Categories
SELANGOR

Harga syiling dinaikan, rumah bantuan terus dibina

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 MAC: Harga siling pembinaan Rumah Bantuan Kerajaan Prihatin sedang dalam perancangan dinaik supaya memudahkan pihak kontraktor melaksanakan pembinaan terbabit.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata sehingga kini, ia dalam proses penyediaan kertas kerja untuk dinilai Pegawai Kewangan Negeri.

DNS 2016“Pejabat Tanah dan Daerah mencadangkan sesebuah syarikat kontraktor untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 10 buah rumah kerana ia mudah bagi mereka melarasakan bajet dan kewangan.

“Kontraktor sukar melaksanakan pembinaan dengan harga siling (ditetapkan) sebelum ini ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkidmatan (GST),” katanya yang menjawab soalan Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara).

Ganabatirau (DAP- Kota Alam Shah) berkata, harga siling yang ditetapkan sebelum ini adalah RM25,000 bagi rumah dua bilik dan RM35,000 bagi rumah tiga bilik.

“Mereka yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Daerah dan Ketua Kampung perlu membuat siasatan tidak lebih dua bulan.

“Mesyuarat akan membawa kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan proses membuat keputusan memakan masa tiga bulan sebelum melantik kontraktor,” katanya.

Pada masa yang sama, Ganabatirau memaklumkan seramai 1,316 penerima menerima rumah bantuan dan baik pulih dari tahun 2008 hingga 2015.

“Ia membabitkan Klang (181), Petaling (61), Kuala Langat (200), Hulu Langat (84), Sabak Bernam (240), Kuala Selangor (259), Gombak (1060), Hulu Selangor (8) dan Sepang (97).

“Manakala penerima yang lulus menerima bantuan rumah prihatin dari 2013 hingga 2015 sebanyak 372 penerima yang membabitkan Melayu (311 orang), Cina (25 orang) dan India (36 orang).

-nR-