Rumah retak menanti roboh


Keretakan teruk jelas kelihatan di permukaan lantai dan dinding di setiap struktur rumah dan boleh mengancam nyawa akibat aktiviti jentera berat dan mesin pemampat kitar semula dilakukan sebuah kilang perabot.

Categories
SELANGOR

Penduduk bimbang rumah makin retak akibat projek sambungan LRT

Oleh : AFEEQA AFEERA

PUCHONG 27 FEB : Kira-kira 30 keluarga dari Taman Cahaya, Sinar dan Senja di Bandar Kinrara, di sini hidup dalam kebimbangan apabila struktur rumah yang didiami hampir empat tahun lalu mengalami keretakan dipercayai akibat projek sambungan aliran transit ringan (LRT) yang sedang berjalan.

Lebih membimbangkan, keretakan yang berlaku kian menjadi-jadi ditambah kerosakan serius pada jalan raya ekoran kawasan itu turut menjadi laluan kenderaan berat yang berulang-alik hampir setiap hari.

rumah retakTimbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 18, Amin Mohd, berkata projek infrastruktur yang dilaksanakan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu mula berjalan pada 10 Jun 2012 tanpa sebarang notis pemberitahuan kepada penduduk setempat.

Lebih kesal katanya projek mega yang menelan jutaan ringgit itu mengancam keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak dan menyebabkan beberapa kemudahan sedia ada seperti taman permainan mula rosak.

Katanya pelbagai aduan sudah dibuat terhadap syarikat pemaju, Binapuri dan Prasarana sejak dua tahun lalu, namun tiada maklumbalas diberikan sehingga hari ini.

rumah retak1“Saya rasa sedih kerana projek pembangunan mega ini tidak dapat dilaksanakan dengan begitu baik kerana ia tidak memikirkan keselamatan penduduk, malah segala aduan yang dibuat melalui surat juga tidak dilayan.

“Penduduk merasa dukacita kerana sejak projek ini dilaksanakan, kediaman kami mula retak, malah ada yang mengalami kebocoran dan ia pastinya bukan isu remeh.

“Kami mahu selesaikan masalah ini secara baik dan kita tidak menghalang sebarang pembangunan tetapi pihak pemaju perlu ambil perhatian dengan keresahan penduduk,” katanya kepada Selangor Kini.

HusinTimbalan Setiausaha Persatuan Penduduk BK9/5, Husin Idris pula berkata kebanyakan bahan binaan sering dibiarkan di kawasan taman permainan tanpa sebarang pengawasan.

Katanya pagar yang dibina rapat dengan taman permainan itu juga adakalanya tidak dikunci dan terdedah kepada bahaya terutamanya terhadap kanak-kanak.

“Peralatan yang dibawa selalunya biarkan begitu sahaja dan tentunya keadaan ini membahayakan. Saya harap kita dapat selesaikan masalah ini secara profesional,” katanya.

Sementara itu, ahli majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Michael Noel Jalleh, berkata pihaknya akan memantau keadaan ini dari masa ke masa untuk memastikan syarikat pemaju yang dilantik bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi penduduk.

Katanya insiden ini bukan sahaja dihadapi penduduk di kawasan itu, malah turut menjejaskan beberapa kediaman di lokasi lain berikutan projek LRT berkenaan.

“Pihak Prasarana perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku kerana perkara ini sering terjadi apabila ada sambungan LRT.

“Kita akan pantau keadaan ini dari semasa ke semasa dan berharap masalah ini boleh selesai,” katanya.

Projek sambungan LRT Ampang itu adalah melalui kawasan Seri Petaling dan akan berakhir di Bukit Jalil, di mana ia dijangka siap menjelang tahun depan.

EZY