiri minggu ini pada paras lebih kukuh, dijangka diniagakan antara RM3.53 dan RM3.60 berbanding dolar AS minggu depan, kata peniaga.

Trend harga minyak mentah dengan prestasi dolar AS dan laporan pekerjaan Amerika Syarikat terus mempengaruhi unit tempatan.

Duit_contoh_selangorkuRinggit susut kepada paras terendah dalam tempoh lima setengah tahun pada 3.58 pada Rabu berikutan harga minyak mentah global jatuh di bawah paras AS$50 setong.

Penganalisis Hong Leong Bank berkata, dolar akan terus meningkat jika laporan pekerjaan positif tetapi kekal berhati-hati terhadap jualan besar-besaran jika data menjadi tidak memberangsangkan berikutan dolar AS melepasi paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit turun kepada 3.5610/5640 berbanding dolar AS daripada 3.5150/5517 pada Jumaat lepas dan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding yen kepada 2.9819/9857 daripada 2.9202/9228 Jumaat lepas dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 2.6596/6623 berbanding 2.6450/6471, sebelum ini.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.2038/2084 daripada 4.2345/2380 Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3825/3881 daripada 5.4588/4630 minggu lepas. – BERNAMA

Categories
SELANGOR

MB: Kejatuhan nilai ringgit, pelancongan perlu dirancakkan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 DIS: Kejatuhan nilai ringgit memberi peluang ekonomi apabila kebanjiran tinggi pelancong asing ke negara ini ekoran faktor kuasa berbelanja lebih dimiliki golongan itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri berharap Selangor bersedia menghadapi cabaran itu termasuk merangka strategi dinamik.

myr“Yang saya sebut bila nilai ringgit jatuh, ia bukan satu suasana ekonomi yang baik tetapi ada juga kebaikannya untuk kita mendapat sokongan daripada industri seperti pelancongan.

“Kita mengharapkan lebih ramai pelancongan datang ke Selangor dan Malaysia, maka sektor pelancongan harus bersiap sedia,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Selangor akan menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015 dengan sasaran tujuh juta pelancong melawat negeri itu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut menekankan amalan perbelanjaan berhemah bagi menangani isu itu termasuk menghindari isu ketirisan serta penyelewengan.

“Laporan Ketua Audit Negara (mengenai ketirisan) harus diberikan perhatian supaya tidak berulang kontrak atau sistem perolehan itu,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, perkara itu harus diteliti semula bersesuaian dengan cabaran terkini kejatuhan nilai matawang negara.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Kerajaan patut bertindak elak nilai Ringgit terus menjunam

SHAH ALAM 4 DIS: Kerajaan Pusat patut bertindak segera bagi memastikan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) dipertahankan, selain mengawal perbelanjaan dan hutang negara agar tidak terus culas dan membarah.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sebagai negara tunggal dalam mengeksport minyak di seluruh Asia Tenggara, sentimen dan persepsi terhadap Malaysia akan jatuh, ditambah dengan hutang negara yang semakin membengkak.

wangbaruKatanya, kejatuhan harga minyak mentah dunia turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, selain faktor sentimen dan persepsi di kalangan pelabur.

“Apabila harga minyak mentah menjunam, hasil negara akan berkurangan selain hutang kerajaan yang bertambah.

“Maka ia akan menyebabkan persepsi dan sentimen terhadap negara jatuh apabila mereka mula menolak untuk berurusniaga dalam nilai ringgit,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

Begitu juga penggantungan nilai mata wang itu, katanya berdasarkan konsep permintaan dan penawaran yang jelas akan terjejas apabila tiada pihak yang mahu berurusniaga dengan Malaysia.

Katanya, sekiranya permintaan terhadap Ringgit Malaysia tinggi, maka nilai mata tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata biarpun harga minyak mentah dunia terus menjunam, ia bukan petanda baik bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak di Asia Tenggara.

Malah, kejatuhan harga minyak mentah dunia itu menyebabkan negara berisiko untuk kehilangan hasil negara, yang kini sudah mencecah RM25 bilion.

EZY