Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini kerana kekurangan petunjuk baharu, sekali gus menyaksikan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1390/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1430 pada penutupan hari Jumaat minggu lepas.

Menurut Kenanga Research, ringgit dijangka diniagakan dalam julat tidak menentu antara paras 4.116 dan 4.158 minggu ini di tengah-tengah pengumuman langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat, bermula 25 Mei.

“Walaupun prospek dolar AS lemah, keadaan Covid-19 domestik yang semakin buruk dan ketidaktentuan pasaran minyak boleh menyebabkan pelabur menjauhkan diri daripada pasaran mata wang tempatan.

“Namun, prestasi kukuh perdagangan Malaysia yang dijangka berterusan akan membantu menyokong ringgit,” katanya dalam catatan penyelidikan hari ini.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1076/1123 daripada penutupan minggu lepas 3.1099/1141 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8538/8639 daripada 5.8832/8897 sebelumnya.

Unit tempatan juga meningkat berbanding euro kepada 5.0409/0499 daripada 5.0595/0656 pada Jumaat dan naik berbanding yen kepada 3.7983/8041 daripada 3.8074/8118 pada penutupan Jumaat lepas.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dijangka sekitar 4.07-4.10 berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR, 1 MEI: Ringgit dijangka menyaksikan dagangan yang lebih berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan jangkaan peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang mungkin meningkatkan minat terhadap mata wang negara maju itu, kata penganalisis.

Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley memberitahu Bernama, beliau menjangkakan ringgit/dolar AS bergerak dalam julat 4.09 dan seterusnya ke paras 4.07 minggu depan, namun dengan syarat tiada sebarang kejutan daripada data terkini negara maju itu.

Bagaimanapun, Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata tindakan minggu ini yang melibatkan pihak Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah semasa manakala Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan memberi sedikit petunjuk mengenai ekonomi negara itu dijangka disusuli dengan lebih banyak rangsangan serta cetakan wang bagi menyokong pertumbuhan ekonominya.

“Ini boleh membawa kepada aliran penurunan dolar AS berbanding ringgit,” katanya.

Menurutnya, secara teknikal, peniaga akan menumpukan paras 4.1050 yang mana sebarang peningkatan seterusnya akan memaparkan kepentingan belian pada minggu akan datang.

“Sebarang pergerakan di bawah 4.0930 akan dilihat sebagai tekanan jualan berterusan terhadap dolar AS dengan sasaran berikutnya sekitar 4.0750,” katanya.

Selain itu, seorang peniaga lain berkata pengukuhan harga minyak akan turut melonjakkan pergerakan ringgit.

Pada minggu ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global bergerak dalam lingkungan melebihi paras US$60 iaitu US$65-US$68 setong.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.0870/0930 daripada 4.1080/1130 seminggu sebelumnya.

Selain itu, ringgit juga meningkat berbanding mata wang utama lainnya.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0785/0839 daripada 3.0936/0978 pada minggu sebelumnya dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7520/7581 daripada 3.8069/8119.

Ringgit juga tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6834/6930 daripada 5.7007/7093 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.9428/9509 daripada 4.9522/9595 seminggu lepas.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit didagang pada paras semasa minggu hadapan

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Ringgit dijangka didagangkan pada paras semasa minggu hadapan, di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur susulan pengaruh daripada perkembangan luaran dan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19, kata seorang penganalisis.

“Saya berpendapat kita bergerak ke dalam keadaan keberkecualian untuk pertukaran asing (FX) dan pasaran bon … jadi, saya menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam jajaran yang sama minggu hadapan antara paras 4.12 dan 4.14.

“Tetapi peniaga bimbang dengan aliran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh yang seterusnya akan melonjakkan hasil bon AS dan berkemungkinan merencatkan sentimen kenaikan ringgit pada minggu tersebut,” kata Ketua Strategi Pasaran Global Stephen Innes kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar US kepada 4.1250/1290 daripada 4.1330/1370 yang dicatatkan semasa minggu sebelum ini.

Ringgit adalah lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0929/0964 daripada 3.0800/0839 serta lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7903/7943 daripada 3.7689/7733.

Ringgit menyusut berbanding pound British kepada 5.6834/6898 daripada 5.6618/6685 dan merosot berbanding euro kepada 4.9405/9465 daripada 4.9141/9205.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit terus mengukuh 4.1430/1480 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 APR: Ringgit terus mengukuh dengan mencatat peningkatan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Khamis walaupun dalam persekitaran penyusutan harga minyak mentah dan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan tertentu, termasuk Lembah Klang susulan peningkatan kes Covid-19.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1430/1480 berbanding dolar AS daripada paras 4.1450/1480 sewaktu dagangan ditutup pada Rabu.

Pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kelantan dan Pulau Pinang akan dilanjutkan mulai Khamis hingga 14 April ini manakala di Sarawak, arahan itu berkuat kuasa sehingga 12 April.

Malaysia menyaksikan peningkatan kes baharu Covid-19 pada Rabu dengan sejumlah 1,482 kes dan Selangor mencatat angka tertinggi iaitu 661 kes.

Penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan pula mendapati kes Covid-19 masih meningkat dengan ketara.

Sementara itu, biarpun ringgit lebih mengukuh pada pagi ini, Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes sebaliknya berkata pembukaan semula sektor-sektor ekonomi kini terjejas berikutan pelanjutan tempoh PKPB tersebut.

“Sehubungan itu, perkembangan bagi jangka masa terdekat ini adalah kurang memberangsangkan,” katanya kepada Bernama.

Innes juga menjangkakan dagangan lebih lengang bagi tempoh 24-48 jam seterusnya menjelang pengumuman mengenai data gaji bukan perladangan AS bagi Mac 2021.

Data yang lebih kukuh boleh mempengaruhi peningkatan hasil AS, sekali gus mengukuhkan mata wang negara maju itu berbanding mata wang Asia.

Dalam pada itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit kebanyakannya mengukuh kecuali berbanding pound Britain yang menyaksikannya susut kepada 5.7124/7197 daripada 5.7118/7172 sewaktu pasaran ditutup pada Rabu.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7388/7444 daripada 3.7488/7518 sebelum ini, naik berbanding euro kepada 4.8593/8668 daripada 4.8617/8656 serta mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0808/0863 daripada 3.0811/0845.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah walau Malaysia bakal dikeluar senarai pemantauan FTSE Russell

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa meskipun Malaysia dilaporkan akan dikeluarkan daripada senarai pemantauan FTSE Russell dan akan dikekalkan dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE.

Pada lewat Isnin, FTSE Russell mengumumkan Malaysia akan dikeluarkan dari Senarai Pemantauan bagi potensi pengkelasan semula terhadap tahap ketercapaian pasarannya daripada ‘2’ kepada ‘1’ dan akan dikekalkan dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE.

Pada 9 pagi, ringgit susut 30 mata asas kepada 4.1420/1470 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1440 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata ringgit dijangka meningkat daripada paras rendah bulanan selepas kerajaan mengeluarkan data eksport yang lebih baik berbanding jangkaan bagi Februari 2021 dalam keadaan tanda-tanda peningkatan semula harga minyak mentah.

Beliau berkata bagaimanapun bon pula habis terjual secara ketara.

“Walaupun peningkatan hasil mutlak dapat memberikan nilai kepada pelabur wang tempatan ‘sebenar’ yang tertentu dengan rintangan liabiliti lebih rendah, namun saya masih berpandangan pelabur asing masih kekal berhati-hati susulan kitaran rendah telah berakhir, dan (bon) tidak boleh dianggap sebagai sumber aliran masuk yang boleh diyakini,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata susulan pasaran beralih menumpukan penjual bon lebih baik, sebarang kenaikan semula ringgit mungkin bersifat sementara.

Pada pembukaan, mata wang tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8747/8810 daripada 4.8733/8800 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0709/0764 daripada 3.0744/0792.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7703/7751 daripada 3.7768/7817 semalam dan stabil berbanding pound Britain kepada 5.7023/7096 daripada 5.7247/7320.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit susut 4.1460/1510 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini dengan aset-aset selamat (safe haven) seperti dolar AS terus mendapat perhatian dalam situasi kebimbangan terhadap peningkatan penularan Covid-19 di Eropah.

Pada 9 pagi, unit tempatan turun kepada 4.1460/1510 berbanding dolar AS daripada 4.1440/1490 semasa ditutup pada urus niaga Khamis.

Sementara itu, seorang peniaga berkata kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat dan China turut menyumbang kepada peningkatan dolar AS.

Pada Khamis, Presiden AS Joe Biden dilaporkan sebagai berkata negara itu akan menggalas kedudukan sebagai ekonomi paling berkuasa dunia, dan menghalang China daripada mendahuluinya.

“Menurut laporan itu, presiden itu turut berjanji akan membuat pelaburan besar bagi memastikan Amerika menang dalam persaingan membabitkan dua gergasi ekonomi dunia itu,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata tatkala pemulihan harga minyak mentah akan memberi sokongan kepada ringgit, permintaan untuk dolar telah menghakis sebarang harapan jangka terdekat ke atas unit tempatan.

Ketika ini, harga minyak mentah Brent ialah pada US$62.51 setong, meningkat 0.90 peratus daripada sesi sebelumnya.

Berbanding mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi kecuali berbanding pound Britain yang menyaksikan ia menyusut kepada 5.6999/7085 daripada 5.6777/6854 semalam.

Ringgit lebih tinggi berbanding yen kepada 3.7939/7992 daripada 3.7994/8050, mengukuh berbanding euro kepada 4.8844/8907 daripada 4.8936/9012 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0745/0794 daripada 3.0769/0813.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dijangka diniaga berhati-hati minggu depan

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, seiring dengan prestasi mata wang pasaran sedang pesat membangun lain serta perkembangan membabitkan trajektori pulangan bon AS, kata penganalisis.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata ringgit susut pada kadar kurang daripada 0.5 peratus minggu ini dan mencecah RM4.11 berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan prestasi pulangan Perbendaraan AS yang terus meningkat.

“Bagi minggu depan, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.10 hingga RM4.12 bagi setiap dolar AS, bergantung kepada trajektori membabitkan pulangan bon,” katanya.

Mengulas prospek ringgit, beliau berkata pelabur akan terus mengikuti rapat pergerakan pulangan bon selepas kertas Nota Perbendaharaan 10 tahun AS yang juga penanda aras, menokok sehingga 11 mata asas kepada 1.75 peratus pada Khamis – tertinggi sejak Januari 2020.

“People’s Bank of China akan turut mengadakan mesyuarat pada minggu depan yang turut dipantau rapat oleh pelabur untuk melihat jika bank pusat tersebut melaksanakan dasar monetari lebih ketat seiring dengan pemulihan ekonomi,” katanya.

Pada asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.1050/1100 daripada 4.1160/1200 seminggu sebelumnya.

Dalam pada itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0564/0603 daripada 3.0557/0593 pada minggu sebelumnya namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7712/7762 daripada 3.7720/7760.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7150/7228 daripada 5.7262/7326 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.8813/8884 daripada 4.9050/9106, sebelum ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dijangka berdepan tekanan berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Ringgit dijangka dihimpit tekanan menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan sekiranya hasil Perbendaharaan AS terus mencatat peningkatan.

Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA Jeffrey Halley berkata para pelabur kini mengalihkan tumpuan mereka terhadap bon susulan peningkatan hasil itu.

“Bagi gambaran lebih menyeluruh, perbandingan ringgit-dolar AS itu selesa pada jajaran tiga bulan pada 4.0000 hingga 4.1000.

“Ringgit berkemungkinan meningkat pada paras tinggi jajaran itu minggu depan, namun terdapat kebimbangan bahawa sebarang tempoh kelemahan yang berlanjutan akan berakhir jika perbandingan ringgit-dolar AS melepasi 4.1000 atau jika China bertindak melemahkan yuan pada penetapan hariannya,” katanya kepada Bernama.

Halley berkata, oleh kerana Malaysia didominasi oleh sektor dan industri, ia diunjur mencatat peningkatan pada tahun ini sekiranya pemulihan global terus ketara.

Bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS pada 4.0450/0443 berbanding 4.0380/0430 pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0443/0490 daripada 3.0489/0534 pada minggu sebelumnya dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7985/8035 daripada 3.8315/8366.

Ringgit juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6395/6473 daripada 5.6488/6566 pada minggu sebelumnya namun susut berbanding euro kepada 4.9054/9127 daripada 4.8993/9062 sebelum ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit terus naik bagi sesi keenam berturut pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Ringgit meneruskan kenaikan bagi hari keenam berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa, disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dan kemajuan terkini dalam perkembangan program vaksin Covid-19 yang telah menambah keyakinan terhadap prospek mata wang tempatan.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.0300/0340 berbanding dolar AS daripada 4.0320/0370 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata ringgit terus mendapat dorongan daripada harga minyak mentah yang stabil dan keyakinan terhadap program vaksin serta Perintah Kawalan Pergerakan yang dilonggarkan secara beransur-ansur, yang dijangka dilaksanakan lebih cepat.

Beliau berkata ini merupakan dorongan kukuh bagi ringgit dan dijangka kembali mengalami sentimen lebih baik dalam melangkah kepada suku kedua.

“Unit tempatan akan menghadapi ujian daripada pelabur asing memandangkan kerajaan akan melelong Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bernilai RM2 bilion 2040 untuk diselesaikan pada 18 Februari 2021, seterusnya akan menjadi pengukur yang baik terhadap pembelian pelabur asing ke atas hutang tempatan dalam keadaan cabaran ekonomi semasa.

“Saya menjangka ia berjalan dengan baik memandangkan para pelabur tidak pernah berhenti daripada usaha untuk meraih keuntungan,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata secara keseluruhannya, beliau yakin ringgit akan kembali kepada paras 4.0 tidak lama lagi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Isnin telah meluluskan vaksin AstraZeneca dan Oxford University bagi penggunaan kecemasan justeru, membenarkan vaksin-vaksin itu diagihkan ke seluruh dunia menerusi COVAX.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama pada Selasa.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0470/0512 daripada 3.0481/0523 ketika ditutup pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.8904/8969 daripada 4.8920/8979.

Ringgit juga kukuh berbanding yen kepada 3.8203/8248 daripada 3.8258/8313 namun lemah berbanding pound Britain kepada 5.6106/6165 daripada 5.6033/6144.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0450/0550 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, melepaskan keuntungan yang dicatatkan sebelum ini, diheret turun oleh kekurangan minat belian serta harga minyak mentah yang lemah, kata penganalisis.

Pada pukul 9.03 pagi, unit tempatan menyusut kepada 4.0450/0550 daripada dolar AS berbanding 4.0420/0460 ketika ditutup pada petang Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes pula menjangkakan terdapatnya aliran keluar asing atau urus niaga yang terhad untuk aset Malaysia dalam kalangan bank luar pesisir menjelang cuti sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula esok.

“Jadi, pasaran tukaran asing mungkin agak lengang hari ini memandangkan para peniaga mula menjual pegangan masing-masing menjelang cuti perayaan,” kata beliau kepada Bernama.

Pasaran tukaran asing akan ditutup esok dan urus niaga dibuka semula pada Isnin.

Sementara itu, CGS CIMB dalam nota penyelidikannya berkata pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku keempat 2020 pada tengah hari ini turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Pakar ekonomi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia menguncup sehingga 5.7 peratus pada 2020 kerana kemelesetan akibat Covid-19 akan terbukti menjadi krisis ekonomi paling dahsyat di dunia sejak “Great Depression” dalam tahun 1930an,” katanya.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0475/0553 daripada penutupan petang Rabu 3.0460/0494 dan lemah berbanding euro kepada 4.9001/9130 daripada 4.8981/9042 sebelumnya.

Ringgit turut menyusut berbanding yen kepada 3.8671/8770 daripada 3.8565/8618 dan rendah berbanding pound kepada 5.5914/6064 daripada 5.5913/5980.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0500/0560 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat itu sebagai permintaan yang selamat untuk mata wang.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0500/0560 berbanding dolar AS daripada 4.0440/0470 semasa ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup semalam berikutan cuti umum Thaipusam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata saham dan mata wang pasaran sedang pesat membangun bergelut di bawah pelaksanaan vaksinasi Covid-19 yang amat perlahan di peringkat domestik dan pasaran maju, mendorong permintaan terhadap dolar AS.

“Peniaga menjangka ringgit akan diniagakan secara defensif berdasarkan naratif ini,” katanya kepada Bernama.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0508 daripada 3.0491/0520 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8763/8825 daripada 3.8956/8996.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, merosot berbanding pound kepada 5.5558/5617 daripada 5.5536/5594 dan susut berbanding euro kepada 4.9050/9106 daripada 4.9021/9131 sebelum ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka rendah 4.0300/0350 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain menjelang cuti hujung minggu.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0300/0350 berbanding dolar AS daripada 4.0280/0320 pada penutupan hari Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata pasaran terus menerima keputusan mengekalkan kadar selepas Bank Negara menyifatkan pendirian dasar semasa sebagai “sesuai dan akomodatif” dengan sebahagian daripada pelabur kini menjangkakan peningkatan kadar faedah seawal suku kedua tahun ini.

“Ekonomi Malaysia sangat responsif terhadap kelonggaran dalam sekatan pergerakan sebelum ini. Apa yang difikirkan masa ini ialah sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya pada akhir Februari ataupun lebih awal, pengguna akan membantu meningkatkan kembali ekonomi sementara pakej PERMAI yang diumumkan minggu ini akan turut memberikan rangsangan.

“Dan dengan inflasi dijangka meningkat tahun ini walaupun dalam situasi kadar faedah terus dikekalkan, dorongan inflasi akan menawarkan pelonggaran nyata yang sederhana,” katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion pada Isnin, merangkumi 22 inisiatif bagi memerangi pandemik Covid-19 serta mengurangkan kesannya kepada masyarakat dan ekonomi.

Innes juga berkata pelabur tukaran asing terus memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih besar dengan unjuran harga minyak akan meningkat dan ini sudah pasti akan memberikan kenaikan besar kepada ringgit.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar AS kepada 3.0440/0490 daripada 3.0441/0481 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.8918/8974 daripada 3.8944/8987.

Sementara itu, unit tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.5316/5401 daripada 5.5312/5380 dan susut berbanding euro kepada 4.9033/9098 daripada 4.8904/8965.

– BERNAMA